Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan anda makan secara tidak terkawal? Ingin kurus dalam tempoh PKP? Mahu membuat pembelian Ubat Kurus secara online?

Berhati-hati! Ambil tahu RISIKO pembelian ubat kurus secara online.

Anda mungkin terdedah kepada risiko-risiko seperti berikut:
1. Ubat tidak berdaftar dengan KKM.
2. Ubat yang dicampur dengan bahan terkawal seperti Sibutramine tanpa mengetahui jumlah kandungan sebenar bahan tersebut yang dicampurkan.
3. Iklan ubat yang tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, KKM
4. Kesan sampingan yang memudaratkan daripada ubat tidak berdaftar atau palsu

KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan ubat kurus. Semak dahulu sebelum klik:
1) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram dan
2) No. KKLIU bagi iklan ubat

Untuk kekal sihat, lakukan senaman secara berkala dan ambil diet yang seimbang.

Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple Store.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

#biarbetuliklanni!
#stayathome
#covid19
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau iklan dan penjualan ubat secara online. Berikut merupakan statistik iklan ubat yang diturunkan daripada platform e-Dagang. Iklan-iklan tersebut melanggar Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Kepada penjual ubat online!

Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat:
1️⃣ Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram)
2️⃣ Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!

#biarbetuliklanni!

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my
Anda ingin tahu tip sebelum beli ubat online? Bukan susah pun nak semak.. semuanya ada di hujung jari…

https://www.facebook.com/BPFIPKKM/videos/236275370916685/

Maklumat lanjut https://www.pharmacy.gov.my

#biarbetuliklanni #jualubatberdaftar #KKLIUadabaruOK
orang awam apabila melihat iklan ubat melalui pelbagai platform:

1. Semak status pendaftaran produk (MAL) di portal https://www.npra.gov.my atau muat turun aplikasi NPRA Product Status dari Google Play.
2. Sekiranya terdapat nombor MAL, bagi iklan yang mempunyai tuntutan perubatan, pastikan iklan tersebut mempunyai nombor KKLIU.
3. Semak kelulusan iklan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan.
4. Jangan mudah percaya tuntutan perubatan yang dibuat sekiranya tiada nombor KKLIU kerana tidak disahkan oleh Lembaga Iklan Ubat.
5. Sekiranya tiada nombor MAL, disyaki produk tersebut tidak berdaftar atau diklasifikasikan sebagai makanan. (Produk makanan dilarang membuat akuan perubatan terhadap penggunaan produk tersebut).
6. Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, orang awam boleh merujuk Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di talian 03-78413200 atau menghubungi Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan di talian 03-88833558.

Dapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan dan ubat-ubatan daripada pegawai perubatan atau ahli farmasi. Elakkan membeli ubat di pasar, kaki lima, kiosk dan laman web atau media sosial. Pastikan ubat atau produk farmaseutikal berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL berserta label keselamatan hologram dan iklannya diluluskan oleh LIU. Sempena dengan Kempen Waspada Pembelian Ubat Online #biarbetuliklanni! orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada apabila membeli ubat dalam talian dan sentiasa membuat semakan terdahulu sebelum klik untuk sebarang pembelian. Untuk mendapatkan panduan, tips, info, video yang berkaitan dengan risiko pembelian ubat dalam talian, orang awam dinasihatkan untuk melayari laman https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online.

Aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan. Pertanyaan juga boleh dibuat di talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

Disediakan oleh:
Normawati Binti Mohamed Noor
Ketua Penolong Pengarah Kanan UF54
Cawangan Kawalan Iklan
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang awam berhati-hati apabila membeli ubat secara dalam talian terutamanya di platform e-dagang dan media sosial.
Nota: Video pendek ini turut akan disiarkan di skrin digital sekitar stesen LRT dan Monorel bermula 14 Ogos 2020.

Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!
Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat:
1. Pastikan produk yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram)
2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!
Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple AppStore.

#biarbetuliklanni!
#jualubatberdaftar
#KKLIUadabaruOK

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my
Hendak beli ubat online? Dengar dulu nasihat dari abang-abang dan kakak-kakak farmasis.

Berhati-hati apabila membeli ubat secara dalam talian terutamanya di platform e-dagang dan media sosial.
Tanya dahulu kepada abang-abang dan kakak-kakak farmasis. Jadikan kami sebagai ‘Rakan Ubat Anda’
Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!

Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat:

1. Pastikan produk yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram)
2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!
Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple AppStore.

https://www.facebook.com/1796369947265916/posts/2758329304403304/

Selamat Hari Farmasi Sedunia!
#biarbetuliklanni!
#jualubatberdaftar
#KKLIUadabaruOK
Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my
📣📣📣 Jom sama-sama saksikan liputan berita berkenaan Kempen Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklanni yang telah ke udara pada 2 Nov 2020 @ 1.30 pm di Buletin 1.30 TV3

Sumber: Saluran Youtube Buletin TV3

https://www.facebook.com/1796369947265916/posts/2794519407450960/

#biarbetuliklanni
#jualubatberdaftar
#KKLIUadabaruOK
Mungkin ramai kaum adam yang sering mencari ubat kuat di online. Jangan disebabkan untuk “kuat” sementara, tetapi kesan mudarat lain pula yang perlu ditanggung.

Bagi penjual ubat online, menjual ubat tidak berdaftar dan mengiklankan iklan ubat termasuklah tuntutan bagi peningkatan fungsi seksual adalah satu kesalahan.
Pastikan 3 perkara sebelum mengiklankan ubat:

1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
2. Pastikan ubat tersebut bukan ubat terkawal (No. MAL diakhiri dengan abjad A)
3. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!

Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play, Apple AppStore atau Huawei AppGallery.
#biarbetuliklanni!
#jualubatberdaftar
#KKLIUadabaruOK

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my
📣📣📣 Jom sama-sama saksikan rancangan Meletop bersempena Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklanni yang akan ke udara pada 1 Dis 2020 @ 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2817808538455380&id=1796369947265916

#biarbetuliklanni
#jualubatberdaftar
#KKLIUadabaruOK

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagi sesiapa yang terlepas menyaksikan rancangan #Meletop pada 1 Dis 2020 yang lalu, jom dengar nasihat Diana Amir sebelum membeli ubat dalam talian!

Pastikan 3 perkara sebelum mengiklankan ubat:

1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
2. Pastikan ubat tersebut bukan ubat terkawal (No. MAL diakhiri dengan abjad A)
3. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!

Dapatkan panduan kepada selebriti dalam pengiklanan produk kesihatan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/panduan-selebriti-dalam-pengiklanan-produk-kesihatan.html

#meletop
#biarbetuliklanni!
#jualubatberdaftar
#KKLIUadabaruOK

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan Vaksin yang membuat tuntutan pencegahan atau rawatan Covid-19 termasuklah vaksin di Internet.
Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!

Pastikan 3 perkara sebelum mengiklankan ubat:
1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
2. Pastikan ubat tersebut bukan ubat terkawal (No. MAL diakhiri dengan abjad A)
3. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)
JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!

Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play, Apple Store atau Huawei AppGallery.
#biarbetuliklanni!

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan atau kenyataan terhadap tuntutan pencegahan atau rawatan Covid-19 termasuklah di Internet melainkan sumbernya daripada KKM.