Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
- Aktiviti ini dilaksanakan sebelum perintah kawalan pergerakan penuh diumumkan -

COMBI MPKK Taman Chai Leng, Pulau Pinang telah menjalankan hebahan dan Pemerkasaan Pendaftaran Vaksin dengan lancarnya di Pasar Awam CLP.

Hampir 111 orang telah didaftarkan pada hari tersebut yang mana 99% adalah warga emas.

Pasukan tersebut mengajar orang ramai mendaftar sendiri melalui aplikasi MySejahtera dan laman sesawang vaksincovid.gov.my.

Jangan lupa bawa ibu bapa, atuk dan nenek anda mendaftar dan mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19.

#kitamestimenang
#patuhSOP
#dapatkanvaksin
#lindungdirilindungsemua
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Petugas barisan hadapan kekal bertahan mendepani pandemik COVID-19, berkorban siang dan malam tanpa mengenal waktu demi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Di PKRCS 2.0 MAEPS, komitmen petugas dalam memenuhi tanggungjawab untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di sini.

Kalau bukan mereka, siapa lagi?

Ikuti dokumentari bersiri khas, ‘Gelombang Kembali’ siri ketiga bertajuk ‘Kalau Bukan Kami, Siapa Lagi?’ di BERNAMA TV pada hari Jumaat; 18 Jun 2021, pukul 8.30 malam.

#kitamestimenang
#patuhSOP

Sumber: BERNAMA TV