Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Berbanding ME ke 5/2022, kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam pada ME ke 6/2022 bagi kategori 3, 4 dan 5 telah menunjukkan peningkatan di semua peringkat umur kecuali golongan remaja. Peningkatan berganda dilihat ke atas golongan kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua bagi ME ke 6/2022. Oleh itu, KKM menyarankan agar kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa serta warga tua yang layak untuk segera mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak di PPV berdekatan anda.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 5,724 kes (2,852,437 kes kumulatif, 93.8%)
Kes baharu : 21,072 (3,040,235 kes kumulatif);
Kes import : 65 kes [29 warganegara (44.6%); 36 bukan warganegara (55.4%)];
Kes tempatan : 21,007 kes [20,526 warganegara (97.7%); 481 bukan warganegara (2.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 187 kes (98 kes disahkan COVID-19; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 109 kes (47 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

https://kpkesihatan.com/2022/02/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Salah satu PPV #PICKids yang telah dioperasikan oleh Klinik Hana yang dilantik #ProtectHealth

📍PPV Outreach Dewan Alamanda Pejabat Pendidikan Daerah Teluk Intan, Perak
💉500 doses per day

https://www.facebook.com/202828910548221/posts/813434959487610/?d=n

Sumber: Protect Health Corporation
Wellness On Wheel (WOW) berada di Pasar Terapung, Kompleks JPS Perlis sempena Hari Radio Sedunia 2022 Anjuran Perlis FM.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah

1. Sesi Senamrobik
2. Saringan Kesihatan
3. Ujian Kecergasan

Bagi sebarang kolaborasi bersama Wellness On Wheel, boleh hubungi 04-9760429 untuk pertanyaan. Atau pm admin pun x pa 😊

https://www.facebook.com/193977060669021/posts/5032253700174642/?d=n

Sumber: Wellness Hub Perlis
Pada 13 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,072 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040,235 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 5,350 (855,564)
Johor - 2,419 (282,427)
Sabah - 3,891 (274,260)
Sarawak - 201 (254,227)
W.P. KL - 1,001 (230,109)
Kedah - 1,841 (193,132)
Kelantan - 1,208 (189,479)
Pulau Pinang - 1,566 (179,017)
Perak - 444 (137,485)
Negeri Sembilan - 983 (126,633)
Pahang - 1,099 (109,975)
Terengganu - 297 (88,115)
Melaka - 429 (87,636)
W.P. Putrajaya - 105 (11,700)
W.P. Labuan - 109 (11,694)
Perlis - 129 (8,782)

- KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anak kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang berusia 6 tahun telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di PPV World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. #PICKids

Health Minister, Khairy Jamaluddin’s 6-year-old son received his first dose of the COVID-19 vaccine at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) PPV, today.
#PICKids

Sumber: JKJAV
COVID-19 : Reinfectious Cases

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Vickneshwaran Muthu from Disease Control Division, MOH.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.43. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
📢 Penggunaan tembakau boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser terutamanya kanser paru-paru, kanser mulut, kanser hati, kanser perut, kanser usus besar dan kanser ovari.

Pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22% kematian akibat kanser.

🚭 Berhenti merokok boleh membawa kepada perubahan yang besar kepada tahap kesihatan, meningkatkan jangka hayat dan kualiti hidup.

Katakan tidak kepada merokok 🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♀️
Cegah sebelum terlambat 💜
Sekalung penghargaan buat MyCHAMPION COMBI Negeri Pahang (Combi Pahang)

Dalam mencegah penularan wabak COVID-19, satu Program Pemerkasaan Pembudayaan Norma Baharu telah dilaksanakan oleh Ejen Kesihatan Komuniti (MyChampion) Taman Impianku, Kuantan

Aktiviti yang dilaksanakan :

a) Majlis Perasmian oleh YBhg. Dr. Mohd Rahim (Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan)
b) Aktiviti pemasangan poster pendidikan kesihatan dan ziarah di kawasan komuniti
c) Aktiviti edaran risalah pendidikan kesihatan di sekitar kawasan kejiranan

#KitaPrihatinCegahDENGGI
#KitaPrihatinCegahCOVID19
#KitaPrihatinKempenDaftarVaksin
#sihatmilikku

https://youtu.be/TXZDCI0uKW4
Pada 14 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,315 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,061,550 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022;
• 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 6,200 kes (29.09%)
Kategori 2 : 15,028 kes (70.50%)
Kategori 3 : 48 kes (0.23%)
Kategori 4 : 23 kes (0.11%)
Kategori 5 : 16 kes (0.07%)

- KPK KKM -
👉 Penyakit Jantung Kongenital (CHD) adalah malformasi struktur jantung atau pembuluh darah besar yang wujud sejak lahir.
Penyakit ini boleh berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu:
🫀 lubang dalam jantung
🫀 penyumbatan aliran darah
🫀 kekurangan oksigen dalam darah.

Rawatan bergantung pada jenis dan keterukan keadaan CHD.
Sesetengah kanak-kanak tidak memerlukan sebarang rawatan manakala yang lain mungkin memerlukan ubat atau pembedahan jantung.

❤️Ketahui tanda-tanda kecacatan jantung pada bayi dan dapatkan bantuan perubatan profesional bagi wira kecil anda.❤️

#chd
Wellness Hub merupakan pusat komuniti setempat, menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan komprehensif dan tumpuan untuk meningkatkan literasi kesihatan komuniti agar bertanggungjawab atas kesihatan diri, keluarga dan komuniti (health literacy for health ownership).

KKM mewujudkan 29 Wellness Hub, beroperasi di seluruh Malaysia. 16 Wellness Hub beroperasi di kawasan luar bandar dan 13 beroperasi di kawasan bandar.

Antara perkhidmatan dan program intervensi disediakan di Wellness Hub ialah Penilaian Faktor Risiko Kesihatan, Intervensi pengurusan berat badan (IFitEr), Aktiviti fizikal secara berjadual dan berkala, Kesihatan pergigian, makan secara sihat & selamat, Seni kreatif, My Green hands bersama Jabatan Pertanian, Aktiviti oleh MyChampion (pemimpin tempatan), Pocket Talk dan runding cara hidup sihat, dan Aktiviti Jangkau Luar (outreach) kepada komuniti secara mobil yang dikenali sebagai Wellness On Wheel (WoW).

Wellness Hub merupakan kemudahan bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan agar mereka boleh menjalankan aktiviti harian secara produktif.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
🔉𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈!!!

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐘𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀

Anda kini turut boleh mendaftar sebagai pengikrar penderma organ selepas kematian menerusi aplikasi MySejahtera.

Mudah sahaja:
Buka MySejahtera > Klik Close (untuk ke paparan utama) > Thing To Know > Jom Ikrar Derma Organ > Klik link diberikan > Lengkapkan borang > Hantar > Tunggu kad di pos ke alamat diberikan

Berbincanglah dan maklumkan kepada waris anda mengenai hasrat murni anda mendaftar sebagai pengikrar penderma organ selepas kematian supaya mereka lebih memahaminya serta memberi kebenaran apabila tiba masanya.

𝙎𝙖𝙩𝙪 𝙄𝙠𝙧𝙖𝙧, 𝙎𝙚𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#MySejahtera
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

TARIKH : 14 FEBRUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 8,517 kes (2,860,954 kes kumulatif, 93.5%)
Kes baharu : 21,315 (3,061,550 kes kumulatif);
Kes import : 81 kes [47 warganegara (58.0%); 34 bukan warganegara (42.0%)];
Kes tempatan : 21,234 kes [20,551 warganegara (96.8%); 683 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 199 kes (94 kes disahkan COVID-19; 105 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 115 kes (47 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

https://kpkesihatan.com/2022/02/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Sehingga 14 Februari 2022 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,315 kes (3,061,550 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 3,955 (859,519)
Johor - 2,800 (285,227)
Sabah - 4,035 (278,295)
Sarawak - 206 (254,433)
W.P. KL - 1,010 (231,119)
Kedah - 2,733 (195,865)
Kelantan - 1,330 (190,809)
Pulau Pinang - 1,656 (180,673)
Perak - 461 (137,946)
Negeri Sembilan - 707 (127,340)
Pahang - 938 (110,913)
Terengganu - 376 (88,491)
Melaka - 666 (88,302)
W.P. Labuan - 189 (11,883)
WP Putrajaya - 124 (11,824)
Perlis - 129 (8,911)

- KKM -