Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Lupuskan ubat dengan cara selamat 💊 Lindungi alam sekitar untuk generasi akan datang🌍

Pelupusan ubat-ubatan dengan cara yang salah akan meninggalkan sisa farmaseutikal di dalam sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan laut. Sisa farmaseutikal ini berkemungkinan untuk kekal dalam rantaian makanan dan akhirnya akan memudarakan kesihatan manusia.

Oleh itu, Program MyMediSAFE telah diperkenalkan sebagai inisiatif yang memberi fokus kepada pelupusan ubat-ubatan yang selamat. Inisiatif ini dilaksanakan secara kolaborasi dengan pelbagai rakan strategik dari sektor awam dan swasta, meliputi fasiliti kesihatan, farmasi komuniti serta industri farmaseutikal.

Layari laman web www.mymedisafe.org.my untuk ketauhi lebih lanjut mengenai MyMediSAFE 🤗

#kenaliubatanda #pharmacists #mymedisafe #pelupusanubat

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
🌍💊 Pelupusan ubat yang selamat adalah tanggungjawab kita semua!

Ramai masih tidak sedar bahawa ubat yang dibuang bersama sampah atau ke dalam tandas boleh mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan inisiatif MyMediSAFE, program yang memudahkan orang ramai untuk melupuskan ubat-ubatan yang tak digunakan atau luput dengan cara yang betul.

MyMediSAFE merupakan kolaborasi strategik antara pelbagai organisasi dari sektor awam dan swasta. Sehingga hari ini, terdapat sebanyak 149 pusat pengumpulan sektor awam dan 705 pusat pengumpulan sektor swasta yang boleh dikunjungi oleh orang awam untuk melupuskan ubat-ubatan yang telah luput, rosak atau tidak digunakan.

Anda hanya perlu bawa ubat ke pusat pengumpulan di farmasi berdekatan atau kemudahan kesihatan yang terpilih, dan ubat tersebut akan dilupuskan dengan selamat.

Amalkan pelupusan ubat yang selamat, bukan saja untuk kesihatan kita, tetapi juga demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

#kenaliubatanda #pharmacists #mymedisafe #pelupusanubat

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM