Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui inisiatifnya telah memobilisasikan 13 pegawai Pendidikan Kesihatan (HEO) bagi membantu menangani Pandemik COVID-19 di beberapa lokasi yang terlibat khususya di Kuala Lumpur (Lembah Pantai, Cheras & Kepong) dan Selangor (Daerah Hulu Langat & Hospital Serdang). Mobilisasi pegawai ini telah bermula dari 1 hingga 30 Jun 2021.

Pegawai ini merancang dan membantu dalam melaksanakan aktiviti promosi kesihatan berkaitan COVID-19 dan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Kebangsaan:

• Hebahan awam;
• Nasihat individu;
• Ujian saringan kesihatan COVID-19;
• Pemeriksaan rumah ke rumah;
• Edaran poster, risalah; dan
• Tunjuk cara.

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM telah melaksanakan aktviti promosi kesihatan seperti berikut:

Aktiviti : Operasi Bersepadu "Pematuhan SOP" di lokasi hotspot di sekitar Bandar Tun Razak / Cheras.
Tarikh : 12 Jun 2021 (Sabtu)
Agensi: Jabatan Penerangan Malaysia, PDRM & KKM (PKD Cheras & HECC).
Lokasi : PPR Pudu Hulu, Flat Sri Melaka & Taman Tenaga, Cheras.

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Pada 13 Jun 2021 (Ahad), Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat telah mengadakan sesi hebahan di sekitar Bandar Tasik Kesuma, Mukim Beranang Selangor. Aktiviti dilaksanakan di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar dan taman-taman awam. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu masyarakat mendapat maklumat yang tepat berkenaan Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan telah melaksanakan aktviti promosi kesihatan seperti berikut:

Aktiviti: Sesi Hebahan Awam, Edaran Poster, Pematuhan SOP dan Tunjuk Cara Pendaftaran Vaksin COVID-19 di lokasi hotspot di sekitar Bandar Tun Razak / Cheras.

Tarikh: 14 Jun 2021 (Isnin)
Lokasi: Perumahan Taman Ikan Emas dan PPR Taman Mulia, Daerah Cheras
Agensi terlibat: PK Cheras, HECC & IPTK

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Dalam mengharungi pandemik COVID-19, Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM telah menggerakkan Wellness Truck bagi mengadakan sesi hebahan di presint 5 & 6 Putrajaya. Aktiviti ini dijalankan agar masyarakat mendapat maklumat secara langsung di samping mempromosikan Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Semoga usaha ini dapat membantu dalam memutuskan rantaian COVID-19.

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)