Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Adakah anda sudah bersedia untuk hidup dengan minda lebih sihat, emosi lebih tenang & jiwa yang besar ?

JOM SERTAI BERAMAI RAMAI!

Anda dijemput untuk sertai Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan bertempat di The Curve, Damansara pada 22 OKTOBER 2023 dari Jam 7.00PG – 6.00PTG.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya:

Senaminda Vaganza
Gimik Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Modul MySAVE
Sidang Media Bersama YB Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa
Music Ted Talk Mental Health Bersama Aina Abdul dan Dr Ann KE
Ekspresi Muzik Oleh Batteryheadz Percussion, Alif Satar & The Locos, Amir Jahari, Aina Abdul dan Dr. Ann KE
Pameran Agensi & Wakil NGO Tentang Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023

Jom Bawa Keluarga dan Rakan-rakan Memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan

#KesihatanMentalMilikSemua
#HentikanStigma
#WorldMentalHealthDay2023 🌱💙

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Kebanyakan pekerja di negara ini berdepan dengan tekanan di tempat kerja dalam menjalankan kerja harian mereka. Semakin banyak tugas diberikan, semakin tinggi tekanan dan stres dirasakan pekerja. Kesannya, jika terlalu banyak tekanan dan stres dialami pekerja ia boleh menyebabkan keletihan mental dan fizikal, sekali gus menjejaskan prestasi kerja.

#hentikanstigma
#kesihatanmentalmiliksemua
#pekerjakesumabangsa

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan