Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
TIP BELI BARANG DAPUR UNTUK BERSAHUR

Sedar tak sedar bulan Ramadan yang mulia telah tiba lagi. Umat Islam di seluruh negara pastinya sibuk dalam menyambut kedatangan bulan ini dengan pelbagai persiapan, antaranya menyediakan juadah untuk bersahur.

Untuk memastikan kehidupan seharian anda tidak terganggu walaupun berpuasa, pastikan anda mengambil hidangan yang lengkap dan seimbang semasa bersahur dengan mengamalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia.

Jom baca tip untuk membeli belah barang dapur untuk bersahur nanti!

Sumber: NutritionistKKM
Terdapat pelbagai pilihan untuk merawat kegagalan buah pinggang termasuk hemodialisis, peritoneal dialysis, pemindahan buah pinggang dan rawatan paliatif.

Bagi pesakit kronik buah pinggang, adalah disarankan untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar.
✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.
💤😴Ramai orang akan berasa mengantuk sebaik sahaja menghabiskan hidangan sahur atau berbuka. ‘Food coma’ merupakan satu fenomena yang menyebabkan seseorang rasa mengantuk selepas makan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada ‘food coma’ seperti jenis makanan yang dimakan dan gaya hidup.

Oleh itu, pemilihan makanan yang betul dan gaya hidup yang sihat dapat mencegah ‘food coma’.
Kebiasaannya perokok akan berbuka puasa dengan merokok atau vape.

Apa kata ubah kepada tabiat lebih sihat dengan minum air kosong untuk berbuka.

#ramadankekalsihatcergas #BerhentiMerokokTingkatkanImuniti #ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
40 RESIPI SIHAT DAPUR RAMADAN NUTRITIONISTKKM

Anda sudah kekeringan idea nak masak apa untuk juadah berbuka, sahur dan moreh sepanjang bulan Ramadan ini? Jangan risau, Dapur Ramadan NutritionistKKM kembali lagi dengan pelbagai menu baru yang lebih menarik dan lain daripada yang lain yang boleh anda cuba.

Yang paling penting, setiap resipi siap pakej lengkap dengan fakta pemakanan, kalori hidangan dan juga tip daripada Nutritionist. Sambil mencuba menu baru, boleh belajar sesuatu juga 😆

Tunggu apa lagi, rugi kalau tak cuba! Jangan lupa kongsikan juga kepada saudara-mara dan rakan-rakan anda ye...

Sumber: NutritionistKKM
https://www.facebook.com/share/p/Ny7dXkk8gGSWRroP/?mibextid=oFDknk
Kerap alami masalah “angin” dalam perut merupakan petanda anda alami masalah penghadaman

Untuk mencegah masalah ini, anda perlu:

1️⃣“mengaktifkan” pergerakan usus dengan aktif melakukan senaman dan aktiviti fizikal.

2️⃣Bantu makanan untuk dihadamkan dengan cepat dengan mengunyah makanan dan makan dengan perlahan.

3️⃣Elakkan sembelit dengan memastikan anda ambil makanan kaya fiber dan minum air secukupnya.

4️⃣Ambil makanan kaya probiotik.

Pilih makanan yang menggunakan minyak yang sedikit dengan menggunakan kaedah memasak dengan cara merebus atau kukus
Anda perlukan risalah / infografik / poster berkaitan kesihatan?

Dapatkan di Infosihat.
Ambil maklum pertukaran URL kami ke http://infosihat.moh.gov.my .

Jom layari sekarang!

#ANMS #sihatmilikku
Adakah anda mengelak untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian pada bulan Ramadan

🪥🦷Ikuti perkongsian berikut bagi mengetahui amalan pergigian yang boleh membatalkan puasa dan cara penjagaan kesihatan pergigian kendiri seperti yang disarankan.
Antara manfaat berjalan yang ramai orang tidak tahu adalah seperti pengurusan berat badan yang lebih efektif dan menambah kualiti tidur.

Jom kekal aktif dengan berjalan untuk meningkatkan kualiti hidup!

#ANMS #sihatmilikku
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024.

Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected].
☀️Pada Bulan Ramadan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang mengalami cuaca panas. Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.

Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas di bulan ramadan seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Sambut Ramadan Dengan Budaya 3M

Sertai sesi TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang esok bersama En. Syamil bin A Samad, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku