Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tip Makan Selamat Selepas Membeli Makanan Secara Online

📌 Cuci tangan dengan air dan sabun
📌 Amalkan Lihat, Hidu dan Rasa
📌 Makan dengan segera
📌 Sekiranya hendak makan kemudian, simpan segera ke dalam peti sejuk dalam bekas tertutup
📌 Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan
📌 Segera dapatkan rawatan sekiranya anda rasa pening, loya, muntah, sakit perut atau cirit birit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tiada yang lebih penting dari membahagiakan insan tercinta. Sayangi keluarga anda.

Ingat, "Kecuaian Membawa Padah !!"

Mesej ini dibawa oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anda baru pulang ke Malaysia dan telah menerima vaksinasi di luar negara.

Ikuti langkah berikut untuk mendapatkan sijil vaksinasi digital anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Hai semua, jom aktifkan diri untuk pastikan kita sentiasa sihat & cergas 🎉

Ada banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti berbasikal, melakukan kerja rumah, menari dengan muzik kegemaran, bersenam di taman dan lain-lain lagi 🥳

Seronok tau! Jom sama-sama aktifkan diri! 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️

Hora Horey!

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
Sehingga 20 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,516 kes (2,407,382 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 9,401 kes (2,297,289 kes kumulatif, 95.4%);
Kes baharu : 5,516 kes (2,407,382 kes kumulatif);
Kes import : 14 kes (10 warganegara; 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,502 kes [5,267 warganegara (95.7%); 235 bukan warganegara (4.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 669 kes (572 kes disahkan COVID-19 ; 97 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 333 kes (241 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,699 kluster;
Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,085 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 614 kluster.

Daripada 5,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
102 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,414 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Tuberkulosis dan Kanak-kanak.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Tarikh : 21 Oktober 2021
Masa : 8.00 pagi

Panel :
Dr. Asiah Kassim
Pakar Perunding Pediatrik dan Respiratori Pediatrik
Hospital Tuanku Azizah

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
20 OKTOBER 2021 - TEAM HEBAHAN BERGERAK DARI PUTRAJAYA TERUS KE KAMPUNG SUNGAI MULIA, GOMBAK.

Hari ini team kami ke kawasan perkampungan di Gombak pula. Kami berkesempatan ke Institut Latihan Memandu dan sekitar kawasan kampung. Semoga pesanan khidmat masyarakat dapat dijadikan panduan dalam kita mendepani COVID-19.

Untuk anda yang sedang rancang untuk pulang ke kampung, semak dulu ya bila jadual janji temu vaksinasi anak-anak. Jangan terlepas pula ya!

Lindung Diri. Lindung Semua.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semua kanak-kanak yang berumur 12-17 tahun layak mendapat suntikan vaksin COVID-19. Vaksin kepada golongan ini sangat penting kerana boleh mencegah penularan COVID-19 di kalangan mereka, mencegah jangkitan yang teruk dan yang boleh menyebabkan kematian akibat COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Etika pengasingan sampah ke dalam tong sampah kitar semula.

👍🏻 Asingkan sampah / bahan kitar semula
👍🏻 Masukkan sampah ke dalam tong sampah mengikut label
👍🏻 Tutup tong sampah

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.86. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Lindungi Warga Emas.

Sekiranya ibu bapa tinggal bersendirian

Bantu ibu bapa untuk kenal pasti gejala COVID-19
Sentiasa hubungi ibu bapa untuk mengetahu status kesihatan mereka
Pasang CCTV jika perlu untuk pantau keadaan ibu bapa
Minta bantuan jiran untuk kerap bertanya khabar ibu bapa kita
Bekalkan peralatan pemantauan kesihatan kendiri. Ajar mereka untuk menggunakan peralatan dengan betul.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sehingga 21 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,210 kes (2,413,592 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Predator berkeliaran di Eco Tropics Kota Masai !

Begitulah inisiatif Sukarelawan Kesihatan MyChampion Ejen Kesihatan Komuniti yang membuka pusat sehenti kiosk penerangan COVID-19 dan denggi di Eco Tropics, Kota Masai. Maskot Predator digunakan bagi menarik perhatian orang ramai di pusat membeli-belah tersebut. Selain penerangan, edaran bahan promosi kesihatan COVID-19 dan denggi turut diedarkan kepada para pengunjung. Syabas kepada semua sukarelawan kesihatan yang terlibat. Semoga usaha yang murni ini berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat.

#KitaJagakita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=241936097958422&id=100064261016705