Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
https://www.facebook.com/126837781389/posts/10157977477721390/

🎶Nasihat ini jangan tak dihirau
Duduk rumah janganlah merayau
Coronavirus haruslah dirisau
Duduk rumah janganlah melilau 🎶

Sumber : Siti Nurhaliza

Boleh juga follow kami di
👉 Instagram (www.instagram.com/myhealthkkm)
👉 Twitter (www.twitter.com/myheathkkm)
👉 Likes FB MyHEALTH (www.facebook.com/myhealthkkm)
👉 Subscribe Youtube (www.youtube.com/myhealthkkm)

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noorhisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/247011016452697/
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia🇲🇾 pada 05 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 179 orang.

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 3,662 orang.

Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 90 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,005.

Pesakit di ICU adalah sebanyak 99 orang dan 48 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian pada hari ini adalah sebanyak 4 orang.

Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini 61 orang.

#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
Kes Kematian Baharu #COVID19 di Malaysia setakat 5 Petang, 05 April 2020 adalah seramai 4 orang.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 61 orang.

#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
Status COVID-19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 05 April 2020.
Keseluruhan kes positif 3,662 dengan 27.27.% telah sembuh bersamaan 1005 pesakit dan 1.67% atau 61 kematian.

#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia yang telah menjalani ujian saringan berjumlah 51,937 kes termasuk 3,662 kes atau 7.05% adalah positif.

#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 05 April 2020.
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 90 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,005 kes
Terima kasih kepada semua!💐

#Stayathome
#COVID19Malaysia
#KitaMestiMenang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,005 kes (27.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 5 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 179 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,662 kes. Daripada 179 kes ini, 46 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 61 kes (1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Statistik COVID-19 bagi negara di seluruh dunia, 5 April 2020.

Jumlah kes seluruh dunia adalah 1,197,584 di mana 25.79% kes adalah dari negara Amerika Syarikat.

Kadar peratus kematian yang paling tinggi adalah 12.33% dari negara Itali.
COVID-19 : Negatif bukan bermakna tiada risiko.

Saksikan esok dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 8.25 pagi bersama Dr. Dalila Roslan di TV1.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Status saringan kes di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) setakat 5 April 2020 jam 5.00 petang.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Malaysia boleh hentikan rantaian COVID-19 ini. Tapi untuk memastikan ia berjaya, semua pihak perlu patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan dan juga nasihat dari KKM.

Duduk di rumah, tidak perlu keluar jika hanya ingin berjalan-jalan. Ini bukan masanya untuk kita mengambil mudah terhadap usaha yang dilakukan oleh barisan hadapan kita.

Kalau semua patuh pada perintah dan nasihat ini, maka lebih cepat kita dapat putuskan rantaian COVID19. Bukankah itu yang kita semua mahu?

#dudukdirumah
#stayathome
#COVID19Malaysia
#kitamestimenang
Colorectal Cancer.

Tune In to Traxxfm at 11.15 a.m.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 5 April 2020

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini sudah semestinya menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Sudah tentu, ada dalam kalangan kita tertanya-tanya sama ada virus ini boleh dijangkiti melalui makanan ataupun tidak?

Untuk pengetahuan semua, tiada bukti yang menyatakan bahawa virus COVID-19 boleh menjangkiti manusia melalui makanan. Sebagai pengguna, tidak perlu untuk kita menekan butang panik sehingga perlu membasuh sayuran dan buah-buahan yang dibeli menggunakan sabun.

Sudah memadai sayuran dan buah-buahan yang dibeli dibasuh menggunakan air bersih yang mengalir dan digosok dengan rapi untuk membersihkannya.

Diingatkan, penggunaan bahan seperti sabun boleh mengakibatkan makanan tersebut tercemar dan akhirnya mendatangkan penyakit lain seperti muntah dan cirit-birit.