Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Vaksin penggalak COVID-19 diberikan untuk memberikan perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19.

Berikut adalah pesanan kepada anda sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Persediaan ini akan membantu memastikan kelancaran proses vaksinasi.

COVID-19 booster vaccines are provided to give optimal protection against COVID-19 infection.

Here are the preparations that you can do before going to the Vaccination Center (PPV).

This preparation will help ensure smooth vaccination experience.

#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Sila pastikan sijil vaksinasi digital anda telah dikemaskini selepas menerima dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) anda.

Please ensure your digital vaccination certificate has been updated after receiving the booster dose at your Vaccination Centre (PPV).

#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Vaksin COVID-19 : Dos Penggalak

Saksikan dalam Berita Awani pada pukul 5.00 petang nanti bersama Dr. Rosnah Ramly dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Pada 14 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,346 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,802,263 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
14 JANUARI 2022 - SEKSYEN 4, BANDAR BARU BANGI

Salam Jumaat, Keluarga Malaysia 🇲🇾

Ada yang dah start ‘packing’ nak balik kampung halaman ke tu? Jangan lupa masukkan pelitup muka dan pensanitasi tangan dalam beg tu ya. Teruskan amalkan penjarakan sosial dan patuh kepada SOP. Anda pun disarankan untuk menjalani ujian kendiri bagi mengesan virus COVID-19 sebelum pulang ke kampung.

Sentiasa berhati-hati di jalan raya. Pandu perlahan, jiwa selamat.

#sihatsepanjanghayat
#ANMS
Sijil vaksinasi saya hilang setelah saya menukar nombor IC/ passport di MySJ. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda boleh mengikuti langkah- langkah seperti infografik ini.
______________________________________

My vaccination certificate disappeared after I changed my IC/ passport number in MySJ. What should I do?

Follow these steps as in the infographic below.

#reopeningsafely
#mysejahteratrace
#mysejahtera

Sumber: MySejahtera
Kenyataan Akhbar KPK 14 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 3,052 kes (2,729,943 kes kumulatif, 97.4%)
• Kes baharu : 3,346 kes (2,802,263 kes kumulatif);
• Kes import : 267 kes (196 warganegara; 71 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,079 kes [2,941 warganegara (95.5%); 138 bukan warganegara (4.5%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 204 kes (159 kes disahkan COVID-19; 45 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 95 kes (64 kes disahkan COVID-19; 31 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,195 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,023 kluster;
• Jumlah kluster aktif : 172 kluster.

Daripada 3,346 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 49 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,297 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/01/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Adakah dos penggalak selamat untuk seseorang yang mahu mengandung, sedang mengandung atau sedang menyusu bayi?

Is the booster dose safe for women who are trying to conceive, currently pregnant or breastfeeding?

#Ibunisasi
#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Vaksin penggalak COVID-19 diberikan untuk memastikan anda mendapat perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19.

Bagi yang telah menerima dos penggalak COVID-19, anda dinasihati agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak selama seminggu.

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan selepas menerima dos penggalak.

-----------_------------_-----------

COVID-19 Booster vaccines are provided to give optimal protection against COVID-19 infection.

For those who have received their COVID-19 booster dose, you are advised to not do any streneous activites for a week.

Here are the list of things that you should do after receiving your booster dose.

#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Adakah data saya selamat dan dilindungi semasa mengaktifkan MySejahtera Trace ini?

Sila rujuk infografik ini.

___________________________________

Is my personal data safe and protected while activating MySejahtera Trace?

Please refer to this infographic.

#reopeningsafely
#mysejahteratrace
#mysejahtera

Sumber: MySejahtera