Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Berita Gembira kepada abang-abang bekas perokok semua,

🎊 📸 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 📸 🎊

"KOMITED UNTUK BERHENTI"
"COMMIT TO QUIT"

Sempena Tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan World No Tobacco Day pada tahun ini,

SELBAR, JBAR dan PERBAR berkolaborasi di bawah Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) akan menganjurkan Pertandingan Video Kreatif bertemakan "KOMITED UNTUK BERHENTI atau COMMIT TO QUIT dalam Pandemik COVID-19".

Oleh itu, kami mengalu-alukan semua bekas perokok untuk menyertai pertandingan ini bagi memeriahkan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2021 ini.

Video-video yang dihantar adalah bertujuan untuk memberi perkongsian ringkas, kata-kata motivasi dan semangat kepada para perokok yang sedang berjuang memberi komitmen untuk berhenti merokok dan vaping selama-lamanya.

Penerangan:
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua bekas perokok di seluruh Malaysia.
2. Peserta hanya perlu rakam sendiri (selfie video) selama 3 minit dan hantar kepada penganjur.
3. Penganjur kemudiannya akan menyunting untuk memasukkan frame dan template pertandingan.
4. Segala terma, syarat serta panduan menghantar video pertandingan disediakan dalam borang pendaftaran.
5. Video yang telah dihantar dan disunting akan dimuatnaikkan di FB PAGE IKRAM Health Malaysia dan akan dikongsi di page SELBAR, JBAR dan PERBAR. Peserta akan dimaklumkan bila video yang dihantar akan dimuatnaik.
6. Video yang mendapat like, views dan share terbanyak akan diberi markah dan jumlah markah tertinggi akan mendapat hadiah lumayan.
7. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini akan diberi hadiah saguhati (dihantar melalui POS).

🏆 Hadiah lumayan menanti para pemenang!💰
- Tempat Pertama: RM 500
- Tempat Kedua: RM 300
- Tempat Ketiga: RM 200

📆 Tarikh Pendaftaran Penyertaan:
15 Ogos - 10 September 2021

📆 Tarikh Video akan Dimuatnaik:
1 hingga 15 September 2021

Tunggu apa lagi? Jom sertai sekarang!

Sila imbas kod QR pada poster atau tekan link di bawah ini untuk mengisi borang pendaftaran
https://bit.ly/QuitSmokingVideo

👍LIKE dan FOLLOW FB
IKRAM Health Malaysia
Selangor Bebas Asap Rokok - Selbar
Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)
Perak Bebas Asap Rokok - Perbar

#WorldNoTobaccoDay
#CommitToQuit
#KomitedUntukBerhenti
#videokreatif