Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal suhu secara normal mengakibatkan kenaikan suhu badan mendadak dan kegagalan berpeluh.

Kunjungi pusat rawatan kesihatan untuk pemeriksaan sekiranya anda mengalami simptom yang berkenaan. Jaga diri, jaga keluarga dan masyarakat.

#MalaysiaMadani #DRZ #KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
KKM sedang membuat semakan semula dan mengemaskini garis panduan COVID-19 dengan merujuk kepada kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik COVID-19.

#DrZ #KKM #MalaysiaMadani 🇲🇾

Sumber: FB Dr Zaliha Mustafa
Bermula 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di fasiliti kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) melalui aplikasi MySejahtera dan tidak perlu lagi beratur panjang menunggu giliran.

Kami komited untuk mengintegrasikan teknologi dengan perkhidmatan kesihatan sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025 KKM di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

Semoga inisiatif ini dapat menjimatkan masa pesakit, mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan efisiensi sistem perkhidmatan kesihatan pergigian negara.
#DrZ #KKM #MalaysiaMADANI
Pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menerusi ProtectHealth Corporation telah melancarkan Skim Perubatan MADANI bermula 15 Jun.

Ikuti langkah-langkah berikut bagi menyemak kelayakan penerima, senarai klinik panel dan cara mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI.

#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Skim Perubatan MADANI merupakan salah satu insiatif yang diambil KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menerusi ProtectHealth Corporation bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan awam.

Dalam masa yang sama, skim ini menyasarkan untuk memberi manfaat kepada lebih kurang 700 ribu ahli isi rumah B40 bagi menerima rawatan di klinik swasta yang berdaftar.

#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI
Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kemurungan tidak bererti seseorang itu lemah atau gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Anda tidak perlu berseorangan dalam melawan cabaran ini. Kami di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sedia membantu.

#DrZ #MalaysiaMADANI
Berkuat kuasa 5 Julai 2023, prosedur operasi standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka dan pengasingan kes yang disahkan COVID-19 telah disemak semula dan dikemas kini oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Saya ingin menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik seperti yang diamalkan pada masa ini, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19. Jaga diri, jaga keluarga dan masyarakat.

#DrZ #MalaysiaMADANI
Program #MadaniAfiat kini ke Kedah!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Turut diadakan, Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023.

Bersama sertai kami di Padang EUPE, Taman Ria Jaya, Sungai Petani pada hari Ahad ini.

Pakat mai ramai-ramai!

#DrZ #MalaysiaMADANI