Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jika kita bercerita tentang role-model atau suri teladan menjaga kesejahteraan persekitaran, maka Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Tangkak layak mendapat gelaran tersebut dan wajar diberi pengiktirafan. Apa yang mereka lakukan? Selain aktif melaksanakan Program COMBI, KRT di kawasan ini sentiasa aktif dan tidak ketinggalan melaksanakan Program 1 Hour Johor Clean Up pada Sabtu minggu ke-3 setiap bulan, di mana 22 daripada 36 KRT Zon Tangkak melaksanakan Program 1 Hour Johor Clean Up pada 20 November 2021 yang lalu. Muafakat itu berkat, syabas dan terima kasih kepada semua KRT yang terlibat kerana Program 1 Hour Johor Clean Up telah menjadi budaya sihat kepada para penghuni di KRT masing-masing. Semoga memberi inspirasi kepada semua !

1. KRT Kg Gelugor
2. KRT Kg Felda Sri Ledang
3. KRT Kesang
4. KRT Taman Pelangi
5. KRT Kebun Baru
6. KRT Taman Sagil Jaya
7. KRT Kg Solok
8. KRT Bukit Kangkar
9. KRT Parit Bunga
10. KRT Sg Mati
11. KRT Serom 6 Luar
12. KRT Taman Syed Nasir
13. KRT Kg. Felda Sri Jaya
14. KRT Kg Serom 2
15. KRT Serom
16. KRT Tangkak D
17. KRT Bukit Gambir A
18. KRT Sagil
19. KRT Sengkang Bt 19
20. KRT Tangkak A
21. KRT Grisek
22. KRT Bandar Baru Tangkak

#1hourjohorcleanup
#johorperangidenggi

Sumber: JKN Johor
Program 1 Hour Johor Clean Up yang diadakan pada hari Sabtu minggu Ke-3 pada setiap bulan, jam 9-10 pagi berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Johor. Syabas kepada semua! Semoga program ini terus mendapat sambutan pada tahun 2022.

Foto: Aktiviti 1 Hour Johor Clean Up pada 18 Disember 2021 di 24 Kawasan Rukun Tetangga Daerah Tangkak.

#1hourjohorcleanup
#johorperangidenggi
15 Jun 2024 - Program Gerak Mesra Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Sempena Hari Denggi Asean 2024, di Balairaya Tmn Murni akan dirasmikan oleh YB Pn Gan Peck Cheng, ADUN Kawasan Penggaram. Daftar seawal 7.30 pagi, ada saringan kesihatan, senamrobik, pameran interaktif pemakanan dan MyChampion. Jumpa ada di sana !

#goromega
#hapusaedes
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
#sihatmilikku
#1hourjohorcleanup
#haridenggiasean