Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mereka yang menghidap Long Covid disarankan untuk berjumpa doktor jika terasa 'lain macam'.

Gejala Long Covid ini boleh menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit Covid-19.

Ia boleh dihadapi oleh bekas pesakit Covid-19 yang mengalami simptom ringan mahupun bergejala serius.

Kredit: GEGAR

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
Kanser kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum.
👉 Dikongsikan proses ujian saringan kanser kolorektal. Ianya PERCUMA.

Jenis rawatan kanser bergantung kepada tahap kanser ketika dikesan.
Sekiranya anda dikesan menghidap kanser kolorektal, dapatkan rawatan segera di hospital.

Kanser kolorekatal boleh dirawat dengan baik sekiranya dikesan awal.

Patuhi arahan rawatan yang diberi. Jangan bertangguh❗️
Jom sertai KKM dalam kempen selama enam minggu untuk memanfaatkan kebaikan individu seperti anda, untuk mencari jalan penyelesaian bagi kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat anda. Jadilah Juara Menentang COVID-19 dan sertai rangkaian individu hebat yang komited, kreatif dan baik hati dalam mencari penyelesaian dan mendorong perubahan.

Jom daftar hari ini!

Sama-sama kita membanteras COVID-19.

Klik https://bit.ly/3wIMM1J untuk mendaftar.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jom Bertukar ke Fasa Endemik

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Siti Nor Mat, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
PICKids : Jom Ambil Vaksin untuk Anak Anda

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Choo Ching Ming, Pakar Perunding Pediatrik dari Hospital Pulau Pinang.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Nafas Baru Bermula Ramadan

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 30 Mac 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Tengkawang

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Bersedia ke Fasa Endemik

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Muhamad Hazizi Muhamad Hasani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Dareah Seremban.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Fasa Peralihan Endemik : Apa Yang Kita Perlu Tahu?

Saksikan dalam rancangan Wanita Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 30 Mac 2022
Masa : 12.00 tengah hari

Panel :
Dr. Mohamad Fadli Kharie
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Getting vaccinated against COVID-19 can lower your risk of getting and spreading the virus that causes COVID-19.

Our very own Dr. Hwa Cheng advices for the Malaysians out there, including our little ones, to get boosted to protect yourself from the COVID-19 virus infections and complications.

Head on to @mysejahtera_official app to book your vaccine appointment at your convenient time and place.

Together, we #lindungdirilindungsemua

Sumber: Protect Health Corporation
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.89. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kenal pasti risiko sebelum anda membuat keputusan membeli dan menggunakan produk ubat yang dibeli melalui dalam talian.

👉Muat turun aplikasi NPRA Product Status untuk semak pendaftaran produk, senarai kosmetik berdaftar dan lain-lain.

👉Muat turun aplikasi FarmaChecker untuk semak ketulenan label FarmaTag linktr.ee/FarmaChecker

#ScanDuluBaruBeli #FarmaChecker #WaspadaPembelianDalamTalian
#KKM
Nafas baharu bermula Ramadan pada 30 Mac 2022 jam 2.30 petang.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berita baik!!

Institut Perubatan Respiratori buat julung kalinya bakal mengadakan sesi webinar berkaitan penyakit Tibi dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin.

Sesi ini diadakan sempena Hari Tibi Sedunia 2022 yang disambut pada 24 Mac lalu, bertemakan 'Invest to End TB. Save lives'.

Sesi ini bertujuan meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi yang dilakukan di seluruh negara.

Sehubungan itu, kami menjemput Tuan/Puan yang berminat dan berkelapangan untuk menyertai program ini.

Juga boleh saksikannya secara live menerusi Facebook Institut Perubatan Respiratori.

Tarikh: 31 Mac 2022
---
Edisi Bahasa Malaysia (9 pagi - 10 pagi)
Link: https://tinyurl.com/kpxpjahr
---
Edisi Bahasa Tamil (11 pagi - 12 tengah hari)
Link: https://tinyurl.com/2p89be3n
---
Edisi Bahasa Mandarin (2 petang - 3 petang)
Link: https://tinyurl.com/2p8ct68w

Terima kasih.
Join the Ministry of Health on a six-week campaign to harness the good in people just like you and find solutions to the challenges your community is facing.
Become a Champion Against COVID-19 alongside a network of amazing, committed, creative and kind people who want to drive change.

Let's Sign Up Today!

Together We Fight Against COVID-19.

Click https://bit.ly/3uCqHz1 to register.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 29 Mac 2022:

- Kes sembuh: 24,154 kes [3,920,643 kes kumulatif (94.1%)];
- Kes baharu: 15,215 kes (4,167,418 kes kumulatif);
- Kes import: 250 kes [227 warganegara (90.8%); 23 bukan warganegara (9.2%)];
- Kes tempatan: 14,965 kes [14,339 warganegara (95.8%); 626 bukan warganegara (4.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 282 kes (130 kes disahkan COVID-19; 152 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 176 kes (80 kes disahkan COVID-19; 96 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 15,215 kes harian yang dilaporkan pada 29 Mac 2022:

Kategori 1: 7,446 kes (48.94%);
Kategori 2: 7,635 kes (50.18%);
Kategori 3: 60 kes (0.39%);
Kategori 4: 26 kes (0.17%); dan
Kategori 5: 48 kes (0.32%).

Daripada 134 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 29 Mac 2022:

48 kes (35.82%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 50 kes (37.31%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 36 kes (26.87%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 69 kes (51.49%) berumur 60 tahun dan ke atas
- 71 kes (52.99%) mempunyai komorbid; dan
- 2 kes (1.49%) kes adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Waspada Penjualan Ubat Dalam Talian 2022

Bersama-sama kita hayati mesej yang ingin disampaikan!

Elakkan DIRI dan keluarga ANDA daripada menjadi mangsa penjualan ubat tradisional tidak berdaftar yang boleh membahayakan kesihatan.

Pastikan beli@guna Ubat yang ada nombor pendaftaran “MAL” dan label hologram Farmatag.

Muat turun aplikasi Farmachecker dan NPRA Product Status di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Like dan Follow Laman FB Program Perkhidmatan Farmasi untuk mendapatkan maklumat terkini yang sah berkaitan ubat-ubatan.

Jangan lupa Like dan Share video ini ya!!

Scan Dulu Baru Beli

#ScanDuluBaruBeli
#waspadapenjualanubatatastalian
#adaKKLIUbaruOK

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
Menjaga ibu atau ayah yang sudah tua merupakan suatu kewajipan bagi setiap anak sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

𝐉𝐚𝐝𝐢, 𝐣𝐨𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭-𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐢𝐤 😊
Kenyataan Media Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Laporan Kesan Advers Susualan Imunisasi (AEFI) Vaksin COVID-19 Sehingga 25 Mac 2022