Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM telah melaksanakan aktviti promosi kesihatan seperti berikut:

Aktiviti : Operasi Bersepadu "Pematuhan SOP" di lokasi hotspot di sekitar Bandar Tun Razak / Cheras.
Tarikh : 12 Jun 2021 (Sabtu)
Agensi: Jabatan Penerangan Malaysia, PDRM & KKM (PKD Cheras & HECC).
Lokasi : PPR Pudu Hulu, Flat Sri Melaka & Taman Tenaga, Cheras.

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Pada 13 Jun 2021 (Ahad), Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat telah mengadakan sesi hebahan di sekitar Bandar Tasik Kesuma, Mukim Beranang Selangor. Aktiviti dilaksanakan di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar dan taman-taman awam. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu masyarakat mendapat maklumat yang tepat berkenaan Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan telah melaksanakan aktviti promosi kesihatan seperti berikut:

Aktiviti: Sesi Hebahan Awam, Edaran Poster, Pematuhan SOP dan Tunjuk Cara Pendaftaran Vaksin COVID-19 di lokasi hotspot di sekitar Bandar Tun Razak / Cheras.

Tarikh: 14 Jun 2021 (Isnin)
Lokasi: Perumahan Taman Ikan Emas dan PPR Taman Mulia, Daerah Cheras
Agensi terlibat: PK Cheras, HECC & IPTK

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Dalam mengharungi pandemik COVID-19, Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM telah menggerakkan Wellness Truck bagi mengadakan sesi hebahan di presint 5 & 6 Putrajaya. Aktiviti ini dijalankan agar masyarakat mendapat maklumat secara langsung di samping mempromosikan Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Semoga usaha ini dapat membantu dalam memutuskan rantaian COVID-19.

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Makcik Kiah tanya.. semua dah daftar vaksin ke? Vaksin yang masuk negara kita ni sah selamat & berkesan. Jangan dengar khabar angin dan jangan sebarkan berita palsu.. tidak pasti jangan kongsi. Dapatkan vaksinasi untuk diri anda. Lindung diri, lindung semua.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Petugas barisan hadapan kekal bertahan mendepani pandemik COVID-19, berkorban siang dan malam tanpa mengenal waktu demi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Di PKRCS 2.0 MAEPS, komitmen petugas dalam memenuhi tanggungjawab untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di sini.

Kalau bukan mereka, siapa lagi?

Ikuti dokumentari bersiri khas, ‘Gelombang Kembali’ siri ketiga bertajuk ‘Kalau Bukan Kami, Siapa Lagi?’ di BERNAMA TV pada hari Jumaat; 18 Jun 2021, pukul 8.30 malam.

#kitamestimenang
#patuhSOP

Sumber: BERNAMA TV
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semasa PKP ni, ramai yang bekerja dari rumah kan? Jangan salah guna kelebihan yang diberi dengan berjalan ke sana ke sini tanpa sebab yang kukuh dan tanpa pengetahuan majikan. Dah melanggar etika tu.. Kekal duduk di rumah dan keluar bila perlu sahaja.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anda pesakit positif COVID-19 yang kuarantin di rumah?

Ketahuilah... anda boleh mengalami emosi dan impak psikologi seperti rasa bersalah, sedih, bimbang dan gangguan tidur.

Anda boleh lakukan perkara-perkara ini untuk mengatasi perasaan tersebut.

Berhubung dengan orang yang anda sayangi
Amalkan pemakanan seimbang dan tidur yang mencukupi
Dapatkan maklumat COVID-19 dari sumber sahih
Teruskan aktiviti-aktiviti yang anda gemari
Belajar kemahiran baru
Amalkan teknik relaksasi
Hadkan masa melayari media sosial

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
PROGRAM VAKSINASI COVID-19@WILAYAH PRIHATIN ini merupakan kerjasama strategik Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Program tersebut merupakan antara tujuh inisiatif Wilayah Cakna 5.0 untuk memastikan 80% warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selesai divaksinasi pada penghujung bulan Ogos 2021.

Aktiviti : Vaksinasi COVID -19 @ Wilayah Prihatin

Lokasi: Dewan PPR Pekan Kepong, Kepong, Kuala Lumpur

Tarikh : 22 Jun 2021 (Selasa)

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Maklumat vaksin COVID-19 bagi penerima vaksin Astrazeneca
.
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)