Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022: Tinjauan Kesihatan Remaja 2022
1️⃣ daripada 🔟 remaja makan makanan segera sekurang-kurangnya 3 kali seminggu!

Remaja kerap mengambil makanan segera kerana makanan tersebut lazimnya mudah disediakan dan mempunyai rasa yang enak.

Walau bagaimanapun, makanan segera memberi kesan buruk kepada kesihatan serta meningkatkan risiko obesiti kerana mengandungi kalori, gula, garam, bahan pengawet yang tinggi dan nutrisi yang rendah.

Oleh itu, remaja perlu mengehadkan pengambilan makanan segera dalam menu harian untuk menghindar penyakit kronik demi menjamin kesihatan pada masa depan.

#PesanKKM
🌙🌙 Sempena hari raya Aidiladha, daging korban biasanya akan dipotong dengan menggunakan papan pemotong.

Namun, kebanyakan pengguna seringkali mengabaikan kebersihan papan pemotong ketika menggunakannya. Malah, pengguna juga sering menggunakan papan pemotong yang sama bagi memotong pelbagai bahan mentah yang boleh mengakibatkan pencemaran silang.

Papan pemotong yang tidak bersih berpotensi jadi tempat pembiakan bakteria yang akan mencemari bahan makanan seterusnya mengakibatkan keracunan makanan.

Oleh itu, pengguna perlu menitikberatkan kebersihan papan pemotong semasa menggunakannya agar hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang bahan pencemar seperti bakteria, bendasing dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan.

#PesanKKM
🦟Nyamuk Aedes betina merupakan pembawa virus denggi yang memerlukan darah dan nektar untuk menyokong perkembangannya.

🩺Nyamuk Aedes berWolbachia merupakan nyamuk Aedes yang telah disuntik dengan bakteria Wolbachia untuk merencat virus denggi yang terdapat di dalamnya. Selain itu, nyamuk Aedes berWolbachia juga tidak memudaratkan alam sekitar.

⚠️Oleh itu, orang ramai hendaklah menyokong usaha kerajaan menggunakan kaedah ini dalam usaha mengawal penularan demam denggi dalam kalangan masyarakat.

#PesanKKM
#hapuskandenggi
🍉🍉Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.

💧Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.

❗️Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.

📌Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM menggalakkan orang ramai agar meningkatkan pengambilan buah-buahan agar kekal sihat.

#bmss
#MalaysiaMadani
#PesanKKM
🫰Aktiviti fizikal sangat penting bagi memastikan seseorang kekal sihat dan cergas.
Namun, kebanyakan individu lebih gemar menggunakan lif berbanding tangga di dalam sesebuah bangunan.

💥Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai digalakkan kerap menggunakan tangga berbanding lif bagi mendapat manfaat kepada tubuh badan.

#sihatsepanjanghayat
#PesanKKM
🍟🍔🍗 Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 4 daripada 10 orang atau 8 juta orang dewasa di Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

Antara makanan yang tinggi lemak ialah makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng, kek dan sebagainya.

Oleh itu, orang ramai hendaklah mengawal pengambilan lemak dalam hidangan harian bagi mengelakkan kenaikan berat badan agar kekal sihat dan terhindar daripada penyakit.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM mengambil kesempatan menyeru orang awam agar sentiasa mengamalkan pemakanan sihat.

#PesanKKM