Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
[24 Mac 2022] Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kolaborasi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Sukarelawan COMBI Daerah Johor Bahru dan Pengurusan PPR Kempas Permai mengadakan Sesi Taklimat Program Kawalan Denggi Melalui Pelepasan Nyamuk BerWolbachia. Taklimat dihadiri oleh Ketua-Ketua Blok dan beberapa orang wakil. Projek Pelepasan Nyamuk BerWolbachia akan diadakan di PPR Kempas Permai pada tahun ini. Justeru itu, beberapa siri taklimat kepada penduduk mengikut blok akan diadakan. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

#10minithapuskanaedes
#johorperangidenggi

https://www.facebook.com/100069889014251/posts/264339039239061/?d=n
Satu daripada lokasi paling popular di Malaysia semasa Bulan Ramadan ialah Bazar Ramadan. Kemeriahan Bazar Ramadan pastinya memberikan pengalaman yang bermakna bukan sahaja kepada para pengunjung tetapi juga kepada para peniaga yang berusaha menarik pelanggan. Bahkan Bazar Ramadan menjadi tempat pertemuan keluarga, sahabat dan kenalan. Demikianlah meriahnya Bazar Ramadan. Justeru itu di sebalik kemeriahan ini, soal kebersihan mestilah menjadi keutamaan, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan Bazar Ramadan.

Kepada semua, Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa!

#10minithapuskanaedes

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor