Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada "Lengkap Vaksinasi" ke "Tidak Lengkap Vaksinasi" di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.

Laporkan kepada interaktif helpdesk melalui Pilihan K sekiranya sijil digital vaksinasi anda masih tidak terpapar di MySejahtera anda.

Sila rujuk infografik ini.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 24 Mac 2022:

- Kes sembuh: 25,512 kes [3,796,975 kes kumulatif (93.1%)];
- Kes baharu: 24,316 kes (4,079,242 kes kumulatif);
- Kes import: 297 kes [280 warganegara (94.3%); 17 bukan warganegara (5.7%)];
- Kes tempatan: 24,019 kes [23,185 warganegara (96.5%); 834 bukan warganegara (3.5%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 321 kes (139 kes disahkan COVID-19; 182 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 194 kes (90 kes disahkan COVID-19; 104 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 24,316 kes harian yang dilaporkan pada 24 Mac 2022:

Kategori 1: 13,299 kes (54.69%);
Kategori 2: 10,865 kes (44.68%);
Kategori 3: 75 kes (0.31%);
Kategori 4: 32 kes (0.13%); dan
Kategori 5: 45 kes (0.19%).

Daripada 152 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 24 Mac 2022:

- 43 kes (28.29%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 61 kes (40.13%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 48 kes (31.58%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 81 kes (53.29%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 76 kes (50.00%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Merokok di kawasan-kawasan terlarang boleh disabitkan sebagai satu kesalahan yang boleh dikenakan kompaun. Berikut adalah senarai 23 tempat larangan merokok yang berkuatkuasa sejak 1 Januari 2019 yang lalu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau hendak membuat sebarang aduan, sila hubungi 010-8608949 atau 03 88924530.

jomquit.com!
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 24 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 7- Membawa pesakit COVID-19 ke CAC atau ke Hospital menggunakan kenderaan sendiri.

Sekiranya anda perlu membawa pesakit COVID-19 untuk mendapatkan rawatan, JANGAN KHUATIR.

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan ketika membawa pesakit COVID-19 apabila anda menggunakan kenderaan sendiri.

😷 INGAT, PASTIKAN JARAK SEJAUH MUNGKIN DENGAN PESAKIT.

Pemandu dinasihatkan mandi dan bersihkan diri apabila pulang.
Dianggarkan 2.37 juta rakyat Malaysia akan kehilangan status vaksin lengkap menjelang 31 Mac 2022.

Jangan kehilangan status vaksin lengkap anda - dapatkan dos penggalak anda sekarang.

Dikongsikan cara-cara untuk membuat tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera. Sekiranya anda tidak mahu menunggu, anda juga boleh mendapatkan vaksinasi secara walk-in di PPV yang terpilih berdekatan anda. Anda boleh semak senarai PPV yg menawarkan perhidmatan walk-in di laman sesawang (https://vaksincovid.protecthealth.com.my).
_____________________________________

An estimated 2.37 million people will lose their fully vaccinated status by 31st March 2022.

Do not lose your fully vaccinated status – get your booster dose now.

These are the steps that you can take to make your vaccination appointment using the MySejahtera application. If you can’t wait, you can also go for walk-in at selected PPVs near you. You can check the list of selected PPVs on this website (https://vaksincovid.protecthealth.com.my).
Be Stronger Than Your Excuses

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Keningau esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Ain, Coach Naimi dan Coach Suriati.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
[24 Mac 2022] Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kolaborasi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Sukarelawan COMBI Daerah Johor Bahru dan Pengurusan PPR Kempas Permai mengadakan Sesi Taklimat Program Kawalan Denggi Melalui Pelepasan Nyamuk BerWolbachia. Taklimat dihadiri oleh Ketua-Ketua Blok dan beberapa orang wakil. Projek Pelepasan Nyamuk BerWolbachia akan diadakan di PPR Kempas Permai pada tahun ini. Justeru itu, beberapa siri taklimat kepada penduduk mengikut blok akan diadakan. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

#10minithapuskanaedes
#johorperangidenggi

https://www.facebook.com/100069889014251/posts/264339039239061/?d=n
Infografik berikut merupakan cara mudah untuk memadam (clear) cache dalam Aplikasi MySejahtera dengan betul, bagi mendapatkan maklumat sijil vaksinasi yang hilang.

Sila rujuk infografik ini.

-------------------------------

These are the steps to clear the cache in the MySejahtera Application to recover missing vaccination certificate information.

Kindly refer to these infographics.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
KENYATAAN MEDIA

Home Vaccination Untuk Warga Emas Yang Tidak Dapat Hadir ke PPV

--

PRESS RELEASE

Home Vaccination for Senior Citizens Unable to Go to PPVs

#ProtectHealth