Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Keselamatan Makanan di Bulan Ramadan - Pilihan Tepat, Makanan Selamat

Dengarkan di Selangorfm esok pada pukul 2.30 petang bersama Puan Azura Liana binti Kamaruzaman, Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Nafas Baharu Bermula Ramadan

Saksikan menerusi FB Live TVAlhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Prof. Dr. Mohamad Haniki bin Nik Mohamed dari Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) , Rakan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Glaukoma : Pencuri Penglihatan Senyap

Saksikan dalam rancangan Berita Bernama Seithigal esok di TV Bernama

Tarikh : 15 Mac 2023 (Rabu)
Masa : 7.00 malam

Panel :

Dr. Pushpa Raman
Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Glaukoma
Hospital Tuanku Jaafar

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kes demam denggi semakin meningkat. Tidakkah ada perasaan takut dalam hati kita jika terkena demam denggi? Denggi boleh membawa maut ye kengkawan. Jangan anggap ringan demam denggi ini. Jangan sampai ada kalangan ahli keluarga kita maut akibat denggi, nak menyesal pun dah tak berguna. Bertindak sebelum terlewat.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bukan semua pengguna akan mengalami kesan sampingan pengambilan ubat.

Laporkan kesan sampingan yang dialami kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) secara dalam talian menggunakan borang ConSERF melalui laman http://www.npra.gov.my .

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Senyuman Menawan Sepanjang Hayat

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nuryastri Md Mustafa, Pakar Pergigian Kesihatan Awam dari Program Kesihatan Pergigian,KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak anda mendapat imunasi yang sepatutnya.💉👦👧

Bagaimana? Rujuk dan ketahui jadual Imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda❤️

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Katherine Chin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
5% - 10% kontak Tibi berisiko mendapat Tibi dalam tempoh 2 tahun. Pemeriksaan kontak membolehkan diagnosa dan rawatan awal diberikan.

Jika disahkan dijangkiti Tibi, rawatan akan diberi selama 6 bulan.

#ANMS #KekalSihat #YesWeCanEndTB #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program 4th National Nursing Research Colloquium (NNRC) 2023 ini merupakan kali ke-empat semenjak diperkenalkan pada tahun 2015. Program ini dianjurkan setiap dua (2) tahun yang dikendalikan oleh Bahagian Kejururawatan, KKM.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan platform dan peluang kepada jururawat untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka dan menterjemahkan bukti penyelidikan kepada amalan klinikal.

4th National Nursing Research Colloquium (NNRC) 2023 kali ini diadakan pada 15-16 Mac 2023 di Auditorium Perdana Institut Kesihatan Negara, Setia Alam, Selangor dan dirasmikan oleh YBhg. Dato'Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan).

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
‼️ Layari aplikasi MySejahtera untuk tempahan janji temu Pemeriksaan Kesihatan Pergigian buat diri anda serta keluarga secara BERFASA:

Fasa 1: Bermula 20 Mac 2023 penggunaan di semua klinik pergigian di Negeri Melaka dan Pulau Pinang

Fasa 2: Bermula Mei 2023 perluasan ke klinik pergigian seluruh negara

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
👼🏻 Apa itu GDD?

Global Developmental Delay atau GDD adalah kelewatan yang ketara dalam dua atau lebih fasa perkembangan pada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pemerhatian rapi daripada ibubapa penting untuk mengesan GDD ini.

🩺 Sekiranya anda merasa was-was dengan perkembangan anak anda, dapatkan pengesahan daripada pakar.
🫶🏻 Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa.

💯 Ikuti saranan KKM untuk mencuci tangan dengan betul dalam situasi yang tertentu bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dari tangan yang tercemar.
Senyuman Menawan Sepanjang Hayat

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
52 buah klinik kesihatan terpilih terlibat dalam pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam (Isnin hingga Jumaat) dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Sabtu).

Bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi dari 5.00 petang hingga 9.30 malam (Ahad hingga Khamis) dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sabtu).

Berikut merupakan senarai klinik-klinik yang terlibat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Glaukoma : Pencuri Penglihatan Senyap

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr.Pushpa Raman, Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Glaukoma dari Hospital Tuanku Jaafar.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir

👉 Tutup tong sampah
👉 Tutup makanan dengan sempurna
👉 Lap dan bersihkan meja selepas makan
👉 Pasang jaring atau perangkap yang sesuai
👉 Jangan buang sisa makanan merata-rata
👉 Kenal pasti kawasan hurungan
👉 Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangkitan TB Laten (LTBI) merupakan keadaan tindak balas sistem imun badan yang berterusan terhadap rangsangan antigen Mycobacterium Tuberculosis tanpa ada bukti klinikal TB aktif.

Antara ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan LTBI adalah ujian X-ray dada, ujian kulit tuberkulin (TST) atau ujian serologi IGRA.

Penghidap TB Laten tidak mempunyai gejala TB, sentiasa berasa sihat dan tidak menjangkiti orang lain namun boleh menjadi TB jika tidak dirawat.

#ANMS #KekalSihat #YesWeCanEndTB #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahu cara pengambilan ubat mengikut masa yang betul?

Pengambilan ubat yang betul adalah cara pengambilan ubat mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Naqiuddin Nasri

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kerosakan buah pinggang boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor.

Walaubagaimanapun, terdapat 2 punca utama yang perlu diberi perhatian iaitu kencing manis dan darah tinggi. Hal ini penting bagi memastikan buah pinggang sentiasa berfungsi dengan baik