Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
😍Bulan Februari sudah tiba!

Jangan lepaskan peluang ini untuk tunjukkan sokongan anda kepada pesakit dan pejuang kanser 💪🤩💜

Dan jangan lupa saksikan UPACARA PELANCARAN DAN WEBINAR berkaitan kanser pada 4 Februari Jam 11 pagi di FB live Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#supportworldcancerday2021
#IamandIwill
#letsfightagainstcancertogether

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pada tahun 2018, penyakit Kanser adalah penyebab kematian tertinggi di hospital swasta dan keempat tertinggi di hospital kerajaan.

Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari ini, marilah kita sama-sama memainkan peranan dalam membendung penyakit ini daripada terus meningkat.

#iamandiwill
#sihatmilikku
📢Pendaftaran LARIAN VIRTUAL HARI KANSER SEDUNIA 2021 masih dibuka!📢

Jangan lepaskan peluang untuk tunjukkan sokongan anda kepada pesakit dan pejuang kanser 💪🏼

🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♂️Tempoh Pendaftaran: 15 Januari 2021 – 14 Februari 2021
🏃🏻‍♂️🏃🏻‍♀️Tempoh Larian: 15 Januari 2021 – 28 Februari 2021

⬇️Untuk info lanjut dan link pendaftaran, sila tekan link di bawah: ⬇️
https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

#mywcd2021virtualrun
#IAmandIWill
#SupportWorldCancerDay2021
#LetsFightAgainstCancerTogether
1 daripada 10 lelaki dan 1 daripada 9 wanita dijangka akan menghidap kanser sepanjang hayat mereka.

Faktor risiko penyakit kanser boleh diubah!

#IAmAndIWill
#sihatmilikku
Anda boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti amalkan pemakanan sihat, kerap bersenam, kurangkan pengambilan alkohol, dapatkan vaksinasi dan berhenti merokok.

Saya akan dan saya boleh.

#IAmAndIWill
#sihatmilikku
Berat badan berlebihan dan obes boleh meningkatkan risiko kanser.

Kawal berat badan anda untuk mengurangkan risiko kanser.

#IAmAndIWill
#sihatmilikku
Risiko kanser meningkat apabila mengambil makanan berlemak, bergula, diproses dan daging merah secara berlebihan.

Ambil makanan yang sihat dan kekalkan berat badan unggul bagi mengurangkan risiko kanser.

#IAmAndIWill
#sihatmilikku
Aktiviti fizikal membantu mencapai serta mengekalkan berat badan unggul dan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser.

Pastikan anda lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

#IAmAndIWill
#sihatmilikku
Kajian mendapati 11.8% rakyat Malaysia meminum alkohol.

Pengambilan alkohol meningkatkan risiko terhadap 7 jenis kanser iaitu kanser mulut & tekak, kanser larinks, kanser esofagus, kanser hati, kanser payudara dan kanser usus besar.

#IAmAndIWill
#sihatmilikku