Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Destinasi Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini adalah di SK Ulu Melaka Langkawi dan juga SK Seri Ketereh Kelantan.

Aktiviti seperti Giant Puzzle Wellness, Wellness Archery dan Giant Jenga menjadi tumpuan murid-murid. Begitu juga dengan aktiviti yang disediakan oleh Trak Wellness on Wheels (WoW) turut menjadi tumpuan.

Jumpa kami di sekolah seterusnya esok 🤗

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid0ppWNoKaCsxF9zsBL5jqt2HiB5T6MAqk896DYRT9WJV3tpbDYFxVWmoEdGm1xA3MEl/?mibextid=cr9u03
🍬Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.🦷🪥

🫰🇲🇾Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
Wellness Day sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera pada 30 September 2023 (Sabtu) akan diadakan di Wellness Hub Batu Pahat bermula pendaftaran seawal 8.00 pagi.

Yang Berhormat Pn Gan Peck Cheng, ADUN Penggaram akan merasmikan program ini sekitar jam 10.30 pagi.

Pelbagai acara menarik disajikan untuk anda seperti Pertandingan Aerobikton pelbagai kategori, saringan kesihatan, kecergasan & pergigian, aktiviti interaktif, pocket talk, food truck, jualan air jus & pokok serta buskers. Anda turut boleh menyaksikan acara sukan rakyat oleh KRT Perpaduan & Xplorace WHZania melibatkan sekolah rendah Doktor Muda.

Pengunjung boleh redeem token di kaunter lobi Wellness Hub Batu Pahat dengan memastikan dapat 5 cop di 5 zon.

Hadiah cabutan bertuah yang lumayan mungkin menjadi milik anda!

Jom budayakan hidup sihat! #sihatsepanjanghayat #batupahattowellness

Kami menanti anda! Ingin ikuti perkembangan program, Like and Follow https://www.facebook.com/WellyBatuPahat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Malaysia berhadapan dengan cabaran dan isu berkaitan kesihatan, sosial, ekonomi dan budaya yang mempengaruhi taraf kesihatan rakyat dan kesan langsung kepada produktiviti negara.

Tingkah laku rakyat yang kurang memberi perhatian kepada amalan cara hidup sihat telah mendatangkan risiko kepada masalah kesihatan.

Kerajaan meletakkan taraf kesihatan rakyat sebagai keutamaan dengan memperkenalkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan iltizam menjadikan rakyat Malaysia sihat seiring dengan pembangunan negara.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kemuncak Bulan Malaysia Sihat Sejahtera akan diadakan pada 30 September 2023 di Lotus's Setia Alam.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai pelbagai aktiviti menarik seperti Saringan Kesihatan, Zumba, Soft Archery, King of Hammer dan macam - macam lagi.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sakit Tulang dan Sendi

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3
Tarikh : 26 September 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Abdul Muttalib bin Abdul Wahid
Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik
Hospital Tuanku Jaafar Seremban
Pn. Hjh. Nur Hidayah binti Abdullah
Ketua Profesion Fisioterapi
Hospital Sultanah Aminah

#ANMS #sihatmilikku
Hai adik-adik,

Hari ini Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 telah berlangsung di 5 lagi buah sekolah iaitu di:

🚎 𝗦𝗠𝗞 𝗕𝘂𝗻𝘂𝘁 𝗦𝘂𝘀𝘂, 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗵, 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 Smk Bunut Susu Offical
🚎 𝗦𝗞 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗣𝗶𝗮𝘁𝘂, 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗼𝗻𝗴, 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 SK BUKIT PIATU,BENTONG PAHANG
🚎 𝗦𝗠𝗞 𝗧𝘂𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸, 𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴, 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 SMK Tun Abdul Razak, Kuching
🚎 𝗦𝗠𝗞 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗼𝘀𝗮 𝟮, 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 SMK Bukit Sentosa 2 Official
🚎 𝗦𝗥𝗝𝗞 (𝗖) 𝗖𝗵𝘂𝗻𝗴 𝗛𝘄𝗮, 𝗪𝗣 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻. Sjk Chung Hwa

Pelbagai aktiviti telah dibawakan oleh trak kembara antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness dan Wellness Soft Archery.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02p5UfwUwwWZHi5vUeXSthm4dfTQhGkpzsBnYHhCErG8j49VPMQJ6gthJnftAd8h77l/?mibextid=cr9u03
26 September 2023 - Pasukan Wellness on Wheels (WoW) hari ini berada di Bangunan RISDA, Ampang untuk turut serta di Hari Psikologi RISDA sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti basikal jus, body composition & consultation dan saringan berhenti merokok.

Puan Haniza Binti Ab Shukor, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan / Ketua Pegawai Digital (CDO) turut serta memeriahkan aktiviti yang dijalankan.

Budayakan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan anda.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku #BMSS

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02grL6Asv2GaJcWGXkKdjT2CwkJKZZEmfHw1dTRGbLm3Zh33sZtQ5PB9mmFqTMSirHl
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 dan Pelancaran Kelab Doktor Muda telah berlangsung di SMK Bukit Sentosa 2,Hulu Selangor pada 25.9.2023.

Pelbagai aktiviti telah dibawakan oleh trak kembara antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness dan Wellness Soft Archery.

Aktiviti oleh Jabatan Kesihatan Negeri CPK Negeri Selangor Dan Pejabat Kesihatan Daerah seperti pameran kesihatan, saringan kesihatan, senamrobik dan sembang sihat juga turut sama diadakan bagi memeriahkan acara.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#HePiLI
#BMSS
#SihatMilikSelangor
#sihatmilikku

Sumber: Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor
Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia disambut pada 26 September 2023 dengan tema Global Environmental Public Health : Standing up to protect everyone's health each and every day.

Kesihatan persekitaran berperanan menentukan kualiti kehidupan, amalan pemakanan dan gaya hidup masyarakat.

Terdapat lebih 100 penyakit adalah berkait dengan kesihatan persekitaran. Kita sedang mengalami impak persekitaran yang kian terancam seperti perubahan iklim dan situasi ini memainkan peranan dalam penyebaran penyakit. Langkah pencegahan perlu diambil bagi membendung berlakunya pandemik yang lebih kerap supaya impak kepada ekonomi dan kesihatan masyarakat dapat dikurangkan.

Terima kasih kepada seluruh pengamal kesihatan persekitaran yang giat menjalankan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan perundangan kesihatan awam di lapangan.

Selamat menyambut Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2023 kepada semua pengamal kesihatan persekitaran yang bertugas diseluruh Malaysia dan selamat maju jaya.

Persekitaran yang bersih, sihat dan selamat menyokong kesejahteraan kesihatan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kebersihan Persekitaran Tanggungjawab Bersama

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Ummi Kalthum binti Shuib dari SWCorp Wilayah Persekutuan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mulut Sihat Hidup Sejahtera

Saksikan dalam rancangan apa khabar Malaysia esok di Bernama TV pada pukul 9.00 hingga 10.00 pagi bersama Dr. Jamaliah binti Omar dari Program Kesihatan Pergigian, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Strok Berdarah

Saksikan dalam berita Seithigal di TV Bernama pada pukul 7.00 malam bersama Dr. Dhayalen Krishnan, Pakar Neurologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku
Hai semua,

Destinasi Kembara Sekolah sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 hari ini telah berlangsung di:

🚌 SMK Undang Rembau (Rembau), Negeri Sembilan SMK Undang Rembau
🚌 SK Kok Keli (Tumpat), Kelantan SK KOK KELI
🚌 SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands, Pahang SMK SULTAN AHMAD SHAH Cameron Highlands
🚌 SK Air Merah (Kulim), Kedah SK Air Merah
🚌 SK Proton City (Muallim), Perak Sk Proton City
🚌 SK Sungai Lada, WP Labuan SK Sungai Lada, WP Labuan
🚌 SK Bandar Tasik Puteri (Gombak), Selangor Sk Bandar Tasik Puteri

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Soft Dart, Giant Puzzle Wellness dan Roda Wellness.

Antara info menarik yang berlaku di SK Proton City (Muallim) Perak, Pasukan trak Wellness on Wheel (WoW) daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim turut menjalankan aktiviti seperti Pameran Kesihatan, Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja, Pertandingan Kolaj, Latihan Memberus Gigi serta Pocket Talk oleh Dr Nadhirah & Dr Haziq bagi memeriahkan acara. Turut hadir ialah En Saipol Bahrin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muallim dan Dr Raja Mohd Azim, Pegawai Kesihatan Daerah Muallim bagi merasmikan Kembara Sekolah sempena BMSS di SK Proton City.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

Kita sambung di sekolah-sekolah lain esok!

#HePiLI
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02PJP93p2iw8BphHBdNs413HLoUCwqdWLpJpz9a9AKUMEjz4af4riCzQvtVBEDLCjQl/?mibextid=cr9u03
Pertusis & Monkeypox

Isu berbangkit yang semakin membimbangkan, Pertusis (Batuk Kokol) & Monkeypox.

Jom dengarkan perbincangan mereka.

Moderator:
En Jefrry bin Hamdan,
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Panel:
Dr Loganathan Salvaraji,
Pegawai Perubatan

Sumber: PKD Batu Pahat
3 hari lagi menjelang sambutan Wellness Month @ Lotus's Setia Alam.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kebersihan Persekitaran Tanggungjawab Bersama

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Ummi Kalthum binti Shuib dari SWCorp Wilayah Persekutuan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
4 hari lagi menuju ke Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Selangor dan Sihat Milik Selangor 3.0😍😍

‼️ Warga Selangor‼️
Jom memeriahkan sambutan ini. Pelbagai aktiviti disediakan untuk semua warga Selangor
🗓 1 Oktober 2023 (Ahad)
6.30 pagi
📍 Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Save the date

#SihatMilikSelangor
#ANMS

Sumber: https://www.facebook.com/CPKJKNS/posts/pfbid03Lku6Tf9An6E8UeFKH7bfdmgTWT8W6298b9HpfxkbKbGgYEHFf8DLW6cAGkmozaul