Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hai adik-adik!

Destinasi Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera telahpun sampai ke penghujungnya! 🎉

Kembara Sekolah hari ini telah bertempat di SK Taman Kosas, Ampang, Selangor. [ SK Taman Kosas, Ampang ]

Aktiviti seperti Giant Puzzle Wellness, Wellness Archery dan Giant Jenga menjadi tumpuan murid-murid. Begitu juga dengan aktiviti yang disediakan oleh Trak Wellness on Wheels (WoW) turut menjadi tumpuan.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

Jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat sempena Kembara Sekolah pada Bulan Malaysia Sihat Sejahtera tahun 2023 ini. Sehingga bertemu dilain hari, semoga adik-adik terus kekal mengamalkan gaya hidup sihat!

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02jbgAPGsDYxVNrkW8X1tM3kVkCcNXdAaDGRjJhHdY5vcre4PeP7AXkLmhJG7qvx77l/?mibextid=cr9u03
Selamat pagi adik-adik 😄

Resilien itu amat penting ya. Jom bina jati diri hari ini!

#HePiLI
Adik-adik stres? 😔

Mari cuba cara ini untuk jadi RESILIEN 💪

#HePiLI
Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan. Jom lakukan 7 perkara ini untuk menjadi POSITIF!

#HePiLI
Akhirnya Didi & Friends dan Kak Min akan jelajah Utara! 🤩

Mana orang utagha? Habak maiii. Berita baik untuk hampaaa.

Jom bawa anak-anak menari dan menyanyi bersama Didi & Friends cuti sekolah bulan hadapan dalam Kembara Sihat Sejahtera @hepili_official dan @didiandfriends_malaysia

Tarikh : 23-25 Februari 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani, Kedah.
Masa : 10.30 pagi - 10.30 malam.

Jangan lupa tau bawak anak-anak! Banyak aktiviti menarik menanti semua. Hora Horey!! 🥳

#didiandfriends #kembarasihatsejahtera #hepili #kkm #kementeriankesihatanmalaysia #utara #kedah #sungaipetani #zonutara
Horayyy ! Cuti sekolah telah bermula.

Jom adik-adik kita pergi bercuti dengan keluarga. Tapi jangan lupa ye adik-adik, amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) dan elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang dekat).

Keluarga adik-adik rancang nak pergi bercuti di mana tu?🫣

#ANMS
#HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
"Alamak cuaca panas melanda !"

Hai adik-adik, ketika ini beberapa kawasan di negara kita sedang dilanda cuaca panas sehingga boleh mencecah suhu setinggi 40 darjah celsius.

Ingat....jangan main panas ya....berikut adalah panduan apa yang adik-adik boleh amalkan bagi memastikan adik-adik kekal sihat.

#ANMS
#HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat kembali ke sekolah adik-adik.

Jom kita sama-sama amalkan cara hidup sihat sepanjang bulan ramadan ini dengan minum air kosong secukupnya dan makan buah dan sayur ketika berbuka dan bersahur.

#ANMS
#HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai orang Kedah. Didi & Friends nak mai sana bulan depan, pakat mai ramai-ramai nohhh!🥳

Banyak aktiviti menarik untuk anak-anak tau, yang penting boleh menari dan menyanyi bersama Didi, Nana, Jojo dan Kak Min dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI dan Didi & Friends.

Tarikh : 10 -12 Mei 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani Kedah
Masa : 10.30 Pagi - 10.30 Malam

Masuk adalah PERCUMA. Jom bawa anak-anak jumpa Didi & Friends jom? Hora Horey! 😁

#didiandfriends #kedah #villagemall #sungaipetani #kembarasihatsejahtera #kementeriankesihatanmalaysia #kkm #hepili
SENARAI PENUH JADUAL KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI & FRIENDS 🤩

Jom rancang aktiviti bersama anak-anak dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends. Banyak aktiviti yang menarik tau sepanjang 3 HARI INI. Pasti anak-anak gembira!

Tarikh : 10 - 12 Mei 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani Kedah.
Masa : 10.30 Pagi - 10.30 Malam

Masuk adalah PERCUMA. Jom bawa anak-anak jumpa Didi & Friends jom? Hora Horey! 🥳

#didiandfriends #hepili #kembarasihatsejahtera #hepili #kkm #muzikaldidiandfriends #villagemall #sungaipetanikedah