Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Perluasan pemberian imunisasi pneumokokal dilaksanakan bermula 1 Jun 2023 sehinggan 31 Mei 2024.

Semua kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019 dan belum pernah menerima imunisasi pneumokokal layak menerima imunisasi ini.

Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah senarai hospital yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok.

Hubungi talian yang tertera untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan berhenti merokok.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
‼️Terdapat beberapa rawatan yang dikenal pasti untuk merawat Sindrom Tourette. Rawatan tersebut terdiri daripada ubat-ubatan dan terapi tingkah laku. Pesakit Tourette biasanya mengalami masalah lain seperti kebimbangan, sindrom kurang daya tumpuan (ADHD), gangguan hiperaktif serta keresahan.

📢Sekiranya terdapat keperluan, pesakit perlu dirujuk kepada ahli psikologi dan psikoterapi. Terapi lain termasuklah deep brain stimulation yang merujuk kepada pemasangan perentak pada otak pesakit.
Salam dan salam sejahtera,
Anda semua dijemput untuk menyertai:

Pertandingan Video Pendek:
YES! WE CAN END TB
-------------------------------------------
🫁 sempena Sambutan Hari Tibi & Kusta Peringkat Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) Tahun 2023 🩻
--------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang:

https://sites.google.com/view/pertandinganvideo-wecanendtb/home

📝 Untuk pendaftaran dan penyertaan adalah melalui pautan berikut:

https://forms.gle/gbuJLrC7aBbansPi7
📽🎥📽🎥📽🎥📽🎥📽🎥

🎁 HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM300 UNTUK DIMENANGI! 🎁

📽🎥📽🎥📽🎥📽🎥📽🎥

Terima kasih

UNIT TIBI & KUSTA
PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA
JABATAN KESIHATAN WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
1 hari lagi..

MyVIFitEr 3.0 !!

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🧑‍🍳Aspek pemakanan merupakan aspek yang penting dalam penjagaan kesihatan secara holistik termasuk mengekalkan kesihatan mata. Glaukoma menyebabkan kerosakan pada saraf optik yang akan mengakibatkan kebutaan jika tidak dirawat. Adakah penyakit mata ini boleh dielak atau disembuhkan melalui pemakanan?

Tentunya, amalan pemakanan sihat sangat penting dalam penjagaan kesihatan termasuk mengekalkan penglihatan sehingga ke akhir usia.
Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar.

Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI agar dapat bernafas dengan baik hingga ke akhir hayat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom baca E-Majalah MyHealth for life edisi Jun 2023.

Dapatkan pelbagai info kesihatan yang tepat, sahih dan terkini.

Dapatkan E-Majalah MyHealth for life di https://www.infosihat.gov.my

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Longkang dan sistem pengumpulan air hujan yang tersumbat dan menakung air berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.

Lakukan pembersihan. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rujuk Saranan Aktiviti Fizikal Malaysia mengikut kumpulan umur atau keadaan anda.

Kurangkan gaya hidup sedentari dan amalkan gaya hidup aktif.

Amalan hidup aktif memberi banyak faedah keoada kesihatan fizikal dan mental.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023

Kuiz Siri 3/4 boleh diakses melalui laman berikut :

https://docs.google.com/forms/d/1wpskB7kr8TQ4tK3yiDXD8EP1VpUL93GMbAr5RZmTBvE

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal anak anda.

Bawa buku rekod kesihatan kanak-kanak 0-6 tahun (KKM) dan Rekod Imunisasi (Swasta) semasa menghadiri sesi janji temu.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah tindakan Duyufurrahman kekal sihat sebelum, semasa dan selepas menunaikan fardu haji.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Virus MERS boleh menjangkiti manusia daripada unta baka arab yang dijangkiti virus MERS-CoV melalui kontak langsung atau tidak langsung (pengambilan produk unta seperti daging dan susu mentah).

Ia tidak mudah merebak daripada manusia kepada manusia melainkan melalui kontak rapat tanpa perlindungan dan boleh berlaku ketika menjaga pesakit MERS tanpa perlindungan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bagi Generasi Penamat yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan, kesalahan mereka tidak dikira sebagai satu kesalahan jenayah.

Sebaliknya, mereka akan dikenakan perintah khidmat masyarakat bagi tujuan pendidikan agar golongan ini mempunyai kesedaran untuk meninggalkan tabiat merokok termasuk rokok elektronik.

Oleh itu, orang awam tidak perlu bimbang terhadap #GenerasiPenamatRokok yang dikuatkuasakan bagi melahirkan generasi muda bebas tanpa amalan merokok demi kesejahteraan bersama.
Pelaksaanaan inisiatif #GenerasiPenamatRokok akan membantu mengurangkan penjualan rokok yang tidak sah.

Hal ini kerana apabila generasi penamat telah disekat daripada memperoleh produk tembakau, ketagihan terhadap produk ini akan berjaya dikurangkan, seterusnya menyebabkan permintaan terhadap rokok tidak sah berkurangan.

Oleh itu, orang ramai hendaklah menyokong Generasi Penamat Rokok serta tidak melibatkan diri dengan sebarang akitiviti penjualan rokok tidak sah demi melahirkan generasi yang bebas asap rokok daripada sebarang bentuk amalan merokok pada masa hadapan.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok