Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
JERAYAWARA PUTRAJAYA SIHAT SEJAHTERA(PSS) KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA, 12 September 2024 –Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dengan kerjasama strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Jerayawara Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) di perkarangan Blok Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya mulai 12 hingga 13 September 2024.

Program ini bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan seperti ujian tekanan darah, ujian gula dalam darah, ujian kolestrol, pengukuran peratusan lemak dalam badan, saringan MyMinda dan konsultasi kesihatan serta pemeriksaan pergigian.

Ayuh warga KDN ramai-ramai hadir untuk menjalani saringan kesihatan dan mendapatkan perkhidmatan pergigian!

#KeselamatanTanggungjawabBersama #MalaysiaMadani #KementerianDalamNegeri #KDNMadani

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/posts/pfbid023d1Pv168Hi2owa7Ao6AjK8qK8MH4cRrKmYtqg4bK8NQzvSsBesbnkQeeLMYxbndAl