Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Alamak, alamak, alamak raya lagi !

Adik-adik mesti selalu dengar dan nyanyi lagu yang trending ni kan.

Jom kami kongsikan tip kekal sihat menjelang Aidilfitri agar Aidilfitri kita bertambah meriah dan ceria.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pesanan BKKM sempena Aidilfitri 🕌🌙

Tip Hari Raya Selamat Tanpa Keracunan Makanan ‼️

Anda bercadang nak membakar lemang?

Ingat….

Pilih bahan mentah seperti santan yang segar. Sebelum membeli tu..

Lihat sama ada santan tu segar atau tak..
Hidu adakah ada bau yang busuk atau masam..
Rasa sedikit dahulu sebelum guna
dan pastikan bahan serta peralatan dicuci sebelum diguna.

Jangan lupa share tips ni kepada keluarga dan kawan-kawan anda yaa ‼️

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Raya nanti jangan lupa pakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah dan sapu repelan untuk mengelak daripada gigitan nyamuk Aedes.

Dapatkan rawatan segera jika demam.

#OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa COVID-19 Di Malaysia Minggu Epidemiologi 14/52 (31 Mac –06 April 2024)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari Aktiviti Fizikal disambut pada 6 April 2024 setiap tahun.

Ingatlah untuk meluangkan masa 150 hingga 300 minit seminggu untuk aktiviti fizikal demi kesihatan yang lebih baik untuk semua!

#ANMS #kekalaktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kejadian keracunan kerang-kerangan bertoksin atau Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) telah dilaporkan baru-baru ini di Negeri Sembilan. Analisa sampel air dan kupang di perairan Port Dickson oleh Jabatan Perikanan telah menemui kupang yang dicemari biotoksin dan terdapat alga berbahaya.

Dikongsikan info mengenai PSP dan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan keracunan.

Orang ramai dinasihati supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami keracunan.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kekal sihat semasa jerebu.

Sekiranya anda mengalami gejala seperti disenarai, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi memastikan anda kekal sihat semasa jerebu.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dalam perjalanan pulang ke kampung, tersangkut pula dalam kesesakan jalan raya. Berbuka dalam keretalah nampaknya.

Tapi ingat! Jangan buang sampah dari kenderaan selepas berbuka. Kumpul sampah dalam plastik yang disediakan dalam kenderaan dan buang ditempat yang disediakan selepas sampai di destinasi.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bangun pagi rebus ketupat
Untuk dimakan di hari raya
Bersenamlah hingga menitik keringat
Sihat sejahtera kehidupan kita

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahniah kerana berjaya meraikan Aidilfitri tanpa asap rokok dan vape.

Kekalkan perubahan tingkah laku positif untuk tidak merokok selama-lamanya.

#ramadankekalsihatcergas #BerhentiMerokokTingkatkanImuniti #ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ikut tip ini untuk berhari raya pada musim panas

✔️ Gandakan pengambilan air kosong
✔️ Elak minuman berkafein dan air panas
✔️ Pakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah
✔️ Mandi dengan kerap
✔️ Awasi aktiviti kanak-kanak dengan memastikan mereka minum air secara berkala

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Beberapa kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan paras tidak sihat dalam bacaan indeks pencemaran udara (IPU).

Oleh kerana kita sedang menyambut Aidilfitri, anda dinasihatkan:

✔️ Kurangkan aktiviti luar
✔️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
✔️ Kerap cuci tangan dan muka
✔️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Syawal 🌙 yang diraikan biasanya melibatkan aktiviti ziarah menziarahi 🏡 serta perjumpaan dengan ramai orang di tempat yang tertutup dan sesak.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mempersiapkan diri bagi menjaga kesihatan ❤️ masing-masing serta mencegah daripada mendapat jangkitan atau menularkannya kepada orang lain.

⚠️ Berikut adalah langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 semasa musim perayaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri | Maaf Zahir dan Batin
Jom amalkan perkara-perkara ini untuk kekal sihat di Hari Raya.

✔️ Kekal aktif bersama keluarga
✔️ Teruskan usaha berhenti merokok
✔️ Dapatkan tidur yang secukupnya
✔️ Kawal pengambilan kalori
✔️ Lakukan senaman dan latihan bebanan
✔️ Kurangkan minuman bergula dan berkarbonat

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Raya ni banyak tempat Aedes boleh membiak.

Pastikan sampah seperti buluh lemang dan bekas polisterin diikat dalam beg plastik dan buang ke dalam tong sampah dengan segera.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sekarang ni musim panas ☀️, dah bersedia nak keluar beraya?

➡️ Gunakan ☂️ payung atau 🧢 topi
➡️ Pakai pakaian yang longgar 👕 dan berwana cerah
➡️ Elak berada di bawah panas terik
➡️ Pakai cermin mata gelap 🕶 anti-UV
➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya 🥤

Segera dapatkan rawatan 🩺 jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama