Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
5% - 10% kontak Tibi berisiko mendapat Tibi dalam tempoh 2 tahun. Pemeriksaan kontak membolehkan diagnosa dan rawatan awal diberikan.

Jika disahkan dijangkiti Tibi, rawatan akan diberi selama 6 bulan.

#ANMS #KekalSihat #YesWeCanEndTB #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangkitan TB Laten (LTBI) merupakan keadaan tindak balas sistem imun badan yang berterusan terhadap rangsangan antigen Mycobacterium Tuberculosis tanpa ada bukti klinikal TB aktif.

Antara ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan LTBI adalah ujian X-ray dada, ujian kulit tuberkulin (TST) atau ujian serologi IGRA.

Penghidap TB Laten tidak mempunyai gejala TB, sentiasa berasa sihat dan tidak menjangkiti orang lain namun boleh menjadi TB jika tidak dirawat.

#ANMS #KekalSihat #YesWeCanEndTB #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama