Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
5 tip pemakanan bijak untuk gula yang cantik

1️⃣ Kawal jumlah karbohidrat yang diambil.
2️⃣ Makan sayur dahulu sekurang-kurangnya 10 minit pertama sebelum makan nasi yang digaul bersama sayur dan protein
3️⃣ Kurangkan minuman manis dan makanan manis daripada gula tambahan
4️⃣ Jangan makan banyak makanan bergoreng dan berminyak serta bersantan
5️⃣ Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024.

Kepada yang berminat boleh e-mel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected]
Kanser Mulut

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Norhayati Omar, Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sentiasa bersedia menghadapi banjir.

Ibu hamil perlu bersiap sedia dengan membawa buku rekod kesihatan ibu, keperluan peribadi, keperluan bayi atau anak dan bekalan ubat sekiranya perlu berpindah. Ibu hamil yang hampir bersalin perlu segera maklumkan kepada fasiliti kesihatan terdekat.

Pesakit kronik perlu bersiap sedia dengan membawa buku rekod kesihatan, keperluan peribadi dan bekalan ubat.

Terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa.

#ANMS #sihatmilikku
Luangkan masa hari ini untuk menyaksikan Wanita Hari Ini pada 12.00 tengahari membincangkan tajuk Batuk Berpanjangan bersama Dr. Dalyana Hamid, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan AU2 Keramat.

Sumber: CPK Negeri Selangor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Influenza boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok!

Pelakon & pengacara veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, mengutamakan kesihatannya dengan mendapatkan vaksin influenza tahunan.

Bincang dengan doktor anda atau layari https://actoflove.ifl.my/ms/warga-emas/ untuk ketahui kenapa anda juga perlu berbuat demikian!

Sumber: Immunise4Life
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024.

Kepada yang berminat boleh menghantar permohonan di https://tinyurl.com/MySTEPHECC sebelum atau pada 15 Disember 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.
Sentiasa waspada dan amalkan kawalan kendiri terutama di kawasan sesak dan sempit.

Pakai pelitup muka
Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan
Amalkan TRIIS

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Yeay! Hujung minggu datang lagi.

Nak buat apa ya? Jom cari dan musnah tempat pembiakan Aedes luar dan dalam rumah. Tak lama.. 10 minit je!

Sambil-sambil tu bolehlah kitar semula barang-barang terbuang.

Sambil kutip sampah, dapat juga beriadah. Persekitaran bersih, badan sihat.

#ANMS #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #OneHourMalaysiaCleanUp #sihatmiliķku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🙍‍♂️Lelaki lebih berisiko menghidap hipertensi berbanding wanita. Periksa tekanan darah dengan kerap bagi memastikan tekanan darah anda terkawal.

Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk mengurangkan risiko hipertensi.🩺
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Minuman manis lebih sedap bukan? Tapi tahukah anda 1 sudu teh gula bekalkan 20kcal tenaga?

Jika anda ambil 10 sudu teh gula, 200 kcal tenaga akan dibekalkan.

Anda perlu berjoging selama 30 minit / berjalan laju selama 45 minit / berbasikal selama 1 jam untuk membakar 200 kcal ini.

Anda sanggup atau tidak?

Buat pilihan bijak! Gula : 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Paxlovid merupakan ubat antiviral yang boleh mengurangkan gejala COVID-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk. Pesakit COVID-19 berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, mempunyai apa-apa komorbid, obes, perokok atau bekas perokok, disarankan untuk mendapat rawatan Paxlovid. Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima (5) hari daripada hari gejala bermula. Sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.

‼️‼️

Paxlovid is an antiviral medication that can alleviate the symptoms of COVID-19 and prevent the disease from worsening. High risk COVID-19 patients, such as individuals aged 60 years old or over, immunocompromised, with any comorbidities, obese, current or ex-smokers, are recommended to take Paxlovid treatment. Paxlovid is effective when taken within five (5) days of onset of symptoms. Get a medical assessment early at a nearby health facility to determine your eligibility to take Paxlovid.
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
11 DISEMBER 2023

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Minggu Epidemiologi 48 (26 November - 2 Disember 2023)
Peraturan Makanan : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3
Tarikh : 12 Disember 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
En. Badruzzaman bin Abdul Rahim
Ketua Penolong Pengarah
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

#ANMS #sihatmilikku