Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 20th May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 60 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,706 kes (81.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes pulih adalah hampir dua kali ganda kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 20 Mei 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 31 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,009 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,189 kes. Ingin dimaklumkan daripada 31 kes baru yang dilaporkan, sepuluh (10) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 21 kes adalah penularan tempatan di mana sepuluh (10) kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 11 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/05/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Norma Baharu Solat Berjemaah

Berwuduk dari rumah
Memakai pelitup muka dan membawa hand sanitizer
Membawa sejadah sendiri
Golongan berisiko tinggi tidak dibenarkan hadir ke masjid
Amalkan penjarakan sosial di luar dan dalam masjid
Tidak bersalaman selepas solat

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Norma Baharu dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer

Saksikan rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Nasrul Muhaimin M. Mokhtar di TV1.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
AGEN COVID19 TANPA GEJALA

Pastikan anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan agar dapat mencegah penularan wabak COVID19.

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Syawal Dirai, Keluarga Dilindungi

Kekal beraya di rumah
Lindungi warga emas dan kanak-kanak
Solat sunat Aidilfitri di rumah
Tangguhkan ziarah kubur

Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Covid-19 : Makluman ! Dalam usaha mengurangkan risiko penyebaran jangkitan Covid-19, semua Klinik Pergigian KKM kini menjalankan penjarakan fizikal.
Anda PERLU menghubungi klinik pergigian berhampiran terlebih dahulu untuk mendapatkan sesi janji temu.

*Notis ini tersedia dan boleh dimuat turun dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Anda ingin tahu tip sebelum beli ubat online? Bukan susah pun nak semak.. semuanya ada di hujung jari…

https://www.facebook.com/BPFIPKKM/videos/236275370916685/

Maklumat lanjut https://www.pharmacy.gov.my

#biarbetuliklanni #jualubatberdaftar #KKLIUadabaruOK
Kekal beraya di rumah. Raikan HANYA bersama keluarga.

Lindungi keluarga anda, putuskan jangkitan COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 21st. May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,796 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes pulih adalah hampir dua kali ganda kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 21 Mei 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 50 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,059 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,149 kes. Ingin dimaklumkan daripada 50 kes baru yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 34 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil. Mereka ini telah berada di dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020.

Sehingga kini, terdapat 10 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/05/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Ehhhh lagi 2 hari nak raya..😍😍

Pastikan kita praktikkan norma baharu di musim perayaan ni tau

Mari kita cuci tangan dengan air dan sabun secara kerap

Syawal dirai, keluarga dilindungi

https://www.facebook.com/134375926676526/posts/2925708404209917/

#stayathome
#kitateguhkitamenang
#kamidoktormuda
#gengprosis
#hepili
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Amalkan norma baharu di hari raya ini.

👐 Kerap cuci tangan
↔️ Kekalkan jara k sosial
🚫 Jangan bersalaman

Ikhlas dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk