Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
AIR KELAPA LEMON 7 GELAS SEHARI

Amalan pemakanan sihat amat penting dalam meningkatkan sistem ketahanan badan dalam melawan jangkitan, penyakit dan proses pemulihan.

Jangan tunggu ada isu kesihatan baru nak makan buah dan sayur atau minuman yang berkhasiat. Ianya patut dah menjadi amalan kita seharian. Terutamanya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang pelbagai warna dapat membantu meningkatkan sistem immuniti badan⚠️

Jangan hanya mengambil sesuatu makanan sahaja tanpa bukti saintifik yang ia boleh merawat penyakit. Dan jangan pula menyingkirkan sesuatu makanan yang lain yang tidak terbukti kemudaratannya.

Tiada satu makanan yang dapat memenuhi kesemua nutrien yang diperlukan badan. Pengambilan makanan yang pelbagai dapat memenuhi keperluan nutrien bagi fungsi sistem badan yang optima.

Namun, pengambilan sesuatu makanan yang dianggap “sihat” itu juga tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ada kesannya kepada tubuh badan.

Begitu juga sekiranya kekurangan atau penolakkan sesuatu jenis makanan akan menyebabkan kekurangan sesetengah nutrien dan seterusnya menjejaskan kesihatan.

Sebagai contoh, jika mengelak dari mengambil sesuatu kumpulan makanan seperti daging dan susu, kemungkinan kekurangan zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan kalsium untuk mengelak kerapuhan tulang. Ambil ikut Panduan Diet Malaysia, iaitu sebesar 2 kotak mancis bagi satu hidangan daging dan 1 gelas susu untuk satu hidangan kumpulan tenusu.

Sebelum fanatik nak beramal dengan sesuatu tips pemakanan yang 'claim' ia boleh merawat sesuatu penyakit, semak juga samada senarai di bawah sudah dijadikan amalan harian atau belum. Kalau belum, cuba dulu baru sembang😊.

✔️ Minum air secukupnya lebih kurang 8 gelas sehari
✔️ Makan secara sederhana, seimbang dan pelbagai berdasarkan piramid makanan.
✔️ Kawal kalori dan pelbagaikan nutrien dengan mengamal konsep suku-suku-separuh pada waktu makan utama
✔️ Ambil 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari
✔️ Meluangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

➡️ Ingat tau... Pastikan info atau tips kesihatan yang sahih diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

#amalanpemakanansihat
#Novelcoronavirus
#takpastijangankongsi
#airkelapaviral
#NutritionistKKM