Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
WALK Ultimate Grand Virtual Challenge.

Capai semua purata langkah harian dari 8 Julai hingga 20 November 2020 dan anda berpeluang untuk memenangi baucar tunai berjumlah RM 1,000.

#sihatmilikku
#walkthetalk
#BookDoc
Sumber garam dalam diet seharian anda.

➡️ 71% makanan terproses / makan masakan luar
➡️ 14% terdapat secara semulajadi
➡️ 6% ditambah semasa dimasak
➡️ 5% ditambah semasa dihidang
➡️ <1% lain-lain
Hai gais! 🥰🥰

Welcome to HePiLI Network!🥳🥳🥳

Ingat tak sebelum ni Kak Min bagitau yang banyak aktiviti team HePiLI dah rancang untuk adik-adik?

Ok bermula Julai 2020, HePiLI Network akan bersiaran melalui FB Live dan diikuti dengan Challenge-challenge menarik di FB KelabDoktorMuda ni

Ha ini bermaksud adik-adik berpeluang memenangi hadiah selain mendapat informasi kesihatan terkini 😍😍

So, stay tune and keep updated with latest info di FB KelabDoktorMuda. Jangan lupa ajak kawan-kawan, adik-beradik dan family untuk like FB ni tau

Toodles~~~

#KitaTeguhKitaMenang
#kamidoktormuda
#gengprosis
#HePiLI
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/568022747434172/
Kes positif mengikut negeri (setakat 06/07/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 06/07/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 6th July 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 6 Julai 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 11 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,476 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 6 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,668 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 71 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lima (5) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara (pemastautin tetap).

https://kpkesihatan.com/2020/07/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Julai 2020 telah mendakwa sebuah syarikat iaitu Redframe Management & Resources atas kesalahan menjual hasil tembakau secara dalam talian (online) di bawah Peraturan 10A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Kesalahan tersebut dikesan berikutan pemantauan berterusan pihak KKM berkaitan penjualan hasil tembakau secara dalam talian. Susulan pemantauan tersebut, satu siasatan serta penguatkuasaan telah dijalankan oleh Sektor Inspektorat dan Perundangan, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam. Hasil daripada aktiviti ini, KKM mendapati syarikat Redframe Management & Resources telah menjual hasil tembakau dengan pelbagai jenama secara dalam talian dengan harga serendah RM20.00 kepada pelanggan.

https://kpkesihatan.com/2020/07/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-julai-2020-tindakan-pendakwaan-atas-kesalahan-menjual-hasil-tembakau-secara-dalam-talian/
Bagaimana jangkitan Hepatitis B boleh dicegah.

Mengambil Imunisasi Hepatitis B lengkap
Gunakan sarung tangan apabila mengendalikan kerja yang terdedah kepada darah dan cecair badan manusia
Jangan berkongsi jarum, pisau cukur, pemotong kuku, berus gigi dan lain-lain perkakas peribadi
Jangan bertatu atau bertindik kecuali anda yakin perkakas yang digunakan adalah baru

#mymissingmillions
#sihatmilikku
#walkthetalk
Penyakit Tiroid.

Dengarkan di minnalfm bersama Dr. Sivasangkari Mugilarassan esok pada pukul 9.30 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDERMA DARAH NEGATIF!

Anda diminta tampil untuk menderma darah di mana-mana lokasi pendermaan darah berikutan stok bekalan darah bagi kumpulan darah A negatif, B negatif, O negatif dan AB negatif semakin berkurangan.

Penderma darah bagi kumpulan darah positif juga boleh teruskan pendermaan untuk menampung permintaan bekalan darah yang berterusan dan memastikan paras bekalan darah sentiada pada tahap yang baik.

Anda boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan Pusat Darah Negara melalui pautan berikut:
http://pdn.gov.my/index.php?option=com_jevents&v

ATAU

Anda boleh terus ke pusat kutipan darah statik di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya seperti berikut:

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
- Isnin-Jumaat: 7.30 pagi - 8.00 malam
- Sabtu-Ahad: 8.00 pagi - 6.00 petang

2. Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall, Lot 063, Tingkat 3 (Mezzanine), Sebelah Daiso Japan
Waktu operasi:
- Isnin - Ahad : 10.00 pagi - 9.00malam

3. Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Lot PT 2280-2283 Persiaran Seri Perdana, Precint 10 Putrajaya
Waktu operasi:
- Isnin - Ahad: 10.00pagi - 6.00petang

#darahtakpernahcuti
#pendermategar
#jomdermadarah
Makanan yang BOLEH dijual di kantin sekolah

Setelah sekian lama bercuti, kini kantin sekolah telah mula beroperasi. Pengusaha kantin perlu pastikan hanya makanan dan minuman yang boleh dijual sahaja ada di kantin sekolah. Ibu dan ayah juga perlu selalu ingatkan anak-anak untuk membeli makanan yang berkhasiat di kantin sekolah.

Makanan yang berkhasiat akan menjamin kesihatan anak-anak kita.

#pemakanansihatdisekolah
#anaksihatdancemerlang
#kantinsekolah

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
VIDEO 7 - PERJALANAN KE SEKOLAH

Penjarakan sosial 1 meter perlu sentiasa diamalkan disepanjang perjalanan ke sekolah.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Semua jenis garam mempunyai kandungan sodium yang hampir sama walaupun jenisnya berbeza.

#SedapTakSemestinyaMasin
Hepatitis B lebih mudah berjangkit berbanding HIV.

Hindari Alkohol
Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor
Jangan dermakan darah atau organ sekiranya anda penghidap Hepatitis B

#mymissingmillions
#sihatmilikku
#walkthetalk
Diabetes : Ubah Gaya Hidup.

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama En. Mohd Nazri Abdullah dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Kes positif mengikut negeri (setakat 07/07/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 07/07/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk