Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
4 Februari setiap tahun merupakan Sambutan Hari Kanser Sedunia.

Persatuan Onkologi Malaysia dengan kerjasama KKM akan menganjurkan Sambutan Hari Kanser Sedunia bertempat di Balai Ketibaan, KL Sentral esok.

Anda boleh bantu melawan Kanser.

#SayaAkanDanSayaBoleh
#WorldCancerDay
4 Februari setiap tahun merupakan Sambutan Hari Kanser Sedunia.

Lima jenis kanser paling utama di kalangan penduduk Malaysia:
❗️ Kanser Payudara
❗️ Kanser Kolorektal
❗️ Kanser Paru-paru
❗️ Kanser Limfoma
❗️ Kanser Nasofarinks

#SayaAkanDanSayaBoleh
#WorldCancerDay
#sihatmilikku
#walkthetalk
Selamat Hari Kanser Sedunia 2022.

Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian tertinggi di dunia termasuk Malaysia bagi tahun 2020.

Apa yang patut saya lakukan?

✔️ Lakukan pengesanan awal dengan membuat ujian saringan
✔️ Aktif secara fizikal
✔️ Tidak merokok
✔️ Elak minuman beralkohol
✔️ Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
✔️ Urus stres dengan baik
✔️ Memberi sokongan kepada pesakit kanser

#WorldCancerDay
👉Kanser terjadi apabila sel membesar dan membahagi secara abnormal.
Kemudiannya, sel tersebut akan membentuk ketumbuhan berbahaya.
Jika tidak dikesan, ianya akan merebak (metastasis) ke bahagian badan yang lain.

Pengesanan awal dan rawatan segera boleh membantu kanser dari merebak ke tempat lain dalam badan.

💜 AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT, CEGAH KANSER SEBELUM TERLAMBAT. 💜

#WorldCancerDay
📢Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah penyakit kanser.

📌Kami kongsikan 10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menurut Malaysia National Cancer Registry Report 2012-2016.

#worldcancerday
🦠Semua jenis kanser, termasuk kanser dikalangan kanak-kanak adalah penyakit yang terjadi dimana pertumbuhan sel diluar kawalan dan tumbuh dengan luar biasa daripada segi saiz dan bentuk,memusnahkan sel yang bersebelahan, dan boleh merebak kepada organ-organ dan tisu-tisu lain.

Kami kongsikan 8 jenis kanser yang biasa berlaku pada kanak-kanak di Malaysia.

Apabila penyakit kanser telah disahkan, adalah mustahak untuk kanak-kanak tersebut mendapat rawatan yang sewajarnya.

🩺Dengan rawatan sewajarnya, kanak-kanak yang menghidap kanser mempunyai peluang yang lebih besar untuk pulih.

#worldcancerday
Tahukah anda
Kanser boleh dikesan awal sekira anda tahu tanda dan gejala dan segera mendapatkan pemeriksaan lanjut

📌Kenali 9 tanda amaran kanser dan dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami gejala ini.

Jangan tangguh, segera bertindak 💜

#WorldCancerDay