Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lakukan saringan kesihatan untuk mengurangkan risiko penyakit atau mengelakkan daripada penyakit menjadi lebih serius dengan rawatan yang lebih efektif.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Some of you all may have known that i was at Pulau Pinang from 24th to 25th August for the Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera and if you missed that, hampa telah buat saya rasa hampa pula!!

But that's ok, no worries because the fiesta continues at Negeri Sembilan next. Join me at Pantai Batu 1, Taman Mewah, Port Dickson from 6th to 8th September next!!

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA

KELULUSAN KIT UJIAN MONKEY POX YANG BERADA DALAM PASARAN MALAYSIA

CYBERJAYA, 29 OGOS 2024 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan sedar akan peningkatan kes monkey pox (mpox) di seluruh dunia ketika ini. Merujuk kepada laporan situasi mpox yang dikeluarkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 12 Ogos 2024, dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2024 terdapat sebanyak 99,176 kes mpox di seluruh
dunia melibatkan 116 buah negara, dengan 208 (0.21%) kematian. Pada bulan Jun 2024 sahaja, terdapat 934 kes dan empat (4) kematian yang dilaporkan di seluruh dunia, yang mana 567 kes (60%) adalah dari rantau Afrika.

Bagi membantu pengesanan virus tersebut secara berkesan, MDA telah meluluskan satu kit ujian virus monkey pox yang pertama seperti berikut:
Jenama: VIASURE MONKEYPOX VIRUS REAL TIME PCR DETECTION KIT
MDA ingin menegaskan bahawa kit ujian yang telah diluluskan ini hanya boleh dikendalikan oleh golongan professional sahaja seperti pengamal perubatan berlesen dan tidak boleh dikendalikan oleh orang awam. Sebarang penjualan dan pembelian di farmasi, kedai runcit mahupun di platform e-dagang adalah tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Sekiranya, kit ujian monkey pox tersebut tidak dikendalikan oleh golongan professional, terdapat kemungkinan keputusan ujian yang diperoleh adalah tidak tepat dan boleh menyebabkan penularan virus dalam kalangan orang awam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli kit ujian monkey pox serta tidak menggunakan sendiri kit ujian monkey pox. Jika mana-mana individu yang mendapati penjualan kit ujian monkey pox ini kepada orang awam di farmasi, kedai runcit atau platform e-dagang, orang ramai digalakkan untuk melaporkan kepada MDA melalui Sistem Pengurusan Maklum Balas MDA (MDAFEMES) di femes.mda.gov.my.

DR. MURALITHARAN PARAMASUA
Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)
29 Ogos 2024

#mpox #KKM #kementeriankesihatanmalaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bulan September adalah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS).

Ayuh kita bersama budayakan hidup sihat! Pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Jom kita meriahkan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 serta Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan & Kempen Perangi Gula akan diadakan dalam tempoh 4 hari lagi!

Jom beramai-ramai ke Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu mana yang manis....

Mengurangkan manis dalam minuman adalah langkah baik untuk kesihatan.

Kurangkan Gula Secara Berperingkat. Jika biasa minum minuman manis, cuba kurangkan jumlah gula sedikit demi sedikit. Contohnya, jika biasa ambil 2 sudu gula, kurangkan kepada 1.5 sudu dahulu.

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#malaysiasihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🔎Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan produk tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dipasarkan di Malaysia.

🔎Jom, ketahui ciri-ciri ubat berdaftar dan cara-cara untuk menyemak status pendaftaran.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM.
𝐁𝐔𝐋𝐄𝐓𝐈𝐍 𝐇𝐊𝐋 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

Ayuh sama-sama kita selak-selak Buletin HKL Edisi 1/ 2024 yang memaparkan aktiviti dan pencapaian HKL sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2024.

Klip pautan berikut:
https://hkl.moh.gov.my/.../BULETIN_HKL.../mobile/index.html

Anda juga boleh menyertai Aktiviti Interaktif yang disediakan.

#upkes #HKL #KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
SAKIT JANTUNG? APA UBATNYA?

🫀Kesihatan jantung adalah sangat penting untuk dijaga bagi mengelakkan implikasi buruk terhadap kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

🫀Merawat penyakit jantung memerlukan pendekatan yang komprehensif, termasuk perubahan gaya hidup yang sihat, pemantauan berkala, dan pengambilan ubat-ubatan yang sesuai.

🫀Merawat Penyakit Jantung, Apakah Ubatnya?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hai Malaysia, anda semua dah bersedia?

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, ayuh aktifkan diri, cergaskan diri.. Bersama-sama kita mulakan gerak sihat demi negara yang lebih sejahtera.

Jom!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Persekitaran yang bersih dan sihat bermula dari rumah.

Bila persekitaran kita bersih dan sihat, secara tak langsung dapat mencegah penyakit berjangkit. Ia juga dapat meningkatkan kesejahteraan hidup dan menenangkan fikiran.

Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lindungi Diri, Cegah MPOX

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama