Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gejala berkaitan emosi yang mungkin berlaku selepas jangkitan COVID-19 adalah seperti tekanan perasaan, kegelisahan, kesedihan dan kemurungan.

Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga, luangkan masa melakukan perkara yang anda minati dan terokai hobi serta minat yang baru.

Teknik-teknik relaksasi mungkin boleh menangani gejala anda.

Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kekabutan otak melibatkan pelbagai kesukaran dengan kemahiran berfikir yang mungkin dialami selepas jangkitan COVID-19.

Cuba 10 strategi berikut :
👉 Bekerja di tempat yang senyap
👉 Selesaikan aktiviti ketika tahap tenaga mental dan fizikal tinggi
👉 Berehat di antara tugasan
👉 Tetapkan matlamat yang munasabah dalam menyelesaikan tugasan
👉 Buat jadual
👉 Beri insentif kepada diri sendiri ketika matlamat tercapai
👉 Elakkan daripada melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa
👉 Gunakan alat bantuan seperti senarai semak
👉 Lakukan latihan kecerdasan
👉 Lakukan latihan ingatan dan membaca

Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KKM mempelawa anda untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin bivalen COVID-19.

Sila klik https://forms.gle/4UFFUxmmZsUxjYV48 untuk menjawab soalan.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bersenam merupakan komponen penting bagi pemulihan selepas jangkitan COVID-19.

Antara kebaikan bersenam adalah dapat meningkatkan stamina dan kecergasan, membantu pernafasan yang baik dan meningkatkan kekuatan otot serta keseimbangan dan koordinasi tubuh.

Anda dinasihatkan bersenam secara berperngkat bermula dengan fasa terendah dan kekal di setiap fasa selama sekurang-kurangnya 7 hari sebelum peningkatan ke fasa seterusnya.

Dapatkan konsultasi profesional perubatan sebelum mengikuti saranan senaman yang dinyatakan.

Hentikan senaman dan segera dapatkan bantuan profesional perubatan sekiranya anda mengalami apa-apa jua gejala amaran ketika melakukannya.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KKM mempelawa anda untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin bivalen COVID-19.

Vaksin bivalen ialah vaksin COVID-19 generasi baru untuk mencegah varian baru seperti varian Omicron. Vaksin ini disyorkan sebagai dos tambahan terutama kepada golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan yang serius seperti warga emas, individu yang mempunyai penyakit kronik, wanita hamil dan barisan hadapan.

Tinjauan ini adalah untuk menilai sambutan orang ramai terhadap vaksin bivalen sebagai dos penggalak COVID-19.

Sila klik https://forms.gle/4UFFUxmmZsUxjYV48 untuk menjawab soalan.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pesanan Kepada Penduduk yang Pernah Berada di Pusat Penempatan Sementara Banjir

Sekiranya anda mengalami gejala COVID-19, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran. Anda juga digalakkan membuat ujian kendiri COVID-19.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perkukuhkan kawalan kesihatan kendiri dengan melaksanakan TRIIS.

Test - Segera lakukan ujian saringan COVID-19 sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan

Report - Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera

Isolate - Lakukan pengasingan kendiri dan patuhi Pemerintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO)

Inform - Maklumkan kepada kontak rapat anda

Seek - Dapatkan penilaian dan rawatan segera sekiranya gejala bertambah teruk.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sentiasa waspada dan amalkan kawalan kendiri terutama di kawasan sesak dan sempit.

Pakai pelitup muka
Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan
Amalkan TRIIS

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Musim cuti kembali lagi.

Semua pengembara digalakkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan perlindungan diri bagi mengurangkan sebarang risiko jangkitan penyakit.

Segera lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala dan pakai pelitup muka terutama di tempat sesak.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini. Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil.

Ikut Tip pemakaian penutup mulut dan hidung ini supaya pemakaiannya betul-betul melindungi anda.

Ingat ya! Jangan buang merata-rata. Pastikan ia dilupuskan dengan cara yang betul.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama