Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
“Kajiselidik Solidariti”, yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), akan menyaksikan penglibatan Malaysia dalam usaha antarabangsa untuk menguji beberapa ubat dalam merawat COVID-19.

Kajiselidik yang diselaraskan oleh WHO di seluruh dunia ini adalah satu usaha yang julung kali dilakukan bagi mengumpul data yang boleh dipercayai dan membandingkan keselamatan dan keberkesanan empat protokol rawatan menggunakan kombinasi Remdesivir, Lopinavir / Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine.

https://kpkesihatan.com/2020/04/06/joint-press-release-moh-who-6-april-2020-malaysia-starts-global-solidarity-trial-a-research-effort-to-test-possible-treatments-for-covid-19/
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang telah disediakan. Di pintu masuk negara, mereka akan menjalani saringan kesihatan iaitu saringan demam dan gejala COVID-19. Ujian pengesanan COVID-19 akan dijalankan dan mereka akan dipantau selama 14 hari di stesen kuarantin tersebut.

Sekiranya ada bergejala ketika tiba di pintu masuk antarabangsa atau ketika di stesen kuarantin, mereka akan dihantar ke hospital yang telah dikenalpasti untuk pemeriksaan dan rawatan.

Mereka yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian pengesanan sampel yang dijalankan, akan dirujuk ke hospital untuk tujuan isolasi, pemeriksaan, rawatan dan pemantauan.
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/893143017798628/
TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 06 April 2020.
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 236 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,241 kes bersamaan dengan 32.72% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua!

#Stayathome
#BreaktheChain
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
Kes Kematian Baharu #COVID19 di Malaysia setakat 5 Petang, 06 April 2020 adalah 1 kes.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 62 kes.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
Status COVID-19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 06 April 2020.
Keseluruhan kes positif 3,793 dengan 32.72.% telah sembuh bersamaan 1241 pesakit dan 1.63% atau 62 kematian.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 06 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 131 orang.

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 3,793 orang.

Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 236 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,241.

Pesakit di ICU adalah sebanyak 102 orang dan 54 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang.
Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 62 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 236 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,241 kes (32.72 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 6 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,793 kes.

Sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
https://www.instagram.com/p/B-o1nTBl4Xn/?utm_source=ig_web_copy_link

Alif Satar : "Kita semua mesti sama-sama bantu menghentikan COVID-19. Tanggungjawab kita semua hanya stay home, Duduk rumah. Kita mesti menang. "

Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Boleh juga follow kami di
👉 Instagram (www.instagram.com/myhealthkkm)
👉 Twitter (www.twitter.com/myhealthkkm)
👉 Likes FB MyHEALTH (www.facebook.com/myhealthkkm)
👉 Subscribe Youtube (www.youtube.com/myhealthkkm)

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Stres ketika bekerja dari rumah.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.00 pagi bersama En. Afandy Sutrisno Tanjung di TV1.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia, 6 April 2020.

Negara Amerika Syarikat terus menjadi negara yang mempunyai bilangan kes yang tertinggi di dunia dengan kadar peratus 26.5% daripada jumlah kes seluruh dunia.

Peratus kadar kematian yang tertinggi di dunia ialah 12.32% dari negara Itali.
I understand many of us have been asking about the infection of COVID-19 on animals and pets. For animal lovers, pets are considered as part of their family. If we are unable to keep a distance from animals and pets, it is important to keep good hygiene at all times including when in contact with animals and pets.

Wash your hands before and after handling them. Meanwhile, the Ministry of Health (MOH) will work closely with the Department of Veterinary (DVS) for further advice on this matter.

- KPK KKM -
Dua kluster yang berkait rapat dengan Perhimpunan besar- besaran sememangnya memberi impak secara mendadak dalam peningkatan kes-kes COVID-19 di Malaysia.

1. Persidangan keagamaan di Kuching selama 3 hari. 83 org positif (2 kematian, 5 ICU, 50 sedang dirawat, 25 di pusat kuarantin dan 1 sembuh).

2. Majlis perkahwinan di BB Bangi. 88 kes positif.
Selain channel Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia (@sihatmilikbersama),
anda juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan COVID-19 yang sahih daripada ☝️
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 6 April 2020

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Selamat Hari Kesihatan Sedunia kepada seluruh rakyat Malaysia!

#SupportNursesAndMidwives