Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
⚠️ Asap rokok mengandungi tembakau. Kesan kesihatan bukan hanya kepada perokok sahaja tetapi juga kepada orang lain termasuk anak-anak kecil, orang-orang tua dan isteri anda yang sedang hamil

Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok boleh disedut oleh orang di sekeliling (Secondhand smoker) secara terus.

Sisa asap basi (SAB) atau “Thirdhand Smoke” adalah sisa rokok (dalam bentuk habuk atau bahan kimia) yang tidak kelihatan tetapi melekat di persekitaran. Asap rokok basi ini mampu kekal dalam udara selama 5 jam di dalam bilik.

SAB ini juga mampu bertahan sehingga 2 tahun walaupun telah dicuci.

JADI APA TUNGGU LAGILAKUKAN SEGERA, 🚭 BERHENTILAH MEROKOK SEKARANG. Anda akan lebih sihat

👉 Layari www.jomquit.com untuk bantuan berhenti merokok.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENUTUPAN #PICKids KEPADA KANAK-KANAK YANG TELAH MENCAPAI USIA 5 TAHUN
HFMD : Pencegahan & Rawatan Serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 2.00 petang bersama Dr. Nur Sofiani Diana Mohammed Yusof, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Cacar Monyet

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 10.00 malam bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Cuci permainan dan peralatan anak anda dengan pencuci berasaskan klorin dan air.

Larang anak anda dari memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kes HFMD semakin meningkat.

Selain Ibubapa, pengusaha tadika wajib lakukan saringan gejala (gate keeping) di pintu masuk tadika bagi mengawal jangkitan HFMD di kalangan kanak-kanak.

Pastikan anak-anak murid yang sihat sahaja dibenarkan hadir ke kelas. Perhatikan tanda dan gejala pada anak-anak.

Kebersihan diri dan persekitaran tadika juga mesti sentiasa dijaga.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
HFMD : Pencegahan & Rawatan Serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.00 petang bersama Dr. Nur Sofiani Diana Mohammed Yusof, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Jom Sertai Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

"Bersama-sama hentikan rangkaian jangkitan HFMD, Lindungi anak-anak kita"

Topic: Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Time: Jun 1, 2022 01:45 PM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/98185382616?pwd=eEVDYzNDaVBaNnZEaGpLQ3g1R2Vodz09

Meeting ID: 981 8538 2616
Passcode: 034767
Orang Melaka jangan lupa temujanji kita
4- 5 Jun 2022

Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat akan bermula di Negeri kita.

Inijam Melaka Sihat!!
Orang Melaka memang 'steady'

Jelajah kali ini turut diadakan sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Kebangsaan.

Ada apa di Jelalah ni nanti??

1. Anda boleh mendapatkan
pemeriksaan kesihatan

2. Boleh juga nak periksa Kesihatan Gigi

3. Ada kuiz dan pelbagai pertandingan

4. Ada forum bersama PU azman
( 4 Jun 10.00 pagi )

5. Ada demo aktiviti fizikal

6. Ada pameran pelbagai agensi

7. Ada senamrobik beramai ramai

8. Ada 10000 langkah menyusuri sungai
Melaka

9. Ada demo CPR

10. Mestilah ada hadiah hadiah menarik
untuk dimenangi

Jangan Lupa ajak semua datang ramai ramai.

Jumpa di sana tau..

Sumber: JKN Melaka
Kempen REBUNG Episod 6/6 - Panduan Pencegahan Kanser

🧐 Ramai takut dengan kanser kerana tak tahu langkah-langkah pencegahan yang betul, kan?

Jadi, jom kita ikut 10 langkah-langkah pencegahan kanser melalui video REBUNG di bawah!

1️⃣ Berhenti merokok 🚭 atau elakkan asap rokok dan tembakau
2️⃣ Pastikan berat badan anda sihat 💪🏽
3️⃣ Aktif bersenam 💦 dan aktiviti fizikal
4️⃣ Amalkan pemakanan yang sihat 🍎
5️⃣ Kurangkan makanan segera dan proses 🍟
6️⃣ Jangan gunakan suplemen untuk mencegah kanser 💊
7️⃣ Kurangkan pendedahan pada cahaya matahari 😎
8️⃣ Kurangkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses 🥩
9️⃣ Elakkan minuman bergula 😛
1️⃣0️⃣ Elakkan minuman beralkohol 🍺
Ingat 4C sebab kanser ni kita boleh...
❇️ Cam cepat
❇️ Cek cepat
❇️ Ikut Cakap pakar
❇️ Cegah kalau boleh

Klik pautan video berikut tentang 2 jenis vaksinasi kanser dan 10 langkah untuk mencegah kanser: https://youtu.be/rCwuwJ5PTbo

☎️ Komuniti Taman Medan --
Hubungi nombor di bawah hari ini sekiranya anda perlukan maklumat lanjut untuk kesan tanda-tanda awal kanser, rawat, dan cegah kanser Payudara, Usus, Pangkal Rahim, & Paru-Paru lebih awal!

1. *Rakan Pembimbing Kanser Komuniti (Ra.Kan Ku)* REBUNG Taman Medan
🔸Puan Jamiah 0133473071
🔸Puan Farzanah 01123818788
🔸Puan Amyra 0109424680

2. *Organisasi Kanser*
👉🏼 Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) National Cancer Society Malaysia di 1-800-88-1000
👉🏼 Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Breast Cancer Welfare Association Malaysia di 03-79540133
👉🏼 Persatuan Penghidap Kanser Kolorektal Malaysia (CORUM) CORUM Colorectal Cancer Survivorship Society Malaysia di 010-8865728
👉🏼 Hospis Malaysia Hospis Malaysia di 03-9133936

Dapatkan sumber rujukan kempen REBUNG episod 6/6 di -
🎁 https://linktr.ee/rebung.um
🎁 https://umcri.um.edu.my/rebung

#projekrebungpj #kempenrebung #projekrebungtamanmedan #kesankanserawal #mesejrebung #videorebung #MMUXUM #FACXRebung #tamanmedanpj #kanserpayudara #kanserusus #kanserpangkalrahim #kanserparuparu

Jom kongsi mesej ini dengan komuniti & keluarga anda.
Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan (MyV + IFitEr 2.0) akan bermula pada 11 Jun 2022.

Pendaftaran telah dibuka pada 21 Mei 2022 dan dilanjutkan sehingga 6 Jun 2022.

Rebut peluang ini untuk kurangkan berat badan anda dan menangi hadiah yang ditawarkan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
HFMD : Pencegahan dan Rawatan serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 31 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -