Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

Oleh sebab itu, jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.

Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.

*29 Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia

#WorldStrokeDay2021
#Precioustime
#KeluargaMalaysia
Kenyataan Media berkaitan Pelaksanaan Pemeriksaan Suhu Badan Sebelum Masuk Ke Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

#SekolahkuSejahtera
#KPMPrihatin
#KeluargaMalaysia
Salam Keluarga Malaysia

Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia kini ke negeri Johor Darul Ta'zim. Bertempat di Dataran Angsana, Johor Bahru bermula pada 3 hingga 5 Mac 2022, 9.00 pagi - 8.00 malam

Yuk hadir! Daftar awal di bit.ly/JAKMJohor. Patuhi SOP & lakukan ujian RTK kendiri sebelum hadir.

https://www.youtube.com/watch?v=tBW56F8d9Fo

#KeluargaMalaysia

Sumber: Keluarga Malaysia
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

Terdapat 2 jenis kematian iaitu:
🧠Kematian Otak
❤️Kematian Jantung Terhenti

Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Pakar perubatan terlatih yang menjalankan ujian pengesahan kematian otak akan memaklumkan situasi berkenaan kepada waris sebelum menjalankan ujian pengesahan kali kedua. Waris juga diberikan peluang untuk memikirkan jika mempunyai hasrat untuk pendermaan organ. Tiada paksaan kepada waris berkaitan pendermaan organ.

Jika waris bersetuju untuk pendermaan organ, mesin pernafasan akan dikekalkan setelah ujian pengesahan kedua menunjukkan positif mati otak sehingga bakal penderma organ berkenaan dimasukkan ke dalam dewan bedah. Kebenaran bertulis daripada waris perlu diperolehi sebelum proses pendermaan organ dilaksanakan.

Berdasarkan rekod hanya kira-kira 1% sahaja kematian otak berbanding keseluruhan kematian yang ada.

Kematian jantung terhenti pula adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Ayuh #KeluargaMalaysia bersama-sama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
[[LIVE]] #BicaraDR

https://fb.watch/dFBsw0jKs0/

DERMA DARAH, KUKUHKAN PERPADUAN

Bersama,

Dr. Afifah Hassan
Pengarah Pusat Darah Negara

Dr. Veena Selvaratnam
Pakar Perunding Hemotologi
Jabatan Hemotologi
Hospital Ampang

Rabu | 15 Jun 2022 | 9:00 Malam

Sumber:
'Yang sahih di Berita RTM'
#RTM #BeritaRTM #KeluargaMalaysia
Makanan terproses seperti sosej, daging burger dan lain-lain mempunyai bahaya yang tersembunyi kerana mengandungi garam, lemak tepu dan pengawet yang tinggi.

Ini boleh meningkatkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan risiko obesiti dan penyakit kronik.

Pilihlah makanan segar dan kurangkan makanan terproses. Ambillah pemakanan mengikut konsep suku suku separuh.
Jangan lupa untuk mengambil 6-8 gelas air kosong sehari. Bersama kita membina #keluargamalaysia sihat sejahtera sepanjang hayat.
📋𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍
Terdapat seramai 10,357 orang pesakit menunggu organ dari penderma selepas kematian melibatkan pelbagai organ utama pada Jun 2022.

Mereka ini merupakan pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir yang telah selesai menjalani ujian saringan (work up) bagi pembedahan transplantasi dan bersedia bila-bila masa untuk menerima organ baharu apabila terdapat penderma selepas kematian yang bersesuaian.

Pelbagai ujian saringan awal perlu dilengkapkan oleh bakal penerima supaya pusat transplantasi mempunyai data yang lengkap bagi disuaipadan (matching) dengan maklumat bakal penderma jika ada.

Pesakit akan segera dipanggil ke hospital iaitu pusat transplantasi jika terdapat bakal penderma yang bersesuaian untuk bersedia menjalani pembedahan pemindahan organ.
Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga pesakit semakin menderita dengan tahap kesihatan yang merosot dan ada yang menghembuskan nafas akhir semasa berada dalam senarai menunggu transplantasi.
Ia berlaku kerana Malaysia masih tidak mencukupi penderma selepas kematian.

Berdasarkan statistik Pusat Sumber Transplan Nasional menunjukkan hanya terdapat 19 orang penderma sebenar selepas kematian dari Januari hingga Jun 2022.
Ayuh #KeluargaMalaysia kita cakna mengenai kepentingan pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Bersama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

DERMA ORGAN: CAKNA DEMI KEHIDUPAN

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 7 SEPTEMBER 2022.

KKM akan terus memantau situasi COVID- 19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi COVID-19.

Kelonggaran yang diberikan ini bukanlah bermakna orang ramai boleh memandang ringan risiko jangkitan COVID-19.

Teruskan amalan penjagaan kesihatan kendiri untuk kesejahteraan bersama.

#TeguhBersama
#KeluargaMalaysia
BERITA BAIK untuk warga Negeri Sembilan📣📣

Pihak kami sudah buka pendaftaran awal untuk
Fun Ride di Bandar Seri Jempol.

Sila tekan link dibawah untuk
PENDAFTARAN SEKARANG!! ⤵️

https://www.racexasia.com/event/jelajah-aspirasi-keluarga-malaysia-fun-ride-jakr22

Sila tag rakan2 anda …🚴🏻🚴‍♀️

Terima kasih semua… see you there😉

#funridenegerisembilan
#funride2022
#funridejelajahaspirasikeluargamalaysia
#AspirasiKeluargaMalaysia
#funridejempol
#KeluargaMalaysia
#negerisembilan
#jempoln9
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) akan diadakan pada 7-9 Oktober 2022 di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti disediakan seperti Hospital Futuristik, Zon Perkhidmatan Bergerak, MyCHAMPION dan pertandingan yang menarik.

Jom sertai kami di Jelajah ANMS @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan.

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#AKM
#keluargamalaysia
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) oleh Kementerian Kesihatan turut dijalankan seiring dengan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Macam-macam acara disediakan di Jelajah ANMS. Antaranya pertandingan lompat tali, cabaran mega aerobik dan pameran future hospital. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan !

Jom sertai kami di Jelajah ANMS @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia seperti ketetapan berikut

🗓️7 - 9 Oktober 2022 (Jumaat - Ahad)
📍Dataran Seri Jempol
📍Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Ha apo tunggu laie? Jangan duk ontok yo. Manfaatkan peluang ini!

#ANMS
#AKM
#KekalSihat
#KeluargaMalaysia
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sertai kami di Jelajah ANMS @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia seperti ketetapan berikut

🗓️7 - 9 Oktober 2022 (Jumaat - Ahad)
📍Dataran Seri Jempol
📍Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Ha apo tunggu laie? Jangan duk ontok yo. Manfaatkan peluang ini!

#ANMS
#AKM
#KekalSihat
#KeluargaMalaysia
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hanya dari rumah🏡, kita juga mampu untuk kekal cergas dan aktif !🤾 Jadi, ayuh #KeluargaMalaysia, sertailah Gerak Geri Sihat dan berpeluang untuk memenangi 16X Kredit TNG eWallet 🤩

Caranya sangat mudah, hanya perlu rakam 🤳dan kongsi aksi aktiviti harian yang aktif di rumah secara kreatif di media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok. Jangan lupa sertakan hastag #GerakGeriSihat #SihatSepanjangHayat dan tag @myhealthkkm .

Penyertaan ini dibuka sehingga 🗓️31 Oktober 2022. Tunggu apa lagi, ayuh semarakkan #BulanMalaysiaSihatSejahtera dengan mengikuti peraduan ini sekarang 🤩 Sila layari 🌐 https://bmss.my/#kalendar untuk mengetahui maklumat lanjut serta syarat penyertaan.

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #GerakGeriSihat #SihatSepanjangHayat
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seri Jempol telah berlangsung dengan jayanya pada hari pertama jelajah.

Jangan lupa untuk sertai semua aktiviti yang kami sediakan. Kami akan terus berada di sini sehingga 9 Oktober 2022 (Ahad) bermula 7.30 pagi hingga 6.00 petang.

Jumpa esok ya!

#ANMS
#JelajahANMS
#JelajahAKM
#KeluargaMalaysia
#KekalSihat
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0jpTxwfz72V8yLxzswJf3P7dDFeKNWjAyJY6QwfWjVJ27R4LTWbWPPPo8o7fMn5WBl&id=100068159346549
𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑷𝑬𝑳𝑨𝑵𝑪𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑩𝑼𝑳𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 𝑺𝑰𝑯𝑨𝑻 𝑺𝑬𝑱𝑨𝑯𝑻𝑬𝑹𝑨

📍 KKM ingin menjemput hadirin sekalian untuk hadir bersama dalam memeriahkan majlis pelancaran ini yang akan disempurnakan oleh

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Oktober 2022, 2:00 petang
Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan

"KELUARGA SIHAT MALAYSIAKU SEJAHTERA"

#ANMS
#KeluargaMalaysia
Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Saksikan majlis pelancaran ini melalui TikTok Live MyHEALTHKKM (www.tiktok.com/@myhealthkkm) yang akan disempurnakan oleh

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perdana Menteri
🗓️ 8 Oktober 2022
4.15 petang
📍 Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan

#ANMS
#JelajahANMS
#JelajahAKM
#KeluargaMalaysia
#bmss
#KekalSihat
#sihatmilikku
Hari kedua Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seri Jempol telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung yang berada di Jempol dan penduduk di luar Negeri Sembilan.

Sempena Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sembilan, Larian Santai @ Fit Forever dan Langkah Sihat Bulan Malaysia Sihat Sejahtera turut diadakan. Acara ini telah mendapat perhatian YB Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Hj. Mohd Salim bin Sharif dan sekaligus melaksanakan pelepasan larian.

Antara aktiviti lain yang dilaksanakan adalah seperti saringan kesihatan, pemeriksaan gigi, ujian kecergasan dan pendaftaran MyCHAMPION.

Pihak KKM amat berbesar hati apabila YAB Perdana Menteri turut merasmikan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Zon Aktif Jelajah ANMS.

Bulan Oktober adalah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera. Ayuh kita budayakan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan. Untuk maklumat lanjut layari https://bmss.my .

Esok merupakan hari terakhir kami di sini. Jom ke Dataran Seri Jempol dan bersama-sama memeriahkan dan menyertai aktiviti yang disediakan.

#ANMS
#JelajahANMS
#JelajahAKM
#KeluargaMalaysia
#KekalSihat
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0mg3ASY3DJwnqyajHxUjpp6XDCidDZBfYLfAR4jvvXn3Dwbd1D2Ky8qf9ERfviph2l&id=100068159346549

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama