Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Berdasarkan kajian National Health Morbidity Survey (2019), satu antara lima orang dewasa (18 tahun dan ke atas) dan satu antara tiga orang yang berumur antara 5-19 tahun di Malaysia adalah obes.

World Population Review (2019) pula melaporkan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai prevalens obesiti di kalangan penduduk dewasa yang tertinggi berbanding dengan negara Asean yang lain.

Berdasarkan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2017) pula, prevalens obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia merupakan yang kedua tertinggi selepas Brunei.

Membimbangkan bukan?
Mari kita beriltizam untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah obesiti.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Terus amalkan norma baharu seperti pakai pelitup muka, jaga jarak dan cuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer walaupun telah mengambil vaksin COVID-19.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tibi (bakteria) & Covid-19 (virus)

Jika batuk berterusan, anda mungkin menghidap penyakit berkaitan saluran pernafasan berikut:

1) Tibi - Batuk & demam melebihi dua minggu, kurang berat badan, kurang selera makan dan berpeluh pada waktu malam.

2) Covid-19 - Batuk kering yang berlaku secara tiba-tiba, demam, hilang deria rasa dan sukar bernafas.

Jangkitan Tibi & Covid-19 boleh berlaku secara serentak dan komplikasinya lebih serius.

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
Lanjutan daripada perkhidmatan Kiosk Bantuan MySejahtera di Lembah Klang, inisiatif berjumpa dengan orang ramai akan diteruskan di lokasi tertentu di seluruh negara, bermula dengan Johor minggu ini.

Tarikh dan lokasi untuk Kiosk ini berada di Melaka, Negeri Sembilan dan negeri-negeri seterusnya akan dimaklumkan daripada masa ke masa.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Mass Cataract Surgery Initiative (MCSI) Tawau Bagi Mengurangkan Kes-Kes Bukan COVID-19 Tertunggak
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.05. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 7 Mac 2022:

Kes sembuh: 30,726 kes [3,311,854 kes kumulatif (90.8%)];
Kes baharu: 26,856 kes (3,649,463 kes kumulatif);
Kes import: 211 kes [193 warganegara (91.5%); 18 bukan warganegara (8.5%)];
Kes tempatan: 26,645 kes [25,955 warganegara (97.4%); 690 bukan warganegara (2.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 368 kes (153 kes disahkan COVID-19; 215 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 223 kes (81 kes disahkan COVID-19; 142 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,856 kes harian yang dilaporkan pada 7 Mac 2022:

Kategori 1: 10,160 kes (37.83%);
Kategori 2: 16,508 kes (61.47%);
Kategori 3: 81 kes (0.30%);
Kategori 4: 57 kes (0.21%); dan
Kategori 5: 50 kes (0.19%).

Daripada 188 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 7 Mac 2022:

63 kes (33.51%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
80 kes (42.55%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
45 kes (23.94%) telah menerima dos penggalak (booster);
103 kes (54.79%) berumur 60 tahun dan ke atas
83 kes (44.15%) mempunyai komorbid; dan
3 kes (1.60%) kes adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kanser payudara dan kanser pangkal rahim (serviks) merupakan jenis kanser yang paling kerap berlaku di kalangan wanita di Malaysia.

Kanser ini boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

LAKUKAN UJIAN SARINGAN.

Jangan berlengah saudari. Pengesanan awal mencegah kanser daripada merebak. Kesihatan anda adalah tanggungjawab anda.

Jangan jadikan diri anda sebahagian daripada statistik pesakit kanser.

❤️ SAYANGI DIRIMU ❤️

#HariWanita2022
Penyakit Jarang Jumpa adalah sebarang penyakit yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah dan ia serius, boleh mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.

Kebanyakan penyakit ini berpunca daripada kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme badan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ujian RTK-Ag dijalankan dengan menggunakan teknik immunoassay chromatography. Pengguna perlu menjalankan pengujian seperti yang disarankan di dalam arahan kit untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

KKM amat menyarankan agar orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera.

Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif, atau invalid wajib dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera (self-reporting).

Dikongsikan kaedah mengintreprasikan keputusan ujian kendiri RTK-Ag serta faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada keputusan false positive atau false negative.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2022

Saksama Bersama; Wanita yang hebat adalah wanita yang berani bersuara. Demi udara sihat, demi persekitaran bebas asap rokok. Wanita hebat pembina generasi penamat budaya merokok!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 : Kesan Advers Susulan Imunisasi / Adverse Events Following Immunization (AEFI)

Saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang esok bersama Puan Nurul Aimi Mohd Reduzan, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian regulatori Farmasi Negara (NPRA).

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 : Long COVID

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Syazatul Syakirin Sirol Aflah, Pakar Perubatan Respiratori dari Institut Perubatan Respiratori.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Minggu Glaukoma Sedunia

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Munirah Abd Rashid, Pakar Oftalmologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
📣Ayuh warga Johor Bahru semua 📣

Kiosk Bantuan MySejahtera dibuka di Dewan Muafakat Taman Adda Height bermula hari ini sehingga 11 Mac 2022.

Jangan lupa bawa dokumen yang perlu dan patuhi SOP sewaktu anda disana ya.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera