Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kanser Kolorektal merupakan kanser yang boleh dicegah dengan amalan cara hidup sihat dan dikesan awal melalui ujian saringan.

Risiko kanser kolorektal meningkat dengan pertambahan usia, pernah disahkan mempunyai colin polip, menghidap radang usus dan mempunyai sejarah keluarga yang disahkan menghidap kanser kolorektal.

Jom tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan gejala kanser kolorektal dan perkongsian daripada bekas pesakit kanser kolorektal.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022 sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 21/2022 (pada 28 Mei 2022), sejumlah 65,535 kes HFMD telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,333 kes. Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) dengan kes sebanyak 29,846, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 kali ganda. Manakala kes HFMD yang dilaporkan bagi ME 21/2022 adalah 18,602 berbanding 15,548 pada ME 20/2022 iaitu peningkatan sebanyak 19.6%

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/05/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mei-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-21-2022/
Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Peringkat Negeri Selangor 2022.

Tarikh : 1 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Pustaka Tun Uda, Shah Alam

Anjuran Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
📣📣Pertandingan PUBG Mobile sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP)2022

🎮Berminat? Ayuh sertai kami..sambil bermain , boleh tambah pengetahuan mengenai kesihatan pergigian,
hadiah lumayan menanti anda yang berjaya ke peringkat akhir..

Pertandingan akhir akan disiarkan secara ‘live’ di saluran YouTube MyGG Channel..

Nantikan! Butiran dan syarat pertandingan akan menyusul.

https://fb.watch/dk1GbbaXti/

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
📣Pertandingan PUBG Mobile sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP)2022

🎮Berminat? Ayuh sertai kami..sambil bermain , boleh tambah pengetahuan mengenai kesihatan pergigian,
hadiah lumayan menanti anda yang berjaya ke peringkat akhir
Pertandingan akhir akan disiarkan secara ‘live’ di saluran YouTube MyGG Channel
Pendaftaran boleh dibuat di pautan ini 👇🏼
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSeqP.../viewform...
Bagi terma dan syarat pertandingan, sila klik di pautan ini 👇🏼
https://docs.google.com/.../1XPAdX.../edit...
Jangan lupa,
Cegah dan Rawat, Serlah Senyuman Sihat!

#mpkp2022
#cegahdanrawatserlahsenyumansihat

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
⚠️ Asap rokok mengandungi tembakau. Kesan kesihatan bukan hanya kepada perokok sahaja tetapi juga kepada orang lain termasuk anak-anak kecil, orang-orang tua dan isteri anda yang sedang hamil

Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok boleh disedut oleh orang di sekeliling (Secondhand smoker) secara terus.

Sisa asap basi (SAB) atau “Thirdhand Smoke” adalah sisa rokok (dalam bentuk habuk atau bahan kimia) yang tidak kelihatan tetapi melekat di persekitaran. Asap rokok basi ini mampu kekal dalam udara selama 5 jam di dalam bilik.

SAB ini juga mampu bertahan sehingga 2 tahun walaupun telah dicuci.

JADI APA TUNGGU LAGILAKUKAN SEGERA, 🚭 BERHENTILAH MEROKOK SEKARANG. Anda akan lebih sihat

👉 Layari www.jomquit.com untuk bantuan berhenti merokok.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENUTUPAN #PICKids KEPADA KANAK-KANAK YANG TELAH MENCAPAI USIA 5 TAHUN
HFMD : Pencegahan & Rawatan Serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 2.00 petang bersama Dr. Nur Sofiani Diana Mohammed Yusof, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Cacar Monyet

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 10.00 malam bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Cuci permainan dan peralatan anak anda dengan pencuci berasaskan klorin dan air.

Larang anak anda dari memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kes HFMD semakin meningkat.

Selain Ibubapa, pengusaha tadika wajib lakukan saringan gejala (gate keeping) di pintu masuk tadika bagi mengawal jangkitan HFMD di kalangan kanak-kanak.

Pastikan anak-anak murid yang sihat sahaja dibenarkan hadir ke kelas. Perhatikan tanda dan gejala pada anak-anak.

Kebersihan diri dan persekitaran tadika juga mesti sentiasa dijaga.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
HFMD : Pencegahan & Rawatan Serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.00 petang bersama Dr. Nur Sofiani Diana Mohammed Yusof, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Jom Sertai Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

"Bersama-sama hentikan rangkaian jangkitan HFMD, Lindungi anak-anak kita"

Topic: Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Time: Jun 1, 2022 01:45 PM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/98185382616?pwd=eEVDYzNDaVBaNnZEaGpLQ3g1R2Vodz09

Meeting ID: 981 8538 2616
Passcode: 034767
Orang Melaka jangan lupa temujanji kita
4- 5 Jun 2022

Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat akan bermula di Negeri kita.

Inijam Melaka Sihat!!
Orang Melaka memang 'steady'

Jelajah kali ini turut diadakan sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Kebangsaan.

Ada apa di Jelalah ni nanti??

1. Anda boleh mendapatkan
pemeriksaan kesihatan

2. Boleh juga nak periksa Kesihatan Gigi

3. Ada kuiz dan pelbagai pertandingan

4. Ada forum bersama PU azman
( 4 Jun 10.00 pagi )

5. Ada demo aktiviti fizikal

6. Ada pameran pelbagai agensi

7. Ada senamrobik beramai ramai

8. Ada 10000 langkah menyusuri sungai
Melaka

9. Ada demo CPR

10. Mestilah ada hadiah hadiah menarik
untuk dimenangi

Jangan Lupa ajak semua datang ramai ramai.

Jumpa di sana tau..

Sumber: JKN Melaka