Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🎉 Jangan ketinggalan untuk memeriahkan 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 peringkat Kebangsaan 2024! 🎉

📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝟭, 𝗣𝗼𝗿𝘁 𝗗𝗶𝗰𝗸𝘀𝗼𝗻, 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻

Acara ini akan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri!

Sertai pelbagai aktiviti interaktif dan menyeronokkan di tepi pantai. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik! 🎁

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Affendi bin Isa, Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#MalaysiaSihat
Bersama-sama Cegah Kerintangan Antikimikrob.

Saksikan dalam rancangan Diari Rawat esok pada pukul 9.00 malam di TV1 bersama Dr. Nor Farah binti Bakhtiar dari Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM dan Pn. Tan Sin Yee dari Hospital Kuala Lumpur.

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hai semua, bagaimana anda simpan ubat di rumah? Ketahui cara simpan ubat yang betul! Kali ini kami sampaikan dalam bahasa isyarat 🤩

SIGNON 1:
4 CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL.

Semoga bermanfaat! ikuti kami untuk lebih banyak informasi bermanfaat 😉.

Video ini dihasilkan oleh Puan Noradlina binti Rosemi, Pegawai Farmasi Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysian Sign Language - Bahasa Isyarat Malaysia

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Ayuh semua, meriahkan lagi Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat kebangsaan yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 8 September 2024, di Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.

#ANMS
#BMSS
#MalaysiaMadani

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 serta Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan & Kempen Perangi Gula akan diadakan dalam tempoh 2 hari lagi!

Jom beramai-ramai ke Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lindungi Diri, Cegah MPOX

Jangan lupa Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Santai bersama Plus Minus dan Bob Sentuhan Buskers sempena majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat kebangsaan. Datang beramai-ramai ke Pantai Batu 1 Port Dickson dan dengarkan lagu yang akan dinyanyikan oleh Plus Minus dan Bob Sentuhan.

#BMSS
#anms
#JelajahANMS

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bukan sahaja rutin harian kita je kena jaga penggunaan gula.. waktu bersantai dan hobi juga kena jaga penggunaan gula..manis dalam makan atau minuman ni bukan tak boleh cuma ada had nya..

Kita kena latih diri kita untuk set penggunaan gula dalam aktiviti seharian kita mulai sekarang…

Nak lagi pengetahuan dan cara hidup sihat korang dan keluarga.. kita jumpa tau 6-8 September ini di PORT DICKSON…

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan

#malaysiasihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lindungi Diri, Cegah Mpox

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pengambilan gula yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan.

Dapatan daripada NHMS 2023 menunjukkan 1 daripada 6 orang dewasa di Malaysia menghidap kencing manis dan lebih daripada separuh rakyat Malaysia dewasa adalah gemuk.

Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga yang mudah diserap oleh tubuh. Gula terdapat dalam sumber semulajadi seperti nasi, susu dan buah-buahan.

Pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan sistem imuniti badan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan pengambilan gula adalah 10% daripada jumlah tenaga sehari dalam makanan dan minuman. Baca label ketika membeli produk makanan dan minuman. Pilih produk yang kurang gula atau tiada gula tambahan.

Biasakan deria rasa kita untuk kurang manis.

Jom kawal pengambilan gula harian. 1 sudu teh sudah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

Budayakan hidup sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 05 September 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi

Panel :
Dr. Affendi bin Isa
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#MalaysiaSihat
𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐑𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐓𝐈𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐌
"𝐌𝐏𝐎𝐗 : 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐆𝐄𝐉𝐀𝐋𝐀, 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍"

Jangan lupa dengarkan Slot Bicara Prisma menerusi frekuensi 95.7 MHz / 90.9 MHz / 93.9 MHz mengenai topik :

"𝐌𝐏𝐎𝐗 : 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐆𝐄𝐉𝐀𝐋𝐀, 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍"

bersama tetamu istimewa iaitu :
YBrs. Dr. Noor Farhana binti Mohd. Fathil
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit
Bahagian Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP)

Slot Bicara Prisma akan bersiaran di MUTIARA FM - RTM Pulau Pinang pada ;

Tarikh : 05 September 2024 (Khamis)
Masa : 2.30 petang hingga 3.00 petang

Dengarkan beramai-ramai! Bantu kami kongsikan maklumat ini!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Dengarkan di Negerifm esok pada pukul 3.15 petang bersama Pn. Norlaily binti Md. Nasir, Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.

#MalaysiaSihat
Ayuh! Bebaskan diri anda daripada sakit gigi!

Kandungan fluorida dalam ubat gigi amat penting untuk membantu mencegah kejadian karies berlaku.

Karies tiada, sakit pun tiada.

Mulakan dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida ❤️

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Celik minda dan ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani penularan mpox.

Lindungi Diri Cegah Mpox.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) akan memeriahkan Negeri Sembilan hujung minggu ini! 📢

🚴‍♂️ Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Kebangsaan 2024 akan menemui anda! 🚴‍♂️

📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟲, 𝟳 𝗱𝗮𝗻 𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝟭, 𝗣𝗼𝗿𝘁 𝗗𝗶𝗰𝗸𝘀𝗼𝗻, 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻

Ada pelbagai aktiviti menarik seperti Zumbaton, Jualan Rahmah dan Saringan Kesihatan.

Jangan lupa tau ajak kawan-kawan dan keluarga bersantai di tepi pantai! 🏖

#MalaysiaSihat #BudayakanHidupSihat #ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 serta Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan & Kempen Perangi Gula akan diadakan dalam tempoh 1 hari lagi!

Jom beramai-ramai ke Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Baik berkepuk duit dari berkepuk asap tu..Sayangila diri anda dan orang yang anda cintai. Pilihlah untuk hidup tanpa rokok…

Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) akan memeriahkan Negeri Sembilan!!

Jom jumpa saya disana pada 8 September 2024 di Pantai Batu 1, Port Dickson..

Macam-macam pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#malaysiasihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ayuh warga Selangor!!!

Jom sertai Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan.

Jumpa kami pada :-
🗓 : 8 September 2024 (Ahad)
: 7.00 pagi
📍 : Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Pelbagai aktiviti yang menarik menanti pengunjung - pengunjung semua..

2000 peserta terawal akan menerima hadiah misteri (*Tertakluk kepada terma dan syarat).

Jumpa anda di sana!!!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor