Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Saksikan DEMO KICKBOXING oleh FITKICKBOXING CLUB !

Tarikh : 6 Oktober 2024 (Ahad)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Pekarangan Wellness Hub Batu Pahat

#BulanMalaysiaSihatSejahtera
#kukuhkanimunitibadan
#malaysiasihat

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat
Adik-adik, jom kita fahami kenapa kita perlu memberus gigi setiap hari.

Gigi bersih, kita sihat 😁💪

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah mpox memerlukan isolasi?

Ya. Apabila seseorang menghidap mpox, pengamal perubatan akan membuat penilaian sama ada pesakit stabil untuk isolasi di rumah atau perlu isolasi di dalam wad.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Biasakan untuk kurangkan gula dalam minuman dan makanan.

👉 Utamakan pengambilan air kosong
👉 Pilih produk dengan label rendah gula atau bebas gula
👉 Kurangkan penggunaan gula dalam masakan
👉 Hadkan pengambilan makanan manis
👉 Lebihkan pengambilan buah-buahan
👉 Hadkan gula, susu pekat manis atau krimer manis

#Malaysia Sihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mana orang Batu Pahat? 👀

Jom turun beramai-ramai memeriahkan 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗱𝗶 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝘁! 🎉

📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟱 & 𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: 𝗣𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗪𝗲𝗹𝗹𝗻𝗲𝘀𝘀 𝗛𝘂𝗯 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝘁

Ada pelbagai aktiviti interaktif yang menarik untuk semua peringkat umur. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik! 🎁Sambil berseronok, kita sihat sama-sama. 🌟

Jumpa anda di sana! 🌟💪🎉

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
1 dalam 2 rakyat Malaysia sedang mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti yang sangat membimbangkan.

Pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan pertambahan berat badan.

Ayuh kita kurangkan pengambilan gula setiap hari. Lebihkan minum air kosong.

Gula, manis yang membunuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah cara pencegahan penyakit mpox?

Pastikan tiada kontak rapat dengan seseorang yang menghidap atau disyaki mpox, amalkan kebersihan kendiri seperti kerap basuh tangan dengan air dan sabun serta gunakan pensanitasi tangan dan pantau diri sendiri terhadap kemungkinan gejala mpox dalam tempoh 21 hari sekiranya anda baru pulang dari negara yang berleluasa jangkitan mpox.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Siapa yang belum mula amalkan 5S dalam kehidupan seharian, jom start sekarang! Kita sama-sama amalkan budaya hidup sihat, bukan setakat untuk diri sendiri tapi juga persekitaran dan orang di sekeliling kita.

Warga Johor, nantikan 5-6 Oktober ini di Wellness Hub Batu Pahat. Banyak aktiviti menarik menanti korang, jangan lepaskan peluang!

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di atas inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera.

Program seperti ini semestinya akan memberi kesedaran kepada semua tentang betapa penjagaan kesihatan penting bagi meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan.

Mari kita jayakan Putrajaya Sihat Sejahtera menjelang 2030.

#MalaysiaSihat

- YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) -
Kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes.

Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang (premature death) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular.

Obesiti kanak-kanak ini boleh diatasi bermula dari keluarga di rumah. Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengelakkan faktor obesogenik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Obesiti membawa kepada penyakit. Bagaimana kurangkan obesiti, Saya bukan doktor pakar, tapi saya tahu kurangkan karborhidrat, kurangkan gula, lebihkan exercise, jogging. Perlu exercise sepanjang masa tanpa Bulan Sihat Sejahtera.

Walaupun kita sibuk kerja, perlu jaga kesihatan. Alasan sibuk adalah alasan sangat remeh. Dalam sibuk, tapi kita tidur, kita makan, kita perlu solat. Kita kena exercise. Kita perlu ada tekad itu."

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri -

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Banyak aktiviti menarik hujung minggu ini di 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰. 🎉🤩

Jom datang beramai-ramai pada:
📅 Tarikh: 𝟱 & 𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
📍 Lokasi: 𝗣𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗪𝗲𝗹𝗹𝗻𝗲𝘀𝘀 𝗛𝘂𝗯 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝘁

Pelbagai acara menarik menanti anda seperti 𝗡𝗲𝗼𝗻 𝗥𝗶𝗱𝗲, 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳, 𝗙𝘂𝗻 𝗥𝘂𝗻 dan banyak lagi! 🏃‍♀️🏅

Jadikan hujung minggu anda lebih seronok dengan aktiviti yang sihat! Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk datang beramai-ramai, kerana kesihatan kita tanggungjawab bersama. Jumpa anda di sana! ⭐️

#MalaysiaSihat #ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Harga diri sangat penting dalam kehidupan kita. Jom kawan-kawan, kita amalkan tip membina harga diri di bawah untuk kehidupan yang lebih ceria 😃

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Vaksin adalah salah satu strategi untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan mpox namun WHO tidak menyarankan penggunaan vaksin ini secara besar-besaran.

Di Malaysia masih tidak ada vaksin mpox.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cakna Gula Tersembunyi dalam Makanan Anda.

2 biji kuih keria dan 3 biji cekodok pisang mengandungi 4 sudu teh.

Pilihan makanan sihat di tangan anda...

Manis sementara, sengsara selamanya.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🤰🏻Seorang ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil.

Hal ini untuk membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti.

Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan.

Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Remember, it’s not selfish to practice self-love or take time to do activities you enjoy for yourself. After all, you can’t say sayang without ‘saya,’ or spell cinta without ‘i’ 🤭. Taking care of your mental health is just as important as caring for your physical health. If you or anyone you know is struggling mentally, feeling stuck and alone, talk to a friend, go for therapy, or install the MySejahtera app and check out the MyMinda section for mental health self-care resources!

On a similar note, join me at the Agenda Nasional Malaysia Sihat event on the 5th and 6th of October at Pekarangan Wellness Hub, Batu Pahat, Johor. There are so many activities to enjoy, like a fun run, neon zumba, health screenings, and much more, all to promote a healthy lifestyle and environment! Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan!

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berapa lama dapat tahu dijangkiti mpox?

Bergantung kepada tempoh pendedahan kepada orang yang dijangkiti mpox. Biasanya sekira dijangkiti, gejala akan timbul dalam tempoh 7-10 hari.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama