Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 25 Februari 2022:

Kes sembuh: 22,678 kes [3,040,850 kes kumulatif (90.3%)];
Kes baharu: 30,644 kes (3,367,871 kes kumulatif);
Kes import: 257 kes [230 warganegara (89.5%); 27 bukan warganegara (10.5%)];
Kes tempatan: 30,387 kes [29,356 warganegara (96.6%); 1,031 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 332 kes (144 kes disahkan COVID-19; 188 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 196 kes (84 kes disahkan COVID-19; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 30,644 kes harian yang dilaporkan pada 25 Februari 2022:

156 kes (0.51 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
30,488 kes (99.49 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 9,557 kes (31.19%);
Kategori 2: 20,931 kes (68.30%);
Kategori 3: 91 kes (0.30%);
Kategori 4: 39 kes (0.13%); dan
Kategori 5: 26 kes (0.08%).

https://kpkesihatan.com/2022/02/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.11. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Nak buang sampah pun ada caranya?

Mestilah ada kawan-kawan!😉

Asingkan sampah /bahan kitar semula
Masukkan sampah ke dalam tong sampah mengikut label
Tutup tong sampah

Mudahkan? Jom lepas ni kita sama-sama jaga alam sekitar supaya lebih bersih dan selamat. Hora horey!

#didiandfriends #didiXHePiLi #alamsekitar #kitarsemula
Sekiranya majikan anda memerlukan surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) ataupun Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order), anda hanya perlu screenshot daripada MySejahtera untuk diberikan kepada majikan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Salam Keluarga Malaysia

Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia kini ke negeri Johor Darul Ta'zim. Bertempat di Dataran Angsana, Johor Bahru bermula pada 3 hingga 5 Mac 2022, 9.00 pagi - 8.00 malam

Yuk hadir! Daftar awal di bit.ly/JAKMJohor. Patuhi SOP & lakukan ujian RTK kendiri sebelum hadir.

https://www.youtube.com/watch?v=tBW56F8d9Fo

#KeluargaMalaysia

Sumber: Keluarga Malaysia
Titisan Kehidupan.

Permintaan darah bagi kumpulan darah A & O terus MENINGKAT.
Tampillah menderma darah bagi KELANGSUNGAN HIDUP PESAKIT yang memerlukan TRANSFUSI DARAH.

Luangkan sedikit masa pada hari minggu anda untuk menderma darah demi masa depan pesakit yang memerlukan transfusi darah.

Sumber: Pusat Darah Negara KKM
Walaupun kes harian COVID-19 kini tinggi kerana gelombang Omicron, Alhamdulillah, kadar kematian harian yang dicatatkan sekarang adalah rendah, tidak sebanyak 20-30 kes seperti sewaktu penularan varian Delta tahun lepas.

Semasa penularan Delta tersebut, masih ramai lagi penduduk Malaysia yang sama ada belum divaksin lengkap, atau belum mendapatkan dos penggalak mereka.

Namun kita tidak boleh ambil mudah kerana COVID-19 bukanlah demam atau selesema biasa seperti dakwaan sesetengah pihak.

Dapatkan vaksinasi anda dan dapatkan dos penggalak bagi memperolehi perlindungan optimum dari COVID-19. Daftarkan anak-anak anda yang layak untuk vaksinasi kanak-kanak dan remaja. Ayuh kita lindungi golongan yang berisiko tinggi.

Saksikan video ini bagi mendengar penjelasan Dr Tan Ran Zhi 法医 陈然致, Pakar Forensik Hospital Sungai Buloh tentang kadar kematian akibat pandemik ini.

https://fb.watch/bpBxiEm4kV/

- YB Khairy Jamaluddin -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan demi melindungi diri dan orang tersayang.
Untuk mempercepatkan urusan di kaunter Kiosk Bantuan MySejahtera, pengunjung dimohon agar membuka laman Vaksinasi COVID-19 seperti di infografik ini dan tunjukkan kepada petugas di meja saringan.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Kiosk Bantuan MySejahtera di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Pengguna yang mempunyai pertanyaan dan isu dengan aplikasi ini, boleh melawat Kiosk Bantuan ini.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 26 Februari 2022:

Kes sembuh: 22,710 kes [3,063,560 kes kumulatif (90.2%)];
Kes baharu: 27,299 kes (3,395,170 kes kumulatif);
Kes import: 256 kes [215 warganegara (84.0%); 41 bukan warganegara (16.0%)];
Kes tempatan: 27,043 kes [26,305 warganegara (97.3%); 738 bukan warganegara (2.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 348 kes (153 kes disahkan COVID-19; 195 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 203 kes (91 kes disahkan COVID-19; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/02/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.08. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Data survelan genom SARS-CoV-2 sejak tahun 2020 menunjukkan sejak Jun 2021, varian yang dominan adalah VOC Delta. VOC Omicron mulai dikesan di Malaysia sejak November 2021. Sejak itu peratusan VOC Omicron yang dikesan di Malaysia semakin meningkat, menggantikan VOC Delta. Ciri Omicron yang mudah merebak menyebabkan peningkatan kes terutama apabila terdapat perhimpunan ramai seperti di sekolah dan tempat sesak yang menyebabkan penularan mudah berlaku.

Oleh itu masyarakat dinasihatkan untuk meningkatkan kawalan kendiri, amalkan TRIIS dan dapatkan vaksinasi serta dos penggalak bagi mereka yang layak. Lindungi diri, Lindungi Semua.

- KPK KKM -
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
Gula boleh didapati dalam makanan, juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti obesiti, diabetes dan hipertensi.
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi.

Dikongsikan 7 langkah bagi mengurangkan pengambilan gula harian anda.
A negative #COVID19 test result doesn’t make us invincible!

No test is perfectly accurate 100% of the time.
Tests can miss infections that are still incubating.
You may be infected after taking the test.

#StaySafe

- WHO -
[27.02.2022] Mohon maklum, nombor giliran hari ini untuk kiosk bantuan MySejahtera di World Trade Centre, KL telah habis dikeluarkan. Sila hadir pada tarikh seterusnya. Sebarang kesulitan dikesali. Terima Kasih.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Hari Bersama Doktor

Anda berminat untuk menjadi Penderma Darah?

Jangan lepaskan peluang.
Jom sertai kami bagi sesi pada hari Khamis, 3 Mac 2022 pada jam 11 pagi dengan topik ' Do & Don't in blood donation'

Platform : Google meet
Sila daftar di https://forms.gle/g37J8JQNGqQBTHqHA
Link akan diberikan melalui emel.

*Terhad kepada 50 peserta sahaja.

Sumber: PDN KKM