Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Semua orang boleh melindungi diri mereka, keluarga dan komuniti dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau 'sanitizer'.

👍 Ia merupakan cara yang mudah, murah dan berkesan untuk mencegah penyakit berjangkit dan menyelamatkan nyawa.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Walaupun tidak merokok, seseorang sebenarnya terdedah kepada pelbagai penyakit seperti seorang perokok.

SPEAK OUT atau nyatakan rasa tidak selesa kepada orang yang merokok di sekeliling anda.

Namun, tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan. Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut @myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Sharifah Eleen

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Langkah Sihat @ Batu Caves merupakan salah satu aktiviti utama sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS). Aktiviti ini dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama dan sokongan yang erat daripada pihak Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam yang turut prihatin dalam mempromosikan budaya hidup sihat. YBhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Ketua Setiausaha KKM telah berbesar hati merasmikan aktiviti ini awal pagi tadi.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Kayuhan Sihat serta Zon Aktif dan Interaktif.

Saringan kesihatan turut diadakan untuk menggalakkan pengujung menjalani saringan asas kesihatan dalam memantau kesejahteraan kesihatan kendiri.

Aktiviti Langkah Sihat @ Batu Caves telah menjadi satu platform indah bagi Keluarga Malaysia meraikan budaya hidup sihat beserta keharmonian yang saling menghormati agama dan kepercayaan pelbagai agama dan bangsa.

#ANMS
#KekalSihat
#bmss
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid029gANs4WjhijUNVTUieTeUbXgcWWGvi6C4zbtkof3wWwf85LcGaKjXgJ2nNqdKPEhl&id=100068159346549
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
16 Oktober 2022 : Video di sekitar Program Langkah Sihat @ Batu Caves.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang disambut pada bulan Oktober ini, mari bersama-sama merealisasikan hasrat Kerajaan ke arah melahirkan Keluarga Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat.

#ANMS
#KekalSihat
#bmss
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Aku x pecayak yang aku jogging pagi tok…

Menjaga kesihatan diri dan pupuk minda sihat bukan perkara yang mustahil.

Lakukan perubahan bermula dengan mengubah sikap diri sendiri dan bertindak kearah jadikan gaya hidup sihat sebagai budaya kita.

AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai satu keutamaan.

Layari laman sesawang
www.myhealth.gov.my
& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: QayyumJawi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Selain bersenam, pemakanan yang sihat juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Pastikan kita makan buah dan sayur-sayuran secara konsisten setiap hari mengikut keperluan dan tahap kesihatan diri kita.

Mudahkan?
Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . ( Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth )

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Amsyar Johari

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Creating Hope Through Action

Tune in to Traxxfm tomorrow at 10.30 am with Dr. Aida Harlina Abdul Razak, Psychiatrist from Serdang Hospital.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Pesanan sebelum banjir kepada ahli keluarga yang menjaga pesakit yang terlantar dan pesakit haemodialisis.

Bersedia awal untuk memindahkan pesakit.

Terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Adakah anda ok?

Bukan sekadar bertanya khabar, malah mendengar tanpa menghukum.

Bukan sekadar mendengar, malah hulurkan sokongan.

Bukan sekadar kongsi masalah, malah dapatkan bantuan.

Berdiam diri bukan lagi pilihan.

Dapatkan bantuan ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Generational End Game atau generasi penamat perokok boleh dicapai dengan sokongan semua pihak bermula dari setiap rakyat Malaysia.
Sayangilah generasi muda agar bebas daripada terus terbelenggu dengan tabiat merokok dan ketagihan nikotin yang berpanjangan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Ranjeetha Sivam

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ayuh raikan budaya hidup sihat dengan berjalan 🏃demi kesihatan diri sempena #BulanMalaysiaSihatSejahtera!

Dengan hanya berjalan, anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan program 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐁𝐌𝐒𝐒. Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah!

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang 🏃‍♀️🏃🏃‍♂️

👉 Pendaftaran dibuka sehingga 𝟮𝟓 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
👉 Pendaftaran adalah 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀
👉Cabaran bermula dari 𝟏-𝟯𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮

Berminat untuk menyertai aktiviti ini? Mudah je! Anda hanya perlu mendaftar melalui pautan 🌐 https://getbiib.com/langkahsihatbmss.

Jom #sihatsepanjanghayat!

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #BMSS #SihatSepanjangHayat
📖Disleksia adalah masalah pembelajaran khusus.Ciri-ciri atau gejala disleksia biasanya dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, dimana kemahiran membaca, menulis, mengira dan mewarna mula diperlukan.
Namun begitu, terdapat beberapa ciri yang boleh diperhatikan oleh ibu bapa pada kanak-kanak sebelum peringkat umur tersebut.

👉Antaranya adalah seperti dikongsikan. Sekiranya ibu bapa mendapati sebarang masalah pada perkembangan anak, sila dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.

💕Dengan rangsangan yang betul dan konsisten, dapat membantu kanak-kanak disleksia membina keyakinan diri serta mengasah keistimewaan mereka.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 15 Oktober 2022 (ME 41/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

- Kumulatif kes baharu: 4,865,480;
- Kumulatif kes sembuh: 4,805,200 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,415 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,085 kluster (kluster aktif: 8 kluster).

Perbandingan antara ME 40/2022 dan ME 41/2022:

- Bilangan kes sembuh pada ME 41/2022 menurun sebanyak 13.2 peratus (12,882 kes kepada 11,180 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 41/2022 meningkat sebanyak8.5 peratus (11,018 kes kepada 11,957 kes);
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak8.5 peratus (10,987 kes kepada 11,916 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 32.3 peratus (31 kes kepada 41 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 41/2022 menurun sebanyak 29.2 peratus (24 kes kepada 17 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 41/2022 adalah 22,725 iaitu terdapat penurunan sebanyak 3.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/10/17/kenyataan-media-kpk-17-oktober-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-41-9-15-oktober-2022/ .
Budaya hidup sihat merupakan salah satu daripada teras Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Budayakan hidup sihat dengan

👟 Aktif melakukan aktiviti fizikal
🥗 Makan secara sihat
🧠 Pupuk minda sihat
🚭 Tidak merokok dan vape

Untuk maklumat lanjut, layari www.moh.gov.my/anms.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua boleh membudayakan hidup sihat dengan menjadi sukarelawan kesihatan untuk komuniti kita.

Layari portal MyChampion sekarang untuk pendaftaran dan dapatkan informasi berkaitan sukarelawan kesihatan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
( @myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku
#Mychampion

Kredit: Steve Yap

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sentiasa semak tarikh janji temu vaksinasi anak anda yang seterusnya, di aplikasi MySejahtera.
______________________________

Always check the date of your child’s next vaccination appointment on the MySejahtera app.

#MySejahteraAplikasiKesihatan
#MySejahtera2.0
#ProgramImunisasiKebangsaan

Sumber: MySejahtera
Jelajah Jom Sihat merupakan salah satu aktiviti sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) bagi mempromosikan pembudayaan hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Pada 17 Oktober 2022 (Isnin), jelajah ini telah dilaksanakan di SJK (C) Kepong 2.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di SJK (C) Kepong 2 seperti Cabaran Lompat dan Lekat, Jom Bermain, Jom Kayuh Sihat, Kenali Khasiat Buah, Kenali Pinggan Sihat Malaysia, Jom Cergas dan Pameran Interaktif. Guru dan warga sekolah turut berpeluang untuk menjalani saringan kesihatan secara percuma semasa jelajah ini dilaksanakan.

#ANMS
#KekalSihat
#bmss
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0f1z61h61kx4w7KAsKcXFja2BayCWAaQSdjfDLX8NRKY43oN9rSGYYWjfow81tGTel&id=100068159346549