Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Celik minda dan ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani penularan mpox.

Lindungi Diri Cegah Mpox.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Peka terhadap gejala mpox adalah langkah awal untuk mencegah penularan penyakit ini. Apabila anda tahu gejala mpox; maka anda lebih bersedia untuk melindungi diri dan keluarga.

Lindungi Diri Cegah Mpox.
Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mpox boleh merebak melalui beberapa cara termasuk sentuhan kulit, titisan pernafasan dan objek yang tercemar.

Fahami risiko ini dan ambil langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri dan mengelakkan kontak rapat dengan individu yang bergejala.

Lindungi Diri Cegah mpox.
Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah penyakit Mpox?

Mpox merupakan jangkitan yang disebabkan oleh virus monkeypox. Ia merupakan jangkitan zoonotik iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia tetapi buat masa ini, jangkitan mpox berlaku daripada manusia kepada manusia.

Pada 14 Ogos 2024, WHO telah mengisytiharkan semula mpox sebagai public health emergency of international concern kerana kes clade 1b yang sedang berleluasa lebih merebak.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah gejala penyakit mpox?

Seseorang yang dijangkiti mpox selalunya akan demam, rasa lemah tubuh badan, sakit kepala dan bengkak kelenjar limfa, tetapi selalunya individu yang dijangkiti akan pergi ke fasiliti kesihatan apabila terdapat ruam berisi cecair atau tanda lepuh di kulit.

Gejala boleh mula muncul dalam tempoh 7-10 hari selepas terdedah kepada virus monkeypox namun boleh membawa ke tempoh 21 hari untuk menunjukkan tanda-tanda dan gejala jangkitan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagaimana Jangkitan Mpox berlaku ?

Penularan jangkitan mpox melalui tiga cara iaitu melalui sentuhan langsung kepada kulit penghidap mpox, persekitaran dan melalui titisan pernafasan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah punca Mpox

Punca mpox adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus monkeypox dan jangkitan adalah melalui direct contact dengan individu yang telah dijangkiti mpox.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apa beza Mpox dan Chicken Pox

Perbezaan Mpox dan Chicken Pox adalah jangkitan daripada dua jenis virus yang berlainan.

Tanda-tanda dan gejala agak sukar dibezakan. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam yang diragui, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Mereka yang dijangkiti mpox juga biasanya akan mengalami bengkak kelenjar limfa.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah mpox hanya pada golongan homoseksual sahaja

Tanggapan mpox hanya menjangkiti golongan homoseksual sahaja adalah tidak benar. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti mpox.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah mpox lebih teruk daripada HIV AIDS

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar kerana virus HIV akan melemahkan sistem pertahanan badan.

Oleh itu mpox tidak boleh dibandingkan dengan HIV AIDS kerana mekanisma jangkitan adalah berlainan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ruam lepuh mula keluar pada hari ke berapa

Secara purata, ruam lepuh akan mula keluar pada hari ke 7 hingga 10 tetapi ada juga yang menunjukkan gejala dalam tempoh sehingga 21 hari selepas terdedah kepada penghidap mpox.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan mpox. Kebanyakannya pesakit mpox akan sembuh sendiri.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika seseorang itu mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh di kulit, pengamal perubatan akan mengambil cecair daripada tanda-tanda ruam kulit lepuh dan dihantar ke makmal untuk pengesahan menggunakan teknik PCR.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Majoriti mpox biasanya akan sembuh sendiri tetapi seperti di benua Afrika, mereka yang dijangkiti virus mpox daripada jenis clade I lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang lebih serius dan boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan yang sepatutnya.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pihak berkuasa peranti perubatan (MDA) telah meluluskan satu kit ujian virus mpox untuk pasaran di Malaysia tetapi ia hanya boleh dikendalikan oleh golongan profesional sahaja seperti pengamal perubatan berlesen.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah mpox memerlukan isolasi?

Ya. Apabila seseorang menghidap mpox, pengamal perubatan akan membuat penilaian sama ada pesakit stabil untuk isolasi di rumah atau perlu isolasi di dalam wad.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah cara pencegahan penyakit mpox?

Pastikan tiada kontak rapat dengan seseorang yang menghidap atau disyaki mpox, amalkan kebersihan kendiri seperti kerap basuh tangan dengan air dan sabun serta gunakan pensanitasi tangan dan pantau diri sendiri terhadap kemungkinan gejala mpox dalam tempoh 21 hari sekiranya anda baru pulang dari negara yang berleluasa jangkitan mpox.