Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🔊🔊 SEMPENA JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT. SATU PERTANDINGAN AEROBIKTHON (INDIVIDU) AKAN DI ADAKAN MENGIKUT KETENTUAN BERIKUT:

TARIKH: 5 Jun 2022
Masa: 2.00ptg - 4.00ptg
Tempat: Memorial Pengistiharan Kemerdekaan Melaka

🥰Oleh itu kami ingin mempelawa semua warga Melaka yang berumur 18tahun ke atas untuk menyertainya..😉😉😉
💃🏼💃🏼💃🏼 Tampil dengan kreativiti anda bertemakan 🌸 *flora & fauna*🌺 . 😊😊😊
🤓Penyertaan *Percuma*

*Cara Penyertaan:*
Sila isi google link di bawah... 👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfWkQNdQdyaAu.../viewform

Terma & syarat aerobikthon individu
1. TERBUKA KEPADA SEMUA
WARGANEGARA MALAYSIA 👦
LELAKI & 👩🏼‍🦱WANITA BERUMUR 18
TAHUN KE ATAS.

2. LENGKAP BERPAKAIAN SUKAN &
TIDAK MENJOLOK MATA.

3. 💃🏼TAMPIL DENGAN PENAMPILAN
MENARIK & KRETIFVITI TERSEDIRI
MENGIKUT TEMA (FLORA & FAUNA).
🎁 *Hadiah misteri menanti ANDA* 🎁

4. SIHAT TUBUH BADAN & MAMPU
MELAKSANAKAN AEROBIKTHON
SELAMA 2JAM.

5. PIHAK PENGANJUR TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS
SEBARANG KEHILANGAN BARANG,
KECEDERAAN ATAU APA SAHAJA
MUSIBAH YANG BERLAKU SEMASA
ACARA INI BERLANGSUNG.

6. KEPUTUSAN HAKIM ADALAH
MUKTAMAD & SEBARANG
BANTAHAN TIDAK AKAN DILAYAN.

*CARA PENYERTAAN:*.
SILA ISI LINK 👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼. https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfWkQNdQdyaAu.../viewform

Sumber: JKN Melaka
Cuti sekolah dah nak bermula.

Dah ada rancangan nak ke mana hujung minggu ni?

Jom beramai-ramai ke Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka untuk memeriahkan Jelajah ANMS.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENGECUALIAN BAYARAN UJIAN PENGESANAN COVID-19 (RT-PCR) BUAT JEMAAH HAJI MALAYSIA BAGI MUSIM HAJI 1443H/2022M
Jelajah ANMS.

Jom Saring Kesihatan.

Nantikan kehadiran kami di tempat anda !

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Monkeypox adalah disebabkan oleh virus Monkeypox daripada kumpulan Orthopoxvirus.

Tanda-tanda jangkitan Monkeypox mirip cacar yang telah dibasmi pada tahun 1980 di seluruh dunia.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
HFMD : Jangan Pandang Remeh

Dengarkan di Bernama Radio esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Noriah Ismail dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Sertai kami di Jelajah ANMS pada 4-5 Jun 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan Melaka, Bandar Hilir.

Jom datang beramai-ramai !

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku😊💪

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Virus Monkeypox ditularkan kepada manusia melalui gigitan haiwan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan atau luka pada kulit / mukosa haiwan yang dijangkiti.

Ia juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair badan atau ruam makulopapular / vesikular pada orang yang dijangkiti atau melalui titisan pernafasan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Majlis Pelancaran

📍 Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Negeri Melaka
📍 Sambutan Hari Denggi Asean
📍 Gotong Royong Mega 2.0 perangi Aedes peringkat Kebangsaan

akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka dan YB Menteri Kesihatan Malaysia pada 5 Jun 2022 (Ahad) pada pukul 11.30 pagi di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka, Bandar Hilir, Melaka.

Jom datang beramai-ramai !

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENJELASAN BERKAITAN ISU KEKURANGAN BEKALAN UBAT-UBATAN DI PASARAN MALAYSIA
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia menerapkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam konteks sokongan dari segi sebuah kasih sayang merentasi etnik dan agama.

Jom temui kami di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

2 Jun - 4 Jun 2022
9:00 pagi - 6:00 petang

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cuti sekolah dah mula esok.

Seronoknya!! Tapi sebelum bercuti, pastikan tiada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar bangunan sekolah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN AKHBAR YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN I

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BULAN PEMAKANAN MALAYSIA PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2022
*AWAS! Penyakit HFMD*.
*Apa peranan kita?*

PERHATIAN ‼️
Kepada semua ibu bapa, sekolah, pengusaha taska, pemimpin masyarakat dan orang awam dijemput untuk menyertai webinar berkaitan HFMD yang akan diadakan pada :

*🗓️ Tarikh : 5 Jun 2022 (Ahad)*
*🕘 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi*
*📌 Lokasi : Atas talian (Google Meet)*
link : *meet.google.com/dbd-tfnx-oce*

*SILA ISI BORANG PENDAFTARAN* :
https://forms.gle/cj5oUz8rSSmksJkeA

*E-Sijil* ada disediakan!

*urusetia*
Unit CDC & UPK PKD Hulu Langat
Program Kesihatan Pergigian KKM ingin memaklumkan bahawa Sistem Janji Temu Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia di klinik-klinik pergigian terpilih di seluruh Malaysia akan 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 buat sementara waktu 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟯 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 untuk kerja-kerja penambahbaikan sistem bagi usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan tersebut kepada pelanggan KKM.

Sehubungan itu, kerjasama anda berkenaan perkara berikut amatlah dihargai dalam tempoh penambahbaikan sistem tersebut:

• Anda boleh terus hadir ke klinik pergigian KKM yang berhampiran tanpa sebarang janji temu untuk mendapatkan rawatan kecemasan pergigian.

• Jika anda telah pun mempunyai janji temu yang telah ditempah menerusi Sistem Janji Temu Klinik KKM, anda masih boleh hadir ke klinik pergigian berkenaan mengikut tarikh janji temu tersebut.

• Jika anda ingin mendapatkan rawatan pergigian tetapi tidak mempunyai janji temu, anda disarankan menghubungi klinik pergigian KKM tersebut terlebih dahulu atau boleh hadir ke klinik pergigian KKM tersebut untuk mendapatkan pemeriksaan atau tarikh janji temu bagi rawatan yang diperlukan.

Pihak Program Kesihatan Pergigian KKM prihatin akan kekangan yang timbul dan segala kesulitan yang anda alami amatlah dikesali.

Sila rujuk post sebelum ini di pautan di bawah untuk senarai klinik yang terlibat:
👇👇👇👇
https://www.facebook.com/274376222695360/posts/2552974491502177/?d=n

Sekian harap maklum.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mari sertai Jelajah ANMS.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Jom saring kesihatan anda secara percuma!

Apa tunggu lagi.. mari beramai-ramai ke Jelajah ANMS pertama di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka, Bandar Hilir pada 4-5 Jun 2022.

Nantikan siri Jelajah ANMS seterusnya di lokasi berhampiran anda….

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#JelajahANMS
#sihatmilikku
Kes HFMD semakin meningkat kebelakangan ini.

Didik anak-anak anda untuk mengamalkan langkah mencuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama