Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pelaksaanaan inisiatif #GenerasiPenamatRokok akan membantu mengurangkan penjualan rokok yang tidak sah.

Hal ini kerana apabila generasi penamat telah disekat daripada memperoleh produk tembakau, ketagihan terhadap produk ini akan berjaya dikurangkan, seterusnya menyebabkan permintaan terhadap rokok tidak sah berkurangan.

Oleh itu, orang ramai hendaklah menyokong Generasi Penamat Rokok serta tidak melibatkan diri dengan sebarang akitiviti penjualan rokok tidak sah demi melahirkan generasi yang bebas asap rokok daripada sebarang bentuk amalan merokok pada masa hadapan.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Generasi Penamat Rokok perlu dilaksanakan SEGERA disebabkan oleh beban masalah merokok yang semakin parah.

Orang ramai perlu memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan Generasi Penamat Rokok demi melahirkan generasi bebas tanpa amalan merokok pada masa hadapan.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Tanpa #GenerasiPenamatRokok, kerajaan bakal berdepan dengan kos rawatan perubatan yang tinggi.

Kajian menunjukkan perokok konvensional mahupun perokok elektronik berisiko mendapat penyakit kronik terutama berkaitan paru-paru.

Larangan merokok terhadap kumpulan Generasi Penamat Rokok akan mengurangkan peratusan perokok baharu dan kerajaan hanya perlu fokus kepada beban sedia ada.

Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu menjayakan Generasi Penamat Rokok demi mengurangkan beban negara.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Sekiranya #GenerasiPenamatRokok tidak dilaksanakan, kerajaan bakal berdepan dengan kos rawatan perubatan yang tinggi.

Dengan anggaran pertumbuhan penduduk sebanyak 1.5% (Jabatan Statistik Malaysia, 2015) dalam masa 5 tahun dan juga kenaikan kos perubatan sebanyak 5% setahun untuk kos rawatan bagi penyedia perkhidmatan dan kos pesakit (Al-Junid et al., 2007; Health Care Cost of Smoking in Malaysia, SEATCA report), kerajaan bakal berdepan dengan kos untuk merawat HANYA TIGA daripada penyakit akibat merokok konvensional (kanser paru-paru, serangan jantung dan chronic obstructive airway disease) sebanyak RM8.77 billion menjelang 2030.

Oleh itu, pelaksanaan Generasi Penamat Rokok dapat menguntungkan negara kerana kos rawatan penyakit berpunca daripada rokok lebih tinggi berbanding kutipan cukai rokok.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok