Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🌷 Penyakit Parkinson kerap melanda golongan tua 👴🏻 yang seterusnya mengganggu fungsi kehidupan mereka.

Penyakit ini berpunca daripada kerosakan saraf 🧠 yang akan menghasilkan gejala yang melibatkan pergerakan badan.
Beberapa jenis rawatan boleh dilakukan bagi membantu pesakit Parkinson mengawal gejala dan meningkatkan kualiti hidup yang terdiri daripada ubat-ubatan dan gaya hidup meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

Disebabkan penyakit ini memberi kesan yang berbeza bagi setiap individu, rawatan perlu disesuaikan mengikut individu.
Antara rahsia raya bergaya

▶️ Amalkan suku-suku separuh
▶️ Amalkan minum air kosong
▶️ Sasarkan 10,000 langkah sehari dengan berjalan
▶️ Dapatkan tidur yang secukupnya.

#ANMS #sihatmiliķku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri 🌙, golongan yang menghidapi penyakit diabetes perlu berhati-hati dalam memilih makanan 🍛🍲🍪 ketika berhari raya.

⚠️ Ketidakseimbangan pengambilan diet ketika lebaran seperti pengambilan berlebihan makanan tinggi karbohidratp 🍚, manis 🍪 dan berlemak 🥘mengundang kegagalan mengawal paras glukosa dalam darah.

‼️Justeru, pantau dan cakna tahap kesihatan anda bagi mengurangkan risiko komplikasi yang teruk selepas musim perayaan ini. Dikongsikan tip kekal sihat di Aidilfitri 🌙 bagi pesakit Diabetes.
⚠️ Awas makanan bergoreng!

Makanan bergoreng memang sedap, rangup dan mudah didapati di mana-mana. Tetapi makanan bergoreng 🍗🍔🍕🍟🌭 mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko penyakit jika diambil secara berlebihan.

👍🏻Pilihlah kaedah masakan yang sihat untuk seluruh keluarga tersayang.
JOM DAFTAR SEKARANG!!! 👇https://forms.gle/Eko3XnbhzAwT5TDv7

FUN RUN SEMPENA "WORLD PHYSICAL ACTIVITY DAY" DAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 - ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH BATU PAHAT DENGAN KERJASAMA YAYASAN MAKMUR BATU PAHAT SERTA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UTHM.

*BUTIRAN ACARA:*
🗓 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 4 MEI 2024, SABTU
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 7:30 PAGI
📍 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : KAMPUNG PARIT JELUTONG
💲 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 Early Bird : 𝐑𝐌 50.00 (14/4/2024 - 18/4/2024)
💲 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 : 𝐑𝐌 55.00 (19/4/2024 - 21/4/2024)
🏃🏼‍♂️🏃🏼‍♀️ 𝐉𝐚𝐫𝐚𝐤 : 5 𝐊𝐌

𝗞𝗶𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮𝗮𝗻:
🎽T-shirt
🏅Medal
🏃 Bib larian
🎁 Cabutan Bertuah
📜 E-sijil
🥤Sarapan

*PEMBAYARAN DIBUAT KEPADA:*
CALLEXTUS SIBAT ANAK SINGIAU
(PEGAWAI PENDIDIKAN KESIHATAN, PKDBP)
*No Akaun: CIMB 7637727557*

🤙🤙 Sebarang pertanyaan :
Hubungi kami di 010-2548590 / Facebook: https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/

⚠️ *Terhad kepada 300 peserta sahaja* . Maafkan kami sekiranya penuh 🙏🏻

JUMPA ANDA DISANA 🙌
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Semasa Penyakit Berkaitan Cuaca Panas
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Kingu Ginseng Candy Dikesan Mengandungi Tadalafil
Hai adik-adik, apa khabar? Seronok berhari raya? Mesti banyak dapat duit raya kan?

Harini kami nak ajak adik-adik dan ahli keluarga untuk sama-sama kita lakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes agar persekitaran kita bebas daripada nyamuk Aedes.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
😖 Adakah anda kerap mengalami kembung perut atau ketidakselesaan perut?

‼️ Semua ini adalah masalah penghadaman yang dialami oleh ramai orang dan ia boleh memberi kesan serius ke atas kualiti hidup, terutamanya jika ia kerap berlaku atau berpanjangan.

⚠️ Anda perlu mengenal pasti punca masalah ketidakhadaman ini.
Mesti ada yang dah terima undangan rumah terbuka hujung minggu inikan... Jom saksikan fblive Sembang Sihat Milik Selangor esok jam 10 pagi berkongsi tip bagaimana terus kekal sihat semasa menyambut Aidilfitri bersama Pegawai Dietetik dari Klinik Kesihatan Kapar
Imunisasi Catch-Up HPV

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mardiana binti Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pn. Marhaida binti Mahmood, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #sihatmilikku
Kerap alami masalah “angin” dalam perut Ketahui puncanya dan cara ⚠️ mencegah masalah angin?
Imunisasi Catch-Up HPV

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mardiana binti Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pn. Marhaida binti Mahmood, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #sihatmilikku
Pesakit Hemofilia mengalami kekurangan faktor pembekuan darah dan pesakit Hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan walaupun berlaku luka yang kecil.

Dikongsikan kaedah R.I.C.E bagi merawat pesakit Hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.

Rawatan yang cepat dan mencukupi ini boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan pesakit.
ANAK ANDA TIDAK MAKAN SAYUR DAN BUAH?

Memandangkan statistik prevalens LEBIH BERAT BADAN dan OBESITI di Malaysia sudah melebihi 50% daripada keseluruhan populasi dewasa (NHMS 2019), justeru adalah sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa memupuk amalan pemakanan yang sihat bermula daripada rumah.

Pengambilan sayur dan buah merupakan salah satu cara untuk mengurangkan jumlah kalori makanan yang diambil, di samping meningkatkan nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

Yang paling penting, ibu bapa juga perlu menjadi ROLE MODEL kepada anak-anak dalam mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan harian ya! Jom ikuti tip yang dikongsikan untuk memastikan anak anda mengambil sayur dan buah.

Sumber: Nutritionist KKM
Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor 👨🏻‍⚕️ boleh menyebabkan kesan kesihatan serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan 👁️ dan pendengaran 👂🏻, penurunan tekanan darah 🌡️ mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung🫀.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang terdekat atau melayari laman sesawang serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).