Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Status terkini pada jam 7.30 pagi, 12 Februari 2020 bagi kes Penyakit Coronavirus (COVID-19).

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes Penyakit Coronavirus (COVID-19) dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as 7.30pm, today (Feb 12, 2020)

Worldwide current case and death statistics by WHO.

In Malaysia, 18 cases #COVID-19 including 3 have been cured and discharged.
Seorang lagi pesakit #COVID-19 telah sembuh dan discaj, menjadikan jumlah yang dibenarkan pulang dari hospital 8 orang.

Pesakit kes ke-15, seorang wanita warga China telah discaj dari Hospital Permai, Johor Bahru pada 15 Februari 2020.

Wanita berusia 59 tahun itu disahkan positif pada 7 Februari lalu.

Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) telah membatalkan tiga penerbangan sewa khas bagi membawa penumpang persiaran MS Westerdam dari Kemboja ke KLIA.

Ia susulan salah seorang penumpang iaitu wanita warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat sewa khas yang pertama yang disahkan positif #COVID-19.

Kedutaan Amerika Syarikat telah menempah 4 pesawat milik MAB bagi membawa sebahagian penumpang kapal persiaran itu ke KLIA untuk transit sebelum pulang ke negara asal.

Kerajaan Malaysia tidak membenarkan baki penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang masih berada di Kemboja daripada memasuki negara ini.

Kerajaan juga tidak membenarkan kapal persiaran yang berlepas atau transit di mana-mana pelabuhan di China daripada memasuki Malaysia.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang melalui Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) telah dibenarkan pulang pada hari ini.

Ini termasuk dua kes positif #covid-19 iaitu kes ke-11 dan kes ke-12.

Ketua Pengarah Perubatan Kesihatan Sedunia, DrTedros4WHO puji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia menangani wabak #COVID19.

WHO mencadangkan utk Malaysia memperkukuhkan aktiviti Influenza survelan dgn menjalankan ujian #COVID19 kpd pesakit severe acute resporitary infection (SARI). KKM telah pun menjalankan saranan WHO tersebut.

Jumlah keseluruhan kes yang telah discaj adalah 11 kes dan tiada kes baharu dilaporkan pada hari ini, 18 Februari 2020.

Oleh itu, jumlah kumulatif kes #COVID19 kekal sebanyak 22 kes, dengan 11 kes masih dirawat di wad, dan 11 kes telah discaj dari hospital.

Sehingga 18 Februari 2020, sebanyak 583 Patient-Under-Investigation (PUi) dilaporkan ke CPRC.

230 kes kontak rapat kepada kes positif, keputusannya negatif.

Manakala 13 kes masih menunggu keputusan makmal.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
#COVID-19 Statistik terbaru WHO dikemaskini 11am, 12 Mac 2020.

China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import.

Wabak di Eropah semakin serius dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol.

AS umum sekatan perjalanan ke Eropah kecuali UK.

KKM menggesa agar :
1. semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19
2. menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19
4. tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
Satu perutusan khas mengenai #COVID-19 akan disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 9.00 malam, 13 Mac 2020.

Siaran ini boleh ditonton di saluran Astro Awani, Bernama TV, RTM dan TV3.
Apa yang seorang pekerja perlu tahu sekiranya dijangkiti #COVID-19? Ketahui hak anda sebgai seorang pekerja. Sekiranya pihak majikan gagal mematuhi garis panduan ini, laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja di talian 03-88865192

#KnowYourRights
#StayCalm

Sumber: Kementerian Sumber Manusia
#COVID-19 : Sehingga 12 tengah malam 19 Mac 2020, 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir majlis perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling telah diperiksa, 4,986 sampel diambil dan 513 positif. Seorang jemaah tabligh berunur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin. KKM menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk diperiksa untuk tampil untuk diperiksa oleh KKM.

- KPK, KKM -
#COVID-19 TERKINI 21 Mac 2020 6:30PM

Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan (8) sehingga kini. Pertambahan kes tersebut adalah seperti berikut:

- Kes kematian kelima adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Pada hari kedua, beliau mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan. Beliau dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

- Kes kematian keenam pula melibatkan anak perempuan kes kematian kelima. Kes ini melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020. Beliau disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.

- Kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.

- Kes kematian kelapan pula adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac2020 pada jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

- KPK KKM -
#PKPP #COVID-19

PEMAKAIAN PELITUP MUKA WAJIB MULAI 1 OGOS 2020

Mulai , 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum seperti pasar tani, pasar raya, taman rekreasi serta tempat pelancongan.

Sesiapa yang dikesan gagal mematuhi arahan tersebut bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Arahan ini juga terpakai di semua stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Deras (MRT), perkhidmatan e-hailing dan bas.

Orang ramai juga boleh memakai pelitup muka yang dijahit sendiri, tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu jenis tiga lapisan fabrik bersifat menyerap air di bahagian dalam, bahan yang mampu menghindar penyerapan air di lapisan luar dan kain yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair di tengah.

Bagi kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun, pemakaian pelitup muka adalah tidak wajib memandangkan kesukaran bernafas. Ia juga termasuk individu yang kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Usah kongsi pelitup dengan orang lain dan sila lupuskan atau buang pelitup muka yang telah digunakan dengan cara yang betul.

Oleh itu, jalankan tanggungjawab anda bagi memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya. Kejayaan tak mampu dicapai jika kita tidak bersatu hati. #KitaJagaKita
Kematian warga emas berumur 60 tahun dan ke atas telah mencecah 1,710 kes.

Ibu bapa kita yang berusia menjadi mangsa COVID-19.

Lindung diri dan keluarga tersayang..

#COVID-19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ringkasan kes kematian baharu #COVID-19, 18 Ogos 2021.

225 kes kematian dilaporkan dan 35 daripadanya adalah Brought-In-Dead (BID).

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.