Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
📲💻Kanak-kanak kini lazim mengalami masalah ketagihan gajet.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab memantau dan mengehadkan penggunaan gajet untuk mengelak kesan buruk penggunaan gajet dalam tempoh yang lama.

Jom ikuti tip tangani ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak sebagai panduan untuk mengatasi ketagihan tersebut.

☎️Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
It's World Rabies Day.

Learn about dogs and their behaviour to prevent bite 👇

No bites = no rabies.

Sumber: WHO
Hai semua,

Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 hari ini telah berlangsung di:
🚌SK Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka
🚌SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar, Perak
🚌SMK Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan
🚌SK Muhibbah Raya, Tawau, Sabah
🚌SMK Taee, Serian, Sarawak

Pelbagai aktiviti telah dibawakan oleh trak kembara antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness dan Wellness Soft Archery.

Aktiviti oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah seperti pameran kesihatan, search and destroy, saringan kesihatan, senamrobik dan sembang sihat juga turut sama diadakan bagi memeriahkan acara.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

#hepili
#BMSS

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02kEN5UqrytcKtMFxzeEvAe2pwggL1xiSUgh2bdwPvbDBCQ5fPopmeJvwUt92CXcKDl&id=100068403884047&mibextid=Nif5oz
Masanya telah tiba... Jom meriahkan Kembara @ Lotus's sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Lotus's Setia Alam. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda.

#ANMS #Budayakanhidupsihat
#Sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02sEJFNADGe8fcsM8Gg7YTUQztDJrAwHyAQEQrbWSUG55AoEjDQk6W2idmoNg5DhNWl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok dan menghisap vape di pusat pemindahan sementara
👉 Jaga kebersihan diri dan persekitaran
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kekal sihat semasa jerebu.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti

👉🏼 Minum air kosong secukupnya
👉🏼 Kurangkan aktiviti di luar rumah
👉🏼 Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di luar rumah
👉🏼 Elakkan sumber pencemaran udara dalaman seperti merokok

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📌30 September 2023 - Bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, Kembara @Lotus's telah berlangsung dengan jayanya di Lotus’s Setia Alam Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan pagi ini.

👍Syabas diucapkan kepada pihak Lotus’s Malaysia yang telah memberikan kerjasama yang padu bagi menjayakan program ini.

Seramai 3,000 peserta telah menyertai aktiviti Ceria Charity Run 🏃‍♂️🏃‍♂️yang julung kalinya diadakan‼️ Pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan.

Marilah kita bersama-sama membudayakan hidup sihat bagi mencegah penyakit.
🚴🏼🚣🏾‍♂️🏌🏻⛹🏼‍♀️🏋🏻🏊‍♂️🧗🏿

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📄Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.

‼️Jom mulakan sekarang‼️

1️⃣) Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu.

2️⃣) Tetapkan corak pemakanan yang seimbang #SukuSukuSeparuh dan hadkan pengambilan kalori.

4️⃣Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam.

5️⃣) Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.

🫶🏻 Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, ayuh lakukan sesuatu yang positif untuk diri anda demi kesihatan berpanjangan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sarjan Izuan bin Ismail - Atlet Trail Malaysia & Jurulatih

Amalan minum air kosong adalah amalan yang mudah tetapi memberi kesan yang besar kepada badan kita.

Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dapat memastikan tubuh berfungsi dengan baik dan meminimumkan risiko masalah kesihatan.

Bila badan hidrat dan segar, barulah aktiviti harian dapat dijalankan dengan baik.

Jom budayakan hidup sihat!

#ANMS #sihatsepanjanghayat #KBS #fitmalaysia #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan.

Sentiasa minum air yang telah dimasak
Elakkan makanan mentah
Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Sentiasa cuci tangan dengan betul.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🦠Pengaktifan semula virus cacar air boleh menyebabkan penyakit kayap. Virus ini menjangkiti tubuh kekal dalam sistem saraf selama bertahun-tahun . Golongan dewasa yang berumur 50 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit ini.

⚠️Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti-viral dan ubat untuk melegakan rasa sakit. Salah satu komplikasi penyakit ini adalah sakit saraf yang berterusan (post-herpetic neuralgia). Oleh itu, orang ramai hendaklah mengamalkan langkah pencegahan seperti mendapatkan suntikan vaksin untuk mengelakkan penyakit ini.
Amalkan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit jantung.

Kenali Jantung Hargai Jantung dengan ubah gaya hidup anda.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik adalah berbahaya. Jika anda berhenti merokok, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan separuh dalam tempoh setahun.

Kenali Jantung Hargai Jantung dengan tidak merokok / berhenti merokok.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tingkatkan kesihatan anda dengan melakukan aktiviti fizikal 30 minit dengan intensiti sederhana, lima hari seminggu.

Kenali Jantung Hargai Jantung dengan melakukan aktiviti fizikal.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Makan secara sihat dan seimbang.

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang demi kesihatan jantung anda mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh. Pastikan pengambilan air yang mencukupi sebanyak 8 gelas sehari.

Kenali Jantung Hargai Jantung dengan makan secara sihat dan seimbang.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Turunkan berat badan 5-10% bagi individu yang berlebihan berat badan atau obes. Penurunan berat antara 3-5% boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah, tekanan darah dan paras glukosa darah.

Kenali Jantung Hargai Jantung dengan mengekalkan berat badan yang ideal.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan alkohol berlebihan membahayakan kesihatan.

Kenali Jantung Hargai Jantung dengan menghindari alkohol.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama