Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahukah anda, BUKAN semua ubat boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun? Elakkan memberi ubat batuk, ubat selesema atau menggunakan ubat sapu yang mengandungi camphor kepada kanak-kanak bawah 2 tahun.

#kenaliubatanda
#knowyourmedicine

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
UBAT MELALUI POS (UMP)

Anda ada penyakit kronik? Perlu makan ubat secara berterusan tetapi ada kekangan untuk mengambil bekalan ubat susulan di farmasi?

Video ini khas untuk anda yang akan menerangkan mengenai perkhidmatan nilai tambah farmasi iaitu UMP.

#kenaliubatanda
#knowyourmedicine

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🎾DOPING adalah penggunaan bahan atau kaedah yang dilarang untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet.

🎾DOPING juga merujuk kepada penggunaan dadah atau ubat yang dilarang oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC).

🎾Mengapakah DOPING ini dilarang sama sekali? Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tonton video ini 😉

#kenaliubatanda #pharmacists #knowyourmedicine #doping

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kepatuhan kepada pengambilan ubat-ubatan memberi impak yang sangat besar terhadap keberkesanan rawatan dan kesihatan seorang pesakit.

Penyakit yang berjaya dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan yang betul berupaya mencegah komplikasi penyakit dan akan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒂𝒎𝒂-𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒕𝒐𝒏𝒕𝒐𝒏 𝒗𝒊𝒅𝒆𝒐 𝒊𝒏𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒂𝒌𝒍𝒖𝒎𝒂𝒕 𝒍𝒂𝒏𝒋𝒖𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒊 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒎𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏 𝒖𝒃𝒂𝒕-𝒖𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 😉

#kenaliubatanda #knowyourmedicine #pharmacists

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM