Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
6 APRIL 2022 - KAWASAN KERAMAT, KUALA LUMPUR.

Salam Keluarga Malaysia dan Salam Ramadan warga Keramat! Hari ini team hebahan Bahagian Pendidikan Kesihatan merantau ke kawasan sekitar Keramat dalam usaha untuk menyampaikan mesej-mesej kesihatan kepada penduduk setempat.

Meskipun kelonggaran telah diberikan serta sempadan telah dibuka, kita harus ingat. Wabak COVID-19 masih hidup disekeliling kita. Oleh itu, pemakaian pelitup muka dan daftar masuk di aplikasi MySejahtera masih perlu dipatuhi. Selain itu, penjagaan kendiri dimana sahaja anda berada harus sentiasa diterapkan agar kita dapat bersama mengekang penularan wabak berbahaya ini.

Haa tidak lupa juga kepada yang berpuasa, AWAS! jangan rambang mata ya! Elakkan membeli mengikut nafsu tau, dan bawa bertenang semua.. kita masih ada 26 hari lagi untuk anda menikmati Ramadan! Selamat Berbuka dan raikan perpaduan dengan penuh kesyukuran.

#sihatsepanjanghayat
#ANMS
Perubahan sebenar, didorong oleh anda. Jom Daftar Sekarang!

Klik pauntan https://confirmsubscription.com/h/y/166548C751A8C316 untuk mendaftar

#ChampionAgainstCOVID19

———-

Real change, driven by you. Sign Up Now!

Click here https://confirmsubscription.com/h/y/166548C751A8C316 to register

#ChampionAgainstCOVID19
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KESELAMATAN MAKANAN DI BAZAR RAMADAN
BAGI TAHUN 2022
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Eh semua bersenam, Didi boleh tidur pula! Didi! Bangunnn!

Hai kawan-kawan,

Jom kita ambil sedikit masa untuk lakukan senaman ringan setiap hari.

Ikut Kak Min, Didi, Nana, dan Jojo buat macam ni, barulah badan lebih cergas dan sihat 😄

#didiandfriends #didiXHePiLi #kebersihandiri #kkm
#senamanringan
😷 Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik.

🛡️ Ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi.

😷 Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya.

Namun masih terdapat di kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah.

Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan.

✔️ Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul. Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
3 mesej penting berkaitan kecergasan diri sempena #WorldPhysicalActivityDay. Make an effort to get physically active. Every step counts.

- Khairy Jamaluddin -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jangan lupa untuk menjaga golongan tua dalam keluarga dan masyarakat semasa kita meneruskan perjuangan dalam menentang virus COVID-19.

Kongsi maklumat dan bantu mereka untuk mengenal pasti gejala COVID-19. Pastikan mereka mendapatkan rawatan segera jika gejala timbul.

Kepada warga emas yang ingin keluar, pastikan patuh kepada SOP dan amalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga jarak dan gunakan pensanitasi tangan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.86. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 6 April 2022:

Kes sembuh: 21,029 kes [4,083,183 kes kumulatif (95.4%)];
Kes baharu: 12,105 kes (4,280,591 kes kumulatif);
Kes import: 43 kes [41 warganegara (95.3%); 2 bukan warganegara (4.7%)];
Kes tempatan: 12,062 kes [11,555 warganegara (95.8%); 507 bukan warganegara (4.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 221 kes (106 kes disahkan COVID-19; 115 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 122 kes (53 kes disahkan COVID-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 12,105 kes harian yang dilaporkan pada 6 April 2022:

Kategori 1: 6,623 kes (54.71%);
Kategori 2: 5,387 kes (44.51%);
Kategori 3: 40 kes (0.33%);
Kategori 4: 17 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 38 kes (0.31%).

Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 6 April 2022:

28 kes (29.47%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
30 kes (31.58%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
37 kes (38.95%) telah menerima dos penggalak (booster);
51 kes (53.68%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
57 kes (60.00%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐨𝐬 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚.

𝐁𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐟𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚. 😉👍

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rokok daun bukanlah alternatif untuk berhenti merokok.

Cara terbaik bagi perokok yang bertekad untuk membuang tabiat merbahaya ini adalah dengan menghadiri Klinik Berhenti Merokok.

Dapatkan bantuan dan nasihat berhenti merokok di talian Quitline 03 8883 4400 atau kunjungi perkhidmatan berhenti merokok yang ditawarkan di klinik kesihatan dan hospital seluruh Malaysia.

Sumber: Institut Respiratori Negara
Video Kredit: Hospital Seri Manjung